1/28/2009

TAHNIAH ANAK SARAWAK

Dr Juanda Jaya dilantik Mufti Perlis Oleh Adha Ghazali adha@bharian.com.my Isi kekosongan berikutan kontrak Mohd Asri tamat akhir November lalu KANGAR: Bekas Naib Mufti Sarawak, Dr Juanda Jaya, 37, akan dilantik sebagai Mufti Perlis yang baru, menggantikan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang kontraknya ditamatkan pada akhir November lalu. Pelantikan Dr Juanda yang juga bekas Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak, disahkan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, semalam, sekali gus merungkai spekulasi mengenai calon Mufti Perlis sejak jawatan itu dikosongkan dua bulan lalu. "Ya, Dr Juanda akan dilantik menggantikan Dr Asri sebagai Mufti Perlis yang baru. Malah, pelantikan beliau ke jawatan berkenaan juga sudah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail. "Berdasarkan kontrak, Dr Juanda dipinjamkan kerajaan Sarawak untuk mengisi jawatan Mufti Perlis bagi tempoh dua tahun dan beliau dijangka memulakan tugas awal Februari ini, selepas urusan pemindahan selesai dengan kerajaan Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). "Saya berterima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang sudi meluluskan peminjaman Dr Juanda untuk berkhidmat di Perlis," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Tahun Baru Cina anjuran MCA negeri di Dewan Khoon Aik, di sini. Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim. Jawatan Mufti Perlis kosong apabila kontrak Dr Asri yang dipinjamkan Universiti Sains Malaysia (USM) kepada kerajaan negeri tamat tempoh pada 1 Disember lalu. Malah, Dr Asri sebelum berangkat ke England untuk membuat kajian berkaitan perbandingan mengenai tafsiran hadis antara fundamentalis dan orientalis di Lampetex, United Kingdom pernah menamakan beberapa calon, termasuk Dr Juanda yang dianggap sesuai sebagai pengganti beliau. Dr Juanda dari keturunan Melanau adalah lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir dan mempunyai Ijazah Sarjana Syariah dengan pengkhususan Penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Md Isa berkata selain diperkenan Tuanku Raja Perlis, pemilihan Dr Juanda untuk mengisi kekosongan jawatan Mufti Perlis berdasarkan kelayakan peribadi, terutama akademiknya yang tinggi serta sumbangannya kepada agama Islam. "Paling penting, beliau dianggap calon paling sesuai kerana begitu memahami mengenai Mazhab Sunnah Wal Jamaah yang selari dengan perlembagaan negeri," katanya. -------------------------------------------------------------------------------- Hak Cipta Terpelihara 2007 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas. Kembali ke atas

1/02/2009

`Kenduri gadis’

KUANTAN: Sekumpulan lima remaja lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikesan memilih cara yang menjijikkan menyambut malam tahun baru apabila menjadikan seorang gadis berusia 16 tahun sebagai ‘lauk’ untuk kenduri seks di sebuah hotel bajet di Jalan Besar, di sini. Perbuatan terkutuk mereka dikesan sepasukan penguat kuasa agama yang membuat serbuan dalam operasi mencegah maksiat mulai jam 6 pagi di hotel murah sekitar bandar. Difahamkan, kumpulan remaja terbabit berasal dari Kuantan menginap di hotel berkenaan selepas meraikan sambutan tahun baru di bandar ini. Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam (Jaip), Badaruddin Ahmad Bustami, berkata pihaknya kesal kerana gadis pada usia semuda itu sanggup menggadai maruah dengan mengadakan hubungan seks dengan ramai lelaki tanpa memikirkan risiko. “Mereka hanya memikirkan keseronokan, tanpa mengetahui kesan buruk pada masa akan datang berikutan usia masing-masing masih belasan tahun. “Antara faktor yang menarik minat seseorang terjerumus ke lembah maksiat disebabkan mereka mahu mencuba sesuatu yang baru serta kekurangan akidah agama,” katanya. Dalam serbuan di beberapa hotel di Jalan Besar, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Teluk Sisek dan Jalan Bukit Ubi, seramai 56 pesalah jenayah syariah termasuk 24 pasangan berusia 15 hingga 40-an dicekup kerana disyaki berkhalwat. Harian Metro Online 02/01/2009

Jalan raya Pan Borneo serba daif

Berita Harian - 02/01/2009 - ruangan forum SAYA amat bersetuju dengan surat 'Hambali' mengenai jalan raya utama Pan Borneo tidak diselenggara dengan baik seperti disiarkan ruangan ini, 27 Disember lalu. Saya kerap berulang alik dari Miri ke Kuching menggunakan jalan darat setiap bulan. Untuk perjalanan sejauh 800 kilometer dari Miri ke Kuching saya biasanya mengambil masa lebih kurang 11 hingga 12 jam. Saya dapati tahap jalan raya di Sarawak terlalu jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung. Kita tak perlu membandingkan lebuh raya bertol, cukup bandingkan dengan jalan daerah kecil di Semenanjung yang sudah jauh lebih elok dari jalan raya rentas Sarawak (Pan Borneo) yang ada sekarang terutama sektor Bintulu ke Sibu. Jalannya sudahlah berliku-liku, dipenuhi dengan lubang di kiri kanan jalan semacam tiada pemeriksaan berkala atau pemantauan pihak berkenaan. Penggunaan kenderaan berat seperti lori balak menambah lagi kerosakan jalan itu. Kalau kita perhatikan sektor Sibu-Bintulu, di mana kegiatan pembalakan paling aktif di Sarawak, didapati sektor jalan rayanya paling teruk di sepanjang perjalanan ke Kuching. Jalan di sektor Betong ke Serian, walaupun agak lama masih elok tanpa banyak lubang atau bahagian rosak. Saya dapati dalam setahun dua ini lori balak sudah mula menggunakan jalan raya itu menyebabkan bahagian jalan retak dan berlubang. Saya khuatir jika gejala ini tidak dibendung daripada awal, lebih banyak lagi jalan mengalami kerosakan. PENGGUNA JALAN MIRI-KUCHING, Miri, Sarawak.

Jalan raya utama Pan Borneo tidak diselenggara dengan baik

Berita Harian 27/12/2008 - Ruangan Forum KEADAAN jalan raya utama yang menghubungkan bandar Mukah dengan rangkaian jalan raya utama Pan Borneo semakin teruk dan berbahaya kepada pengguna yang ingin ke bandar di persisiran pantai itu. Banyak rungutan dan komen diutarakan tetapi keadaan semakin teruk. Penyelenggaraan jalan yang sekadar menutup lubang menyebabkan banyak kenderaan rosak. Kita tahu jalan itu dalam proses pembinaan. Tetapi kerja pembinaan nampaknya tidak begitu progresif. Sebagai pengguna yang kerap mengguna jalan itu, ia menyebabkan kos pembaikan kenderaan tinggi. Kontraktor tidak menyelenggara jalan sedia ada. Kalau ada pun hanya melepas batok di tangga saja. Diharap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan segera membantu mempercepatkan proses pembinaan jalan terbabit. Wakil rakyat di kawasan terbabit jenguklah keadaan bagi merasai sendiri. Jika di Semenanjung, keadaan itu akan menyebabkan wakil rakyat berasa panas punggung kalau berita itu disiar TV3. Di Sarawak berita begitu tidak dapat siarkan kerana hendak menjaga pihak yang berkepentingan dalam politik. Kalau Karam Singh, pengacara TV3 yang buat liputan, agaknya kecoh Dewan Undangan Negeri Sarawak. HAMBLI RABI, Mukah.

1/01/2009

SELAMAT TAHUN BARU 2009

SELAMAT TINGGAL 2008 YANG PENUH KENANGAN PAHIT DAN MANIS. SELAMAT DATANG 2009 YANG BAKAL DIHADAPI. SEMOGA KITA AKAN SUKSES DAN SENTIASA MAJU KEHADAPAN. BEROLEH REZKI YANG HALAL. BEROLEH KESIHATAN YANG SENTIASA BAIK. BEROLEH LIMPAHAN RAHMAT DARI ALLAH SWT. BEROLEH DAN TERCAPAINYA SEGALA IMPIAN DAN CITA-CITA. MENJADI LEBIH BAIK DARI 2008 YANG TELAH BERLALU MENINGGALKAN KITA. -----------------

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...