12/31/2010

Selamat Tahun Baru 2011

SELAMAT TINGGAL 2010 DAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011.

SEMOGA PERANCANGAN DAN AZAM YANG TELAH DIBUAT PADA TAHUN 2010 TERCAPAI DENGAN JAYANYA.

SEKIRANYA BELUM TERUSKAN USAHA UNTUK MENCAPAINYA PADA TAHUN 2011.

SEMOGA 2011 MENJANJIKAN SESUATU YANG BAIK DAN PENUH MAKNA DALAM KEHIDUPAN KITA SEMUA.

12/28/2010

Doa Elak Cabul dan Rogol

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

12/06/2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432H

Selamat menyambut tahun baru Islam 1432H.  Semoga kedatangan tahun baru ini membuka lembaran baru dalam kehidupan seharian kita. Niat dan tekad baru dalam membaiki kehidupan duniawi dan juga kehidupan di akhirat nanti khasnya..

InsyaALLAH.....

11/30/2010

Keistemewaan Diri Sendiri

  • Einstein was 4 years old before he could speak.
  • Iassc Newton did poorly in grade school and was considered "unpromising. "
  • When Thomas Edison was a youngster, his teacher told him he was too stupid to learn anything. He was counseled to go into a field where he might succeed by virtue of his pleasant personality. Thomas Edison adalah pencipta lampu mentol.
  • F.W. Woolworth got a job in a dry goods store when he was 21, but his boss would not permit him to wait on customers because he "didn't have enough sense to close a sale." Kini, Woolworth adalah pasaraya ternama di UK
  • Michael Jordan was cut from his high school basketball team.
  • A newspaper editor fired Walt Disney because he "lacked imagination and had no original ideas."
  • Winston Churchill failed the 6th grade and had to repeat it because he did not complete the tests that were required for promotion.
  • Babe Ruth struck out 1,300 times, a major league record. (Babe Ruth ketika itu adalah pemain baseball yang paling banyak melakukan home-run)
A person may make mistakes, but is not a failure until he or she starts blaming someone else. We must believe in ourselves, and somewhere along the road of life we will meet someone who sees greatness in us and lets us know it.
Kadangkala amat sukar untuk kita melihat keistemewaan yang ada pada diri sendiri. Selalunya, orang lain yang akan dapat melihat keistemewaan kita. Sama seperti anda sering melihat keistemewaan yang ada pada orang lain dan tidak pada anda.
Jangan segan bertanya dengan orang lain, rakan-rakan atau keluarga. Atau, anda juga boleh mendapatkan "hint" dari cara orang lain mendampingi anda. Dimanakah keistemewaan yang ada pada anda?

11/22/2010

Merdeka Palace Kuching

Berkampung di Merdeka Palace Kuching  dari 22/11/2010 hingga 01/12/2010. Blok 3, MAHSA special cohort.

Mulalah kembali sesi kuliah..

11/17/2010

Salam Aidiladha

Salam aidil adha diucapkan kepada semua pembaca hamqqa.com.

Aidil adha tahun ni tidak dapat nak kemana-mana. Duduk dekat rumah..berehat...Kena abdominal pain and bodyache..Tak tahu kenapa.  Semalam ada program berkhatan beramai-ramai di Sekolah Mata Parang. Seramai 40 orang anak-anak berumur 11 hingga 12 tahun menyertai program tersebut. Memang agak ramai. Program bermula 11 pagi dan berakhir kira-kira 2 petang...mungkin terlampau letih...itulah sebabnya kena generalised bodyache...

Semoga pengorbanan yang kita lakukan mendapat keberkatan daripada Allah swt...

11/08/2010

Runtuhnya Melayu Singapura

DALAM memoirnya, The Singapore Story, Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew menceritakan ketika serangan Jepun ke atas Singapura dalam tahun 1941, beliau yang sedang berjalan kaki dari Teluk Kurau ke Norfolk Road telah melihat orang-orang Melayu mencuri kerusi dan meja dari rumah rumah besar. Tetapi orang-orang Cina mencuri

10/24/2010

Entering Lee Kuan Yew’s mind

In Malaysia, Lee Kuan Yew is often made an issue or he purposely make issues with Malaysia

10/22/2010

Malaria mosquitoes are evolving into new species:Researchers

WASHINGTON: Two strains of the type of mosquito responsible for the majority of malaria transmission in Africa, have evolved such substantial genetic differences that they are becoming different species.



10/18/2010

Mengapa Masih Ada Rakyat Sarawak Yang Miskin???

Kerajaan negeri telah untuk sekian lama berusaha memerangi masalah kemiskinan di Sarawak. Meskipun telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan, namun Sarawak masih berada di tangga ke empat dari bawah dari segi jumlah keluarga miskin di negara ini.

Bajet 2011 Buat Sarawak....

Apakah makna Bajet 2011 untuk Sarawak?

9/06/2010

Menuntut Hak Kaum Tak Semestinya 'Racist'

SAYA tertarik dengan hujah pembahas Affendi Hussain dalam posting berjudul “Apa Salahnya Bunyi Masjid Lantang.” Affendi, antara lain, berkata:



1. Ada yg nampak Perkasa saja tetapi buat2 buta dgn Dong Zong & Hindraf.. itu hipokrit politaik perkauman namanya......

8/23/2010

Alhamdulillah...

Syukur ke hadrat-NYA..buka mata pagi ini masih lagi melihat sinaran cahaya  matahari terbit di Desa Ilmu...

8/21/2010

Rahsia Di Sebalik Kejayaan Singapura

SINGAPURA, 20 Ogos (Bernama) - Pada malam pembukaan Sukan Olimpik Remaja yang julung kali diadakan minggu lepas, tuan rumah Singapura mendedahkan kepada dunia kisah kejayaan negara bandar raya ini untuk berkembang daripada sebuah pelabuhan perdagangan pada abad ke-19, hingga menjadi sebuah metropolis serba canggih hari ini.

8/01/2010

Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan

Selamat Meraikan Bulan Kemerdekaan 2010.

Hampir 53 usia kemerdekaan negara kita, berjayakah kita mengekalkannya dalam erti kata yang sebenarnya. Merdeka ekonomi. merdeka pendidikan, merdeka agama, merdeka kesihatan, merdeka minda, merdeka fizikal, merdeka politik, merdeka keluarga, merdeka bangsa, merdeka sosial dan merdeka sebagainya...

Selamat menyambut Bulan Kemerdekaan 2010.  Semuga pengisiannya penuh makna....

5/31/2010

Malaysia Bankrap 1 tahun sebelum 2020

Kenyataan Idris Jala Malaysia akan Bankrap setahun sebelum 2020

Hapus subsidi: Reaksi rakyat

Kaji dulu secara teliti


PENULIS ingin memberi pandangan mengenai cadangan kerajaan mengurangkan subsidi. Kita juga dikejutkan dengan berita bahawa kerajaan akan jatuh bankrap pada tahun 2019 jika tiada tindakan bagi mengurangkan subsidi seperti yang berlaku di Greece.

5/24/2010

Letih? Dugaan yang perlu dihadapi!

Bertugas di tempat baru memang amat menggembirakan.  Suasana baru, majikan baru, ketua baru, kawan-kawan baru, dan segalanya baru..

4/20/2010

Otak Yang Lesu

Apa akan jadi sekiranya enjin kereta kita dibiarkan dengan lama tanpa dimulakan?

Ia akan semput, susah nak start dan adakalanya rosak.

4/10/2010

Jaga Adab Bertambah Berkat (Adab Belajar)

Semasa saya sedang memberikan kuliah pertama dalam kelas Fiqh Muamalat bagi pelajar tahun 3 di European Institute of Human Science. (www.eihs.org.uk)

Tiba-tiba seorang pelajar dari Russia

4/04/2010

Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ?

Telah banyak kali rasanya disebutkan oleh ribuan malah jutaan ilmuan Islam di seluruh dunia, bahawa menderma dan bersedeqah itu menambahkan rezeki dan bukan mengurangkannya.

4/02/2010

Back to basic hygiene

THE front-page headlines in the last couple of days herald the return of influenza A (H1N1) into the public sphere. The virus, which until March 21 has taken 16,931 lives -- 77 of them Malaysian -- is back,

3/07/2010

Hak Kanak-kanak. Kasihanilah Mereka!

IKLAN sempena sambutan Hari Kanak-kanak yang disiarkan di radio menarik perhatian. Dalam iklan itu seorang kanak-kanak memberitahu, banyak daripada haknya yang membabitkan hak untuk bersuara, mendapat perlindungan dan keselamatan dicabul atau sengaja diketepikan hanya kerana mereka masih kecil.


Pencabulan hak kanak-kanak bukan sekadar mendera, menyakiti atau mencederakan mereka. Ibu bapa yang memaksa anak belajar sehingga tiada masa bermain atau terbabit dalam aktiviti rekreasi juga sebenarnya secara tidak langsung mencabul hak kanak-kanak.

3/06/2010

Terlalu lama di pedalaman (Jangan Tanya apa sumbangan negara pada kamu, tanyalah apa sumbangan kamu pada negara)

SAYA menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa guru mungkin diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan mereka. (saya mengenali 2 orang guru semenanjung yang masih berkhidmat di sarawak selama dah hampir 28 tahun..masih lagi berkhidmat kat sini..kehidupan mereka juga kat sini,mungkin juga mereka berdua akan pencen kat sarawak..tahniah kepada Cikgu Suratman bin Siren dan Ustaz Ismail bin Awang ...jasamu tetap ku kenang sampai bila-bila - tanpa guru siapalah saya, terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar saya, baik guru semenanjung, sabah, mauhupun dari sarawak sendiri

Tuntut khidmat YB Sarawak : Anak Kampung Kecewa, Mukah, Sarawak

BAYANGKAN apa boleh dilakukan jika bekalan elektrik sering terputus, bekalan air tidak ada, talian telefon sekejap ada, sekejap tiada. Beginilah kehidupan di luar bandar Sarawak.

3/03/2010

Masalah Sosial Pelajar: Di Mana Silapnya?

Cerita tentang pelajar sekolah melakukan perbuatan tidak bermoral terutama bercunbu-cumbuan dengan temam lelaki bukan satu cerita yang anih. Malah sudah ramai pelajar perempuan di sekolah menengah mahupun di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang sudah mengadakan hubungan seks dan akhirnya mengandung anak luar nikah.

2/28/2010

Siapa Bakal Pengganti, Semoga Semuanya Berjalan Lancar.

Pencarian pengganti Taib berterusan...
Feb 27, 10 7:34pm



Persidangan perwakilan tiga tahun sekali Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang bermula di Kuching, Isnin ini mungkin satu perkara membosankan berikutan tiada pertandingan bagi jawatan-jawatan utama kecuali bagi beberapa kerusi dalam majlis tertinggi parti.



13.5km sahaja


2/26/2010

Bayi perempuan di Brazil mati selepas pergaduhan antara doktor

MATO GROSSO DO SUL (Brazil): Seorang bayi perempuan disahkan mati apabila doktor di sebuah hospital di Brazil bertengkar dalam bilik bersalin kerana masing-masing enggan mengalah dalam menguruskan proses bersalin itu.

2/21/2010

Perarakan Maulidur Rasul : Wajar Diterus Atau Diubah?


Baru-baru ini timbul sedikit pertikaian apabila disebut kerajaan negeri Pulau Pinang ingin membatalkan perarakan sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.

2/12/2010

Kapal Selam : Lagi episod aib negara

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Kerosakan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman sehingga tidak boleh menyelam antara satu lagi episod yang mengaibkan sistem pertahanan negara apatah lagi ianya baru lima bulan tiba di perairan Malaysia.

2/11/2010

Putrajaya Pun Ada Ajaran Sesat

Ajaran sesat di Putrajaya terbongkar

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN


pengarang@utusan.com.my

SEORANG lelaki (tengah) dipercayai menjadi ketua kumpulan ajaran sesat yang berpusat di kuarters kerajaan di Presint 17, Putrajaya, ditahan bersama-sama 14 pengikut oleh penguat kuasa JAWI dalam satu serbuan awal pagi semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

Plain Forcep Tertinggal dalam Perut

Penyepit tinggal dalam perut


Pastikan anak sentiasa selamat setiap masa

OLEH kerana kes penculikan kanak-kanak terus menjadi perkara membimbangkan di dalam masyarakat kita, kita harus mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan lebih perlindungan kepada anak kita.


Kehilangan Shalinie Nashar dan pembunuhan kejam Nurin Jazimin adalah peringatan jelas bahawa jenayah tidak mengenal kaum atau agama dan rakyat Malaysia tidak seharusnya menganggap keselamatan anak perkara ringan.

2/09/2010

Kesan Sihat Kepelbagaian Suara Melayu

SATU perkembangan menarik yang berlaku kepada bangsa Melayu selepas pilihan raya umum 2004 adalah penyemarakan semula kepelbagaian suara.


Walaupun Melayu mempunyai banyak badan dan pertubuhan sukarela akar umbi, namun untuk jangka masa yang agak lama, suara mereka jarang kedengaran atau tidak lantang.

Sugary soft drinks linked to pancreatic cancer: study

AFP - Tuesday, February 9

A Cambodian scavenger (L) collects empty cans of soft drink and bottles of drinking water as a school child (R) sits next to her drinking a soft drink in 2008. People who drink at least two sugary soft drinks a day have an increased risk of contracting cancer of the pancreas, a study published Monday shows.

1/30/2010

Macam Mana Nak Buat Tuntutan Balik Pelaburan Swisscash

Laman web ini disediakan oleh Pentadbir Skim Pelaburan Internet SwissCash sebagai pengantara untuk menyampaikan maklumat berkaitan berhubung Pentadbiran. Anda digalakkan untuk sering melawat laman ini memandangkan ianya adalah perantaraan komunikasi utama dengan para pelabur dan mana-mana pihak yang berkepentingan sepanjang tempoh Pentadbiran.

1/24/2010

Welcome to Sarawak’s Buffalo Highway


The Buffalo Highway.... Pix by King Kawi

The Buffalo Highway that linked Sarawak to its coastal villages would only be completed in 2010.

The Ministry of Works website when replying to a complaint letter published in Berita Harian stressed that the road is under the purview of Sarawak Public Work.

Open letter to the Sarawak Health Department director

Dear Sir,


I was going to Kota Sentosa Klinik just now. The work rate is very low. My daughter number is 151 at that time the patient served was 141.

Jalan Selangau-Mukah, paling teruk di ASEAN?


Lebuhraya Kubang Kerbau - Gambar oleh King Kawi

Oleh Dr Jeniri Amir

Pada minggu lalu beberapa orang pegawai tinggi dari Putrajaya yang mempunyai gelaran Datuk telah ‘turun padang’ dengan memandu melalui jalan tidak berturap di salah satu kawasan di utara Sarawak. Tujuan mereka adalah untuk melihat dengan lebih dekat keadaan prasarana di luar bandar Sarawak, sesuai dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu membawa lebih banyak pembangunan ke Sarawak dan Sabah.

JALAN MUKAH SIAP 2010 / KEMENTERIAN KERJA RAYA



Kenyataan ini, diambil terus dari pautan disesawang Kementerian Kerja Raya tanpa sebarang suntingan. Lihatlah ejaan nama Sarawak. Sudah berapa lama jalan ini wujud.


"KEMENTERIAN Kerja Raya ingin merujuk surat ‘Cashrwd’ yang disiarkan ruangan ini pada 7 Januari lalu. Jalan yang dimaksudkan pengadu ialah Simpang Selangau (Bahagian Sibu) hingga ke Simpang Mukah Balingian (Matadeng) di Serawak.

Pesawat ringan terhempas di Simunjan, Sarawak

KUCHING: Sebuah pesawat ringan pribadi disahkan terhempas di satu kawasan hutan dekat daerah Simunjan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, kata Pesuruhjaya Polis negeri Datuk Mohamed Salleh.

1/20/2010

"MONEY CANNOT REPLACE MY SON'S LIFE" - FATHER OF VICTIM


Bernama - Wednesday, January 20

PENANG, Jan 20 (Bernama) -- "Money cannot replace my son's life because he was an excellent student and took up the German language to continue his studies in Germany after Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) this year," said Yeoh Cheong Hean, the father of Brandon Yeoh who was among six who drowned while practicing for a dragon boat competition here on Sunday.

1/19/2010

Taktik Kamera atau Kecangihan Penipuan



Malu, atau bergembira?




Betulkah ia orang yang sama, atau hanya sekadar propaganda bagi menghalalkan pemburuan yang yang tak tak pernah kena pada sasaran.

Apa yang anda fikirkan. Begitu canggih pemikiran dan penipuan yang dilakukan. Atau ia sememangnya wujud. Sama-sama kita fikirkan.

Middle Malaysia vs 1 Malaysia?

Tuesday, January 19, 2010


DAP Perkenal "Middle Malaysia" Untuk PR

A Kadir Jasin


PARTI Tindakan Demokratik (DAP), tanpa riuh-rendah dan sorak-sorai, telah memperkenalkan konsep Middle Malaysia. (Minta maaf sukar diterjemahkan secara literal ke bahasa Melayu.)

Setiausaha Agungnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, memperkenalkan konsep itu di Konvensyen Kebangsaan Ke-15 parti itu di Ipoh pada 17 Januari.

1/15/2010

Satu Lagi Kes "Buang Bapa" Di Perlis

KANGAR, 15 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki berusia 60 tahun yang menghidap sakit buah pinggang mengadu ditinggalkan oleh anaknya di sebuah pusat haemodialisis di sini pada Khamis tanpa dijemput pulang selepas menjalani rawatan.

1/14/2010

Malaysia syurga perompak?

APABILA orang Sepanyol, Mexico, Guatemala dan Costa Rica datang merompak di Malaysia maka ternyatalah bahawa di sebalik melimpahnya para pelancong asing yang meningkatkan pendapatan negara, meningkat juga ancaman terhadap rakyat.

Polis telah melakukan apa yang terdaya tetapi pihak kerajaan atau orang politik yang boleh mencegah perkara ini masih dengan ketamakan wang pelancong tanpa mempedulikan perasaan rakyat.

1/13/2010

30:100,000 rakyat bunuh diri setiap tahun

KEBELAKANGAN ini terdapat pelbagai kejadian yang berlaku di negara kita khususnya dan di seluruh dunia amnya yang menunjukkan bahawa tekanan mental semakin berleluasa dan telah mencapai tahap yang membimbangkan.

Percepatkan proses perceraian (?),(!!!)

SAYA amat tidak setuju dengan peruntukan RM15 juta daripada kerajaan yang akan diberikan kepada kaum wanita Islam sambil mereka menunggu keputusan Mahkamah Syariah berhubung permohonan perceraian daripada suami mereka.

Sungguhpun peruntukan itu boleh memberi kelegaan kepada mereka semasa menunggu keputusan Mahkamah Syariah, isu sebenarnya tidak ditangani oleh pihak kerajaan untuk meringan dan mempercepatkan lagi proses perceraian.

1/11/2010

Mengapa Bakar Gereja Cara Bantahan Yang Salah?

Oleh


Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Dengan niat untuk membantu dan mempromosi keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia. Saya menulis artikel ringkas ini, diharap ia mampu memberi satu mesej yang baik buat rakan-rakan Islam dan bukan Islam yang melawat dan membaca web ini.


Jelas lagi terang, tindakan membakar gereja bagi melahirkan ketidakpuasan hati terhadap kes penggunaan nama Allah bagi Kristian adalah TINDAKAN YANG SALAH. Namun persoalannya kini, benarkah tindakan sebegini salah di sisi agama Islam? Artikel ini cuba memberi jawapan ringkas tetapi padat.

1/06/2010

Isteri Curang! Tidak Cukupkah?. Apa yang Kurang?

Kes isteri curang makin membimbangkan


NAMA saya Muna, suami saya Hisham. Perkahwinan kami pada 2008 atas dasar suka sama suka. Bahagia, dia seorang suami yang baik, penyayang dan cukup sempurna. Silapnya di sini adalah, saya kerana tidak tahan dugaan ketika berjauhan. Sejak mula kami menikah memang sudah duduk berjauhan.

Suami bekerja di Kuala Lumpur sementara saya di Sabah. Memanglah hidup saya tidak sama seperti isteri-isteri lain, ada suami datang menjemput, bila balik rumah boleh duduk sama-sama dan berbual. Saya tidak lalui itu semua, setiap hari saya berseorangan, hanya telefon yang menjadi pengantara.

Takaful dan Pelan Pelaburan

Oleh WAN JEMIZAN WAN DERAMAN - Utusan Online 06.01.2010

MANUSIA dan harta tidak boleh dipisahkan. Lantaran itu Islam mengiktiraf keperluan manusia kepada harta dan kerana itulah Islam menggariskan peraturan tertentu yang perlu dipatuhi oleh manusia dalam interaksinya dengan harta agar ia menjadi wasilah untuk menikmati keselesaan hidup dan mencapai takwa.

1/05/2010

biliS Boleh Makan Banyak, Inikan Pula JerunG!!! Benarkah?

Hanya Pegawai Pangkat Rendah Terlibat Kes Curi Enjin Jet F-5E TUDM - Peguam Negara


PUTRAJAYA, 4 Jan (Bernama) -- Hanya pegawai pangkat rendah dan bukannya pegawai kanan tentera terlibat dalam kes curi dua enjin jet pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau berkata keputusan sama ada mereka yang terlibat dalam kes itu akan didakwa di mahkamah akan dibuat "dalam waktu terdekat".

1/04/2010

Gula naik RM0.20 atau Bertambah Kayakah Raja Gula

Berita gembira atau berita yang amat mendukacitakan.  Harga gula naik RM0.20. Apakah kesan yang akan berlaku selepas ini.

Semut mati kerana gula.  Manusia mati akibat kompilkasi kencing manis, bukannya kerana penyakit tersebut.

1/03/2010

Kalimah Allah atau Hanya Sekadar Menyejukkan Keadaan atau Propaganda Sulit!

Apa sebenarnya yang hendak dijadikan propaganda. Negara heboh oleh pelbagai isu yang berlaku diluar jangkaan.  Dari kenaikan harga barang, kenaikan harga rokok, pengenalan GST, AFTA, pergeselan politik semasa...dan keghaiban enjin pesawat F-5E TUDM..dan pelbagai isu 'megaly'

Negara dihangatkan lagi dengan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.

Keluar 1 Masuk 1, Pengorbanan Untuk Election 2010

Dr Tiki Sokong Wakil Bidayuh Isi Jawatan Timbalan Menteri Pelancongan


KUCHING, 2 Jan (Bernama) -- Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Dr Tiki Lafe menyokong gesaan untuk seorang wakil Bidayuh mengisi kekosongan jawatan Timbalan Menteri Pelancongan (TMP) yang dilepaskan oleh Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib bulan lepas.

Nama Allah, Islam, Gereja, Kristian serta Mahkamah Tinggi dan 1 Islam, 1 Malaysia, 1 Suara & 1 Kekuatan.

Bertindak segera - BH Online 02.01.2010


Masyarakat Islam bantah keputusan mahkamah benar gereja guna kalimah

KUALA LUMPUR: Pemimpin Islam semua parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang bimbang dengan implikasi keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya, mahu kerajaan menyegerakan proses rayuan terhadap keputusan itu.

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...