11/23/2006

AB FUND TETAP NO #1. PELABURAN TERBAIK SETAKAT INI

Kuala Lumpur, 12 Jun 2007

Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti siasat AB Fund kerana aktiviti pelaburan internet tidak sah

Bank Negara Malaysia dalam satu operasi bersama dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Polis Diraja Malaysia kelmarin, 11 Jun 2007, telah menjalankan satu serbuan ke atas AB Fund kerana menjalankan aktiviti pengambilan deposit disyaki dan pelaburan tidak sah melalui laman webnya www.abfund.us dan www.abfundtrader.biz .

Bank Negara Malaysia sedang menyiasat AB Fund kerana aktiviti pengambilan deposit tidak sah yang disyaki dan aktiviti pengubahan wang haram, yang mana kedua-duanya merupakan kesalahan masing-masing di bawah subseksyen 25(1) Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) dan subseksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).

AB Fund juga tidak dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk memberikan nasihat pelaburan yang berkaitan dengan aktiviti sekuriti atau niaga hadapan dan juga tidak dilesenkan untuk menjalankan aktiviti pengurusan dana di Malaysia, seperti yang dinyatakan masing-masing di bawah Seksyen 14 dan 15A Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA) dan Seksyen 16A Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 (FIA).

Jika sabit kesalahan, pengendali aktiviti pengambilan deposit tidak sah boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga RM10 juta, atau kedua-duanya. Seseorang yang disabitkan atas kesalahan aktiviti pengubahan wang haram boleh didenda sehingga RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Mana-mana individu yang disabitkan kesalahan kerana memberikan nasihat pelaburan berkaitan aktiviti sekuriti atau niaga hadapan tanpa lesen menghadapi hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya.

Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti akan mengambil semua langkah terhadap aktiviti pelaburan tidak sah termasuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengendali dan ejen laman web pelaburan tidak sah.

Bagi melindungi kepentingan mereka, orang ramai adalah diingatkan agar hanya meletakkan deposit dan melabur dengan pihak yang dilesenkan oleh pihak berkuasa supaya mereka diperuntukkan perlindungan di bawah undang-undang perbankan dan sekuriti negara. Senarai semua pihak yang berlesen boleh didapati di laman web Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia masing-masing di www.sc.com.my dan www.bnm.gov.my.

Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti menggesa orang ramai agar berhati-hati apabila melabur dengan syarikat tempatan atau asing yang menawarkan peluang pelaburan. Orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan pihak yang tidak bertanggungjawab yang menjanjikan pelabur dengan aktiviti pelaburan yang kononnya mempunyai pulangan lumayan.

Orang ramai juga dinasihatkan agar memaklumkan pihak berkuasa dengan segera mengenai laman web yang disyaki, e-mel atau maklumat dalam Internet yang berkaitan dengan aktiviti pengambilan deposit dan nasihat dan khidmat pelaburan. Mereka boleh menghubungi Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti di:

> Bank Negara Malaysia Tel: 03-2691 0824 / 2692 6482 / 2698 2810 / 2694 2143 Faks: 03-2698 7467 E-mel: info@bnm.gov.my

> Jabatan Pengaduan, Suruhanjaya Sekuriti Tel: 03-6204 8999 / 03-6204 8777 Faks: 03-6204 8991 E-mel: aduan@seccom.com.my

BANK NEGARA MALAYSIA DAN SURUHANJAYA SEKURITI

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...