1/04/2008

ARTIKEL MOTIVASI: KISAH KEGAGALAN

================================= Dpd Irfan Khairi.... Sering kali saya kongsikan mengenai kejayaan. Bulan ini, saya hendak ubah haluan sedikit- saya akan ceritakan kisah kegagalan! Terdetik untuk kongsikan mengenai kegagalan selepas saya menemubual Guru Kegagalan, Mr Billi Lim di program bual bicara saya di Radio24"Jutawan! Bersama Irfan Khairi" (untuk maklumat lanjut program ini,lawati http:// www.JejakJutawan.com) Kegagalan jarang sekali ditekankan dalam motivasi, walhal, terdapatlebih ramai mereka yang gagal berbanding dengan mereka yang berjaya!Namun begitu, tahukah anda, 98% daripada self-made millionaireshari ini pernah gagal? Ya! Kegagalan adalah sebahagian daripadakejayaan. Pernah saya sebutkan bahawa, punca utama seseorang tidak mencapaikejayaan adalah kerana TAKUT KEPADA KEGAGALAN. Fahami betul-betul ayat saya di atas. "Takut kepada kegagalan"adalah sebab utama seseorang tidak mencapai kejayaan. Bukannya"Gagal adalah punca utama tidak mencapai kejayaan"Apabila anda takut kepada kegagalan, anda akan menghalang diri andamengambil langkah pertama. Langkah utama dalam mencapai apa-apakejayaan. Sekiranya anda berada dalam keadaan "Takut kepada kegagalan" ketahui bahawa itu adalah benteng utama anda. Bagaimana hendak melepasi benteng tersebut? Ikut kata-kata NIKE,just do it! Kalau nak DUIT, anda perlu DO-IT!Terlalu banyak kisah-kisah kegagalan mereka yang berjaya boleh dikongsikan. Antara kegemaran saya adalah kisah seorang pemain baseball di Amerika Syarikat pada tahun 70-an. Namanya adalah BabeRuth. Babe Ruth ketika itu merupakan pemain yang paling banyak sekali membuat home-run (larian dengan markah tertinggi di dalam baseball) ketika itu. Tiada siapa boleh menandingi rekod Babe Ruth yangmembuat home-run. Namun begitu, Babe Ruth juga merupakan pemain base-ball yang palingbanyak sekali struck-out (terpaksa keluar oleh kerana pukulan tidakmengena bola!)- lebih daripada 1,300 kali! Setiap kali Babe Ruth tidak mengena bola, beliau akan senyumsahaja. Apabila ditanya wartawan sukan kepada Babe Ruth, mengapabeliau senyum setiap kali tidak mengena bola, jawabnya "Setiap kalihayunan saya gagal mengena bola, ia bermakna makin hampir hayunansaya akan mengena bola dan akan mendapat home-run untuk pasukansaya tidak lama lagi!" Pemikiran Babe Ruth adalah, lagi banyak kali beliau mencubawalaupun gagal, lagi hampir dirinya akan mencapai kejayaan dalammendapatkan home-run!Fikiran beginilah yang perlu ada oleh semua dalam mencapaikejayaan. Kegagalan bukan bererti anda yang gagal secara peribadi,tetapi, ia bermaksud makin hampir anda akan mencapai kejayaan. Fikirkan kisah-kisah ini pula:- -Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4tahun! -Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberigelaran oleh guru-guru sebagai murid yang "tiada harapan"! -F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcitsering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai "seorang yang tidakpandai menjual!". Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasarayaterbesar di United Kingdom! -Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikatakhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana "Tidak mempunyaiimaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas"! -Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah! -Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah seringdimarahi oleh gurunya dengan "Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja"! Tidak habis lagi kisah Thomas Edison, tahukah anda Thomas Edisonjuga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol! Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripadamelakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak. Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalammencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!

Selamat Tahun baru 2008 & Selamat Menyambut Awal Muharram

TQVM.

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...