10/04/2006

Berita Pelaburan Anda

________________________________________________________________
Mahkamah
Swiss Cash: Dua Datuk turut direman

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan polis menahan reman lapan lelaki termasuk dua bergelar ‘Datuk’ yang dipercayai menjadi dalang dana Swiss Cash melibatkan penipuan berjumlah RM20 juta.

Majistret Azniza Mohd. Ali membenarkan kesemua suspek direman selama lima hari bermula hari ini sehingga 7 Oktober ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Sumber polis memberitahu, kesemua suspek ditangkap oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur dalam serbuan di beberapa buah hotel di ibu negara, semalam.

‘‘Siasatan terhadap kesemua suspek yang berusia antara 26 dan 58 tahun itu dilakukan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, kumpulan itu yang didalangi oleh seorang ahli politik bergelar Datuk, manakala seorang lagi merupakan pengerusi sebuah syarikat berasaskan teknologi, menawarkan pelaburan yang menjanjikan pulangan sebanyak 300 peratus dalam tempoh 15 bulan.

Katanya, setakat ini lebih 40 orang yang kebanyakannya dari golongan profesional seperti jururunding, peguam, juruteknik dan pegawai kanan kerajaan menjadi mangsa dana yang diterbitkan oleh Swiss Mutual Fund, syarikat pengurusan dana yang didakwa didaftarkan di luar negara.

‘‘Mangsa telah membuat laporan polis berhubung kerugian pelaburan melibatkan jumlah lebih RM20 juta yang dialami mereka.

‘‘Dana Swiss Cash adalah pelaburan secara Internet dan peluang pelaburan dalam dana itu ditawarkan melalui Internet dan agen-agen tempatan,’’ katanya. Utusan Malaysia 04.10.2006

________________________________________________________________________________

Edisi KL: 'Datuk 888' diberkas

Oleh Zainal Zawawi Mohamedzzawawi@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bergelar `Datuk 888’ yang ditahan bersama tujuh rakannya kerana disyaki menipu orang ramai melalui pelaburan dalam dana Swiss Cash membabitkan kerugian kira-kira RM20 juta, mempunyai lima kereta mewah bernilai `jutaan ringgit’.Datuk berkenaan terkenal dengan panggilan Datuk 888 berikutan tiga keretanya jenis Mercedes Sport dan BMW menggunakan nombor pendaftaran 888 yang membawa maksud kekayaan mengikut kepercayaan orang Cina.

Semua mereka ditahan dalam operasi khas awal pagi semalam oleh sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.Menurut sumber, Datuk 888 itu mempunyai lima kereta mewah dipercayai hasil penipuan yang dilakukan bersama kumpulannya sejak dua tahun lalu tetapi tidak disedari pihak berkuasa.

Bagaimanapun, selepas menerima lebih 40 aduan polis yang dilakukan mangsa berhubung penipuan pelaburan dalam dana Swiss Cash melalui internet pihak berkuasa melancarkan operasi memburu.Sumber berkata, sindiket terbabit menjalankan kegiatan itu sejak dua tahun lalu itu menggunakan ejen untuk memerangkap mangsa berikutan alamat pejabatnya didaftar di luar negara.

“Datuk itu juga mempunyai rumah banglo di Sri Kembangan tetapi polis masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya.Sementara itu, Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah menahan reman lapan lelaki termasuk yang bergelar Datuk selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pelaburan dalam dana Swiss Cash membabitkan kerugian kira-kira RM20 juta.

Majistret Azniza Mohd Ali mengeluarkan perintah itu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan semua suspek yang berumur antara 26 dan 58 tahun itu ditahan sehingga 7 Oktober ini. Dalam kes itu, dipercayai lebih daripada 40 pelabur menjadi mangsa termasuk peguam, jururunding, juruteknik dan seorang pegawai tinggi kerajaan.

Dana Swiss Cash adalah pelaburan secara internet yang dilaksanakan Swiss Mutual Fund, syarikat pengurusan dana yang didakwa didaftarkan di luar negara. Peluang pelaburan dalam dana itu ditawarkan melalui Internet dan tempatan.

©The New Straits Times Press (M) Berhad

_______________________________________________________________

kemaskini ------12.06.07

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...