1/01/2007

6 GADIS CANTIK BERJAYA DIBERKAS

Kuala Lumpur, 12 Jun 2007

SC sekat enam laman web pelaburan tidak sah – Orang ramai diingatkan agar berhati-hati terhadap skim penipuan pelaburan Internet

Suruhanjaya Sekuriti (SC) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan CyberSecurity Malaysia (sebelum ini dikenali sebagai NISER) hari ini menyekat akses kepada enam laman web yang menawarkan skim pelaburan tidak sah kepada orang ramai di Malaysia. Ini adalah susulan peringatannya kepada pelabur pada 31 Mei mengenai tindakan ini.

Langkah untuk menyekat akses ke laman web pelaburan tidak sah tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dan merupakan proses berterusan, dan lebih laman web akan disekat dalam beberapa bulan akan datang ketika SC meneruskan siasatannya.

Enam laman web tersebut yang telah disekat ialah: • www.abbfund.com atau www.abfund.us • www.cfdventure.com www.swedenfund.com www.uebond.com www.esuissefund.com atau www.efmf.com.pa www.sc.com.my .

Pelabur yang masih mengambil bahagian dalam skim pelaburan tidak sah tersebut melalui Internet adalah diingatkan agar mengeluarkan pelabur mereka dan menutup akaun mereka serta merta. Pelabur tidak akan boleh memasuki akaun mereka apabila akses ke laman-laman web tersebut disekat.

Laman web SC menyiarkan senarai tiada had syarikat dan laman web yang dikemas kini secara berkala yang tidak diberi kuasa dan yang tidak diluluskan di bawah undang-undang sekuriti untuk berurusan dalam sekuriti, memberikan nasihat pelaburan dan/atau perkhidmatan pengurusan dana yang berkaitan dengan sekuriti atau niaga hadapan.

Orang ramai adalah diingatkan bahawa mereka hendaklah hanya melabur dengan pihak yang berlesen dengan SC agar mendapat perlindungan yang disediakan di bawah undang-undang sekuriti. Senarai syarikat dan individu yang dilesenkan oleh SC untuk berurusan dalam aktiviti pelaburan juga boleh didapati di laman web SC.

SURUHANJAYA SEKURITI

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...