9/19/2007

Suka Umno, sayang Umno, jangan bawa masuk S’wak

Meskipun Umno tidak menghalang orang ramai menyemai perasaan sayang dan suka terhadap parti itu, ia bukan bermakna mereka boleh membawa masuk Umno ke Sarawak. “Mereka sukakan Umno, tapi Umno beroperasi di Semenanjung (Malaysia), bukan di Sarawak. Kita tak mahulah orang sayang Umno dan suka (Umno) (hinggakan) mereka nak bawa ke Sarawak. “Tapi pada waktu ini pendirian kepimpinan Umno, kita tak bawa Umno ke Sarawak,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Turut hadir di sidang media , Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Maklumat lanjut

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa.......

Polis dapat petunjuk kes mayat dalam beg

Oleh Jalal Ali Abdul Rahim dan Hardi Effendi Yaacob - Berita Harian 19.09.2007 KUALA LUMPUR: Penemuan beberapa helaian rambut pada mayat kanak-kanak perempuan yang disumbat dalam beg pakaian (gambar) di Taman Petaling Utama di sini, kelmarin, dijangka dapat membantu polis mengenal pasti identiti pembunuhnya. Helaian rambut itu serta sampel darah mangsa dikatakan dihantar ke Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Menurut sumber, kanak-kanak itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya yang disumbat dalam beg pakaian dengan kaki mangsa dilipat ke dada, ditinggalkan berhampiran pejabat sebuah syarikat penerbitan di Taman Petaling Utama. "Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam sebelum mayatnya ditemui," katanya kepada Berita Harian. Penemuan mayat kanak-kanak itu kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin, pada mulanya disangka Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang selepas mengunjungi pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju, tiga minggu lalu. Bagaimanapun, selepas proses pengecaman dilakukan ibu bapa Nurin di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang kelmarin, mayat itu disahkan bukan Nurin. Bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati ususnya pecah dan mengalami pendarahan teruk di bahagian dalam perut akibat disumbat benda keras, yang dipercayai timun dan terung. Laporan bedah siasat yang dikeluarkan Jabatan Forensik HKL turut mengesahkan terdapat banyak kesan lebam di badan mangsa, dipercayai dipukul. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad, berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa adalah warga asing kerana tiada kesan suntikan BCG ditemui pada lengannya. "Berdasarkan keadaan fizikalnya, mangsa dipercayai berusia lapan hingga 10 tahun, dengan ketinggian 150 sentimeter dan berat kira-kira 18 kilogram serta mempunyai tanda lahir pada paha kiri. "Mangsa bertubuh kurus, kulit cerah dan berambut kerinting paras telinga," katanya kepada pemberita di sini. Polis semalam turut mengedarkan gambar mangsa dalam usaha mengesan waris kanak-kanak itu kerana mayatnya ditemui tanpa dokumen pengenalan diri. "Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) berhampiran turut dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu jika ada laporan kanak-kanak hilang di kawasan mereka. Bagaimanapun, belum ada apa-apa perkembangan positif setakat ini," katanya. Orang ramai yang mengenali mangsa atau kehilangan anak perempuan diminta menghubungi IPD Petaling Jaya di talian 03-7966 2222. Arjunaidi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. "Ini pembunuhan yang kejam kerana membabitkan mangsa kanak-kanak. Melihatkan keadaan mayat dan kecederaan dialaminya, pembunuhnya seorang yang tidak berperikemanusiaan dan ada kemungkinan mengalami masalah mental," katanya. Beliau berkata, polis juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat beg berisi mayat itu ditemui dalam usaha mengesan suspek. "Rakaman CCTV yang diberikan syarikat penerbitan itu tidak menunjukkan rakaman luar premis, kecuali rakaman dari kedai di sebelahnya tetapi fokus kamera tidak menghala ke tempat kejadian. "Kita masih meneliti rakaman individu yang lalu lalang di tempat kejadian dalam tempoh 24 jam sebelum mayat ditemui," katanya.

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...