KAEDAH MELARUTKAN STOK A DAN B
Pada masa kini, ramai masyarakat diluar mula mendapat kesedaran dan berminat bercucuk tanam di rumah demi mendapatkan sumber mentah seperti sayuran dan buah-buahan dengan sendiri. Kaedah fertigasi merupakan kaedah yang mudah untuk tempat yang kecil dan tidak mempunyai kawasan yang luas. disini saya ingin berkongsi kaedah dan tips mudah untuk melarutkan stok A dan B bagi kegunaan saudara di rumah. Pengetahuan tentang cara menyediakan larutan baja fertigasi ini adalah penting bagi memastikan tanaman kita mendapat nutrien yang secukupnya.Baja fertigasi lebih dikenali sebagai baja AB. Ini disebabkan setiap set baja mengandungi 2 bungkusan. Iaitu set A dan set B. di pasaran ada 4 kuantiti yg berbeza iaitu 10 L, 50L, 100L dan 200L stok baja. Ia bergantung kepada berapa polibeg yang ditanam dirumah. Kebiasaannya baja 100L menjadi pilihan untuk fertigasi dirumah.
Langkah pertama
Menyediakan pati larutan baja
- Sediakan 2 bekas air bekas A dan bekas B (gunakan bekas atau baldi)
- Isikan 10 liter air paip kedalam setiap bekas . sekiranya di rumah tiada penyukat untuk menentukan air sebanyak 10 liter tu anda boleh gunakan botol susu yang isiannya 2 liter. Jadi anda perlu masukkan 5 botol air mengunakan botol dan lengkap 10 liter.
- Masukkan serbuk campuran baja A dan B ke dalam bekas baja pekat A dan B. Rendam plastik yg mengandungi baja mikro supaya semua baja di dalam bungkusan tersebut betul-betul habis di tuang. (Kerana ada baja Mikro spt Mo yg beratnya secubit, x sampai 1 gram)
- Kemudian kacau larutan sehingga sebati.
Menyediakan air baja untuk siraman pokok
- Sediakan bekas berisi 10L air paip- bekas c
- Ambil 100ml pati baja A dan pati baja B masukkan kedalam bekas C dan kacau sehingga sebati.
- Campuran air baja fertigasi sedia untuk digunakan kepada pokok sehingga berumur satu bulan.
Set A selalunya ada baja mikro Ferum ( serbuk warna kuning ), jadi stok air baja A akan berwarna kuning. Set B, stok air baja set B selaluya tidak berwarna dan jernih. Jika nak guna utk bancuhan air baja dalam tangki besar (600 gelen tu), sebaik-baiknya ambil stok air baja set B dulu diikuti dgn stok air baja set A. Jika boleh stok air baja dan tangki air baja berada di tempat yg teduh atau berbumbung. Jika dirumah, kita boleh simpan pati baja kedalam botol yang tertutup dan simpan.
Kadar anggaran campuran bagi yg tidak mempunyai EC meter
1/400 = 0.5 EC (3ml AB = 1L air)
1/200 = 1.0 EC (5ml AB = 1L air)
1/100 = 1.5 EC (10ml AB = 1L air)
1/80 = 1.8 EC (13ml AB = 1L air)
1/70 = 2.0 EC (15ml AB = 1L air)
1/60 = 2.5 EC (17ml AB = 1L air)
1/50 = 2.8 EC (20ml AB = 1L air)
CREDIT - http://myagri.com.my/2016/02/kaedah-melarutkan-stok-a-dan-b-untuk-kegunaan-di-rumah/
No comments:
Post a Comment