10/20/2011

Kelar Bayi Baru Lahir




ANGGOTA polis membawa mayat bayi perempuan dikelar sehingga mati di asrama sebuah sekolah menengah di Betong, Sarawak, semalam 
Guru temui mayat perut terburai di asrama sekolah


KUCHING: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan, ditemui mati dengan kesan kelaran di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah di Betong, 300 kilometer dari sini, pagi semalam. Bayi malang itu ditemui di atas lantai asrama terbabit pada jam 9.30 pagi dengan beberapa kesan kelar di bahagian badan dan leher selain perutnya terburai. Berikutan penemuan mayat bayi itu, seorang guru sekolah terbabit membuat laporan polis dan bertindak atas maklumat itu seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditahan dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Betong.

Sumber berkata, sebelum itu guru terbabit membuat pemeriksaan ke asrama selepas mendapati pelajar tingkatan empat itu tidak menghadiri kelas, semalam.

“Guru itu terkejut melihat mayat bayi baru lahir yang mengalami kecederaan teruk hampir seluruh badan dengan keadaan perutnya terburai.

“Polis yang tiba di tempat kejadian selepas menerima laporan, memeriksa mayat bayi itu dan menemui tujuh kesan kelar iaitu dua di bahagian belakang, dua di tangan, dan masing-masing satu di leher, rusuk serta perut,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Betong, Asisten Superintendan Henry Nyuhai, yang mengesahkan kejadian itu berkata polis turut menemui sebilah pisau pemotong sayur dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Katanya, pisau sepanjang 15 sentimeter itu ditemui disorok dalam cadar dan polis turut merampas cadar serta tilam sebagai barang bukti.

“Pelajar perempuan itu kini ditahan di wad hospital dan dikawal rapi pihak polis. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

===============================================
Suspek akan didakwa dan dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Barangkali ramai antara kita tidak mengetahui fakta berhubung undang-undang. Jika dia disabitkan kesalahan membunuh sekalipun, gadis terbabit tidak akan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Mengapa? Kerana suspek berusia di bawah 18 tahun dan diklasifikasikan sebagai juvana. Andai dia didapati bersalah membunuh bayi dilahirkan, suspek hanya akan dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak di bawah kendalian Jabatan Penjara Malaysia.

Dilaporkan, teman lelaki suspek berusia 27 tahun. Samada dia ingin bertanggungjawab terhadap kandungan suspek atau sebaliknya dan samada keluarga gadis terbabit merestui perhubungan mereka atau tidak, itu bukan persoalan pokok.

Undang-Undang secara jelas mencatatkan, mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, lelaki mengadakan hubungan seks dengan gadis di bawah umur samada dipersetujui atau tidak adalah perbuatan merogol.

Laporan akhbar hari ini mencatatkan, polis masih cuba menjejaki lelaki terbabit agar tindakan lanjut dapat dilaksanakan.

Terbaru, saya difahamkan, suspek dan teman lelakinya dipercayai bukan beragama Islam dan beralamat sama di rumah panjang Naing Nanga Numan Spak di Betong.

Majoriti masyarakat mengutuk perbuatan gadis terbabit. Apapun, kita tidak seharusnya hanya sekadar mengecam tanpa cuba memahami antara faktor pendorong kearah tindakan suspek.

Menurut laporan akhbar Harian Metro, keluarga suspek tidak membenarkan dia mengahwini teman lelakinya dan pada masa sama dia mengandung. Secara psikologi, dia semestinya berada dalam keadaan amat tertekan tambahan pula usianya masih mentah, 16 tahun.

Campuran perasaan marah, takut dan malu barangkali mengaburi fikiran logiknya sehinggakan dia bertindak tidak mengikut kewarasan akal.

Sumber Berita Harian Online & Mazidulakmal Sidek Blogspot.

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...