3/31/2008

Melayu Sudah Hilang Kuasa??

Betulkah Melayu Sudah Hilang Kuasa?? Jadi camna nak ambik balik... Entahlah...itu cakap orang politik...kalau kita orang biasa-biasa macamana pulak... Kerana politik itu lambang kekuasaan..kerana sikap orang melayu mudah lena diulit mimpi dalam buaian indah yang sentiasa dibuai.. Bila buaian terhenti maka melentinglah orang melayu...kerana mimpi selesanya terganggu... Bila buat kerja ramai yang tak sungguh-sungguh...seperti melepas batuk ditangga.. bila orang lain kata melayu itu ini itu ini makin ramailah yang melatah.. =========================================== yang ni petikan daripada utusan melayu tentang melayu hilang kuasa (31.03.2008)sekadar untuk berkongsi maklumat.. Melayu sudah hilang kuasa – Ku Li KOTA BHARU 30 Mac – UMNO perlu menerima hakikat bahawa orang Melayu sebenarnya sudah hilang kuasa dan hanya mengharapkan bantuan dari Sabah serta Sarawak untuk terus kekal memimpin negara. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) berkata, parti itu perlu melakukan sesuatu kerana rakyat khususnya di Semenanjung sudah mula hilang kepercayaan terhadapnya. Beliau berkata, UMNO kini hanya mengharapkan sokongan daripada kedua-dua negeri tersebut dan sewajarnya tuntutan mereka didengar serta dilayan. “Kalau kita tidak mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak, UMNO tidak ada kuasa langsung di Parlimen kerana suara kita yang ada tidak sampai separuh. “Apakah kita masih berangan-angan lagi dan tidak mahu bertindak memperbaiki kedudukan, satu perkara serius kuasa Melayu sudah hilang di negara ini. “Kita pun tidak melayan tuntutan mereka (Sabah dan Sarawak) sebagaimana sepatutnya kerana mereka mendapat sokongan besar daripada rakyat untuk mendukung UMNO di Semenanjung yang benar-benar gagal untuk mempertahankan kedudukannya,” kata beliau ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra di sini malam tadi. Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pertemuannya dengan beberapa ketua bahagian Khamis lalu, Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, ia diadakan bagi memberikan penerangan kepada pemimpin terlibat supaya satu Perhimpunan Agung Khas UMNO (EGM) diadakan. Katanya, perhimpunan itu diadakan bagi membincangkan hala tuju parti tersebut apabila mencatatkan prestasi terburuk pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. “Sebelum EGM diadakan, bahagian-bahagian UMNO yang bersetuju perlu mengadakan mesyuarat agung khas untuk membawa usul supaya membincangkan keputusan pilihan raya umum dan mencari langkah mengatasinya. “Tidak kira berapa ramai (yang datang menemuinya), semangat itu mahu kepada perubahan, saya mendengar suara mereka, kita sudah tidak ada kuasa, nak action (berlakon) apa lagi,” katanya. Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan Tengku Razaleigh mengadakan pertemuan dengan kira-kira 100 ahli UMNO termasuk lebih 10 ketua bahagian di kediamannya di Kuala Lumpur. Antara yang hadir ialah bekas Menteri Penerangan yang juga Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Dr. Ibrahim Saad (Batu Kawan) dan Datuk Malek Hanafiah (Taiping). Sementara itu, ditanya adakah beliau tetap dengan pendiriannya untuk mencabar Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak tahu berapa banyak sokongan terhadapnya tetapi apa yang penting ialah keadaan sekarang perlu diperbaiki demi masa depan. “Sekarang ini kita hendak perbaiki kedudukan parti sebab itu kita cadang adakan EGM, dengarlah suara dari bawah, ajak semua datang kita timbang dengan serius, jangan tidak mahu jumpa langsung orang bawah, kita orang atas sudah gagal. “Panggil mereka semua berhimpun, saya rasa ini yang patut kita buat. Jangan takut kepada penyokong dan ahli-ahli kita, saya rasa kalau kita buat EGM, dapat perbaiki kedudukan. Dulu selepas tahun 1969 kalah juga tetapi tak seteruk ini, selepas itu kita dapat inspirasi baru dengan mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB),” katanya. Difahamkan UMNO Bahagian Gua Musang akan mengadakan EGM Jumaat ini antara lain bagi membincangkan isu semasa dan hala tuju parti. Di KUALA LUMPUR, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh, menegaskan bahawa UMNO masih mendapat sokongan yang kuat daripada orang Melayu. Menurut beliau, jika berlaku masalah dalaman, tidak bermakna parti itu sudah hilang pengaruh di kalangan orang Melayu di Semenanjung sehingga terpaksa mengharap bantuan daripada Sabah dan Sarawak untuk terus berkuasa. “Saya tidak fikir Melayu sudah hilang kuasa. Memang ada turun naik, contohnya, ada satu ketika, prestasi UMNO Sabah dan Terengganu tidak baik dan di negeri lain baik. “Saya percaya UMNO akan dapat memperbaiki kelemahan selepas ini dan seterusnya meningkatkan kemenangan di kalangan orang Melayu,” katanya ketika dihubungi malam ini. Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, terpulang kepada Tengku Razaleigh untuk menyuarakan sebarang pandangan. “Apa yang penting parti kita akan terus perbetulkan semula apa yang salah dan akan terus kerja kuat untuk kukuhkan semula UMNO,” tegasnya.

3/24/2008

Menteri Besar Terengganu - dari sudut berbeza.

Bukan nak menyampuk, cuma nak tengok apa yang berlaku sebenarnya... a. Kata Harakah Online b. Kata Berita Harian (24.03.2008) Pelantikan Ahmad sebagai MB berlawanan hasrat majoriti Adun BN Terengganu SEPANG: Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kijal, Datuk Ahmad Said, sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh, tidak kena dari segi Perlembagaan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Perdana Menteri berkata, sebahagian besar Adun Barisan Nasional (BN) di negeri itu menyokong pelantikan semula Idris sebagai Menteri Besar. "Adun yang bilangannya agak besar tetap sokong Datuk Seri Idris Jusoh... itu satu perkara yang tidak ada perubahan. "Jadi dengan itu, maka sebarang lantikan dibuat terhadap orang lain itu tidak kena dari segi Perlembagaan," katanya kepada pemberita selepas perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia ke-10 di Litar Perlumbaan Antarabangsa Sepang (SIC) semalam. Abdullah yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN diminta mengulas pengumuman Pejabat Sultan Terengganu kelmarin berhubung pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar yang baru walaupun 22 Adun BN negeri itu sebulat suara mahukan Idris. Datuk Ahmad Said Berikutan itu, semua 22 Adun yang mengadakan mesyuarat khas di Kuala Terengganu kelmarin, berikrar memulaukan majlis angkat sumpah Ahmad sebagai Menteri Besar. Di KUALA LUMPUR, Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataan menerusi Bernama malam tadi, berkata dalam pertemuan dengan Perdana Menteri semalam, 23 daripada 24 Adun membuat pengakuan untuk menyokong Idris sebagai Menteri Besar. Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata Ketua Bahagian yang hadir dalam kumpulan itu - Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Setiu juga memberi pengakuan untuk menyokong Idris sebagai Menteri Besar. "Ini bererti mereka berpegang pada prinsip mengikut kepada tafsiran Perlembagaan yang mereka mempunyai suara teramai dalam Dewan Undangan Negeri dan mereka akan hanya menerima Datuk Idris Jusoh sebagai Menteri Besar," katanya. Najib berkata kedudukan Ahmad sebagai ahli Umno akan ditentukan secara rasmi oleh Majis Tertinggi (MT) parti pada mesyuaratnya Khamis ini. "Ini adalah untuk menentukan sama ada Datuk Ahmad Said telah melanggar disiplin parti," katanya. Najib berkata, semua 23 Adun itu memberi pengakuan berkenaan kepada Presiden parti dan beliau sebagai Timbalan Presiden parti. Pertemuan yang berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana itu, turut dihadiri Idris yang juga Adun Jertih dan Ketua Umno bahagian Besut. Di KUALA TERENGGANU, majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar yang dijadual pagi semalam, ditangguhkan, dipercayai selama tiga hari, untuk memberi Ahmad peluang mengangkat sumpah bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang akan dilantiknya. Ahmad sebaliknya hanya menerima watikah perisytiharan pelantikannya sebagai Menteri Besar daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderulzaman di Istana Tetamu, kira-kira jam 8.15 pagi. Majlis yang dikawal ketat oleh polis itu turut dihadiri dua lagi ahli MPPR, Tengku Seri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; semua enam Ahli Dewan Pangkuan Diraja; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong; Penasihat Undang-Undang negeri, Noor Bahri Baharuddin dan Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob. Ahmad, 51, yang memakai baju Melayu hitam tiba di Istana Tetamu, kira-kira jam 7.25 pagi dan dilihat meninggalkan kawasan itu kira-kira jam 8.45 pagi dengan menaiki Honda CRV serta diiringi pegawai polis. Ketua Umno Bahagian Kemaman itu, yang dilihat memegang segulung watikah berwarna kuning bagaimanapun tidak memberi sebarang kenyataan kepada media. Wartawan yang mula berkumpul di luar perkarangan istana seawal jam 7 pagi juga tidak dibenarkan masuk untuk menyaksikan majlis berkenaan kecuali jurugambar dan jurukamera Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama). Kira-kira jam 8.25 pagi, kenderaan yang membawa tiga ahli MPPR dilihat keluar dari perkarangan istana, disusuli kenderaan dinaiki Mokhtar. Sebelum itu, kira-kira jam 7.50 pagi, rombongan 22 Adun diketuai Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid dan Ketua Pemuda Umno negeri, Mohd Sabri Alwi, tiba di perkarangan istana untuk menyerahkan memorandum membantah pelantikan Ahmad. Dalam memorandum yang diserahkan kepada Setiausaha MPPR, Shafie Ali, dari luar pintu pagar istana itu, semua 22 Adun menyokong pelantikan semula Idris sebagai Menteri Besar. OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO Berita Harian 24.03.2008 Idris terima keputusan istana Oleh Shaarani Ismail, Baharom Bakar, Hadzlan Hassan dan Zainuddin Muhammad KUALA TERENGGANU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Idris Jusoh, menerima keputusan Istana Terengganu melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, sebagai Menteri Besar yang baru. "Kita terimalah keputusan (istana) saya tak pergi larang pun... tak apa-apa. Ada tak kita kata nak pergi langgar keputusan... kita hormati keputusan yang dibuat oleh istana," katanya. Pada sidang media di kediamannya di Batu Burok di sini semalam, Adun Jertih itu bagaimanapun berkata, rakyat Terengganu nampaknya tidak begitu puas hati dengan apa yang berlaku. Ditanya apakah tindakan yang akan diambil Umno negeri kerana 22 daripada 23 Adun menyokong beliau dikekalkan sebagai Menteri Besar, Idris berkata: "Kita akan mendapatkan nasihat Perdana Menteri apa tindakan yang perlu diambil." Idris yang menemui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Seri Perdana, Putrajaya, petang semalam, berkata beliau juga akan meneliti implikasi undang-undang sebelum membuat ulasan mengenai perkara itu. "Saya tahu saya masih mendapat sokongan daripada 22 Adun dan saya tahu rakyat ikut bersama-sama saya. Jadi kita perlu melihat implikasi undang-undang dengan lebih mendalam sebelum saya membuat komen mengenai perkara ini. "Saya tahu bahawa Perdana Menteri juga bersama-sama dengan saya kerana semalam saya mendapat panggilan daripadanya dan juga panggilan daripada Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)," katanya. Ditanya sama apa senario yang berlaku ketika ini akan mengeruhkan lagi hubungan antara istana, Umno dan rakyat, Idris berkata terserah kepada pemberita untuk menilainya kerana beliau hanya memberitahu apa yang diketahuinya saja. Sementara itu, Ahmad ketika dihubungi di kediamannya, yakin beliau mendapat sokongan Adun serta tujuh daripada lapan Ketua Umno bahagian dan ahli parti komponen BN, untuk menerajui kepimpinan negeri. Ahmad, 51, yang juga ketua bahagian Umno Kemaman, berkata suasana keruh sekarang bakal menjadi jernih dalam masa beberapa hari lagi. "Berilah tempoh dua atau tiga hari untuk saya membuktikan pelantikan saya ini ada asas dan bukannya dibuat sewenang-wenangnya oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR). Saya juga akan memastikan barisan Exco baru dapat dibentuk dalam masa terdekat," katanya. Beliau berkata, pelantikannya sebagai Menteri Besar mungkin dilihat tidak mendapat 'restu', tetapi kenyataannya tidaklah sebegitu kerana ada antara 22 Adun itu merestuinya. "Kalau tidak sudah tentu saya tidak menerima sokongan daripada pegawai tadbir negeri dan hampir semua Umno bahagian di negeri ini," katanya. OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO c. Malaysia Kini d. Utusan Malaysia (24.03.2008) Tetap sokong Idris -- 23 ADUN buat pengakuan dalam pertemuan dengan PM KUALA LUMPUR 23 Mac - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini, 23 daripada 24 anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu telah membuat pengakuan untuk menyokong Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata empat ketua bahagian yang hadir dalam kumpulan tersebut iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Setiu dan Besut juga telah memberi pengakuan untuk menyokong Idris sebagai Menteri Besar. “Ini bererti mereka berpegang pada prinsip mengikut kepada tafsiran Perlembagaan yang mereka mempunyai suara teramai dalam Dewan Undangan Negeri dan mereka akan hanya menerima Datuk Idris Jusoh sebagai Menteri Besar,” katanya kepada Bernama. Najib berkata kedudukan Datuk Ahmad Said sebagai ahli UMNO akan ditentukan secara rasmi oleh Majis Tertinggi (MT) parti pada mesyuaratnya Khamis ini. “Ini adalah untuk menentukan sama ada Datuk Ahmad Said telah melanggar disiplin parti,” katanya. Najib berkata, kesemua 23 ADUN itu telah memberi pengakuan kepada Presiden parti dan juga kepada beliau sebagai Timbalan Presiden parti. Pertemuan itu berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana. Turut hadir dalam pertemuan yang bermula pukul 6 petang dan berakhir 7. 30 malam itu ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu, Mohd. Ali berkata, keputusan Perdana Menteri memilih Idris sebagai Menteri Besar adalah muktamad dan meminta istana mematuhi pendirian tersebut. Sementara itu, Idris pula berkata, beliau gembira dengan pertemuan berkenaan dan menganggap ia “sesuatu yang positif dan baik.’’ Pertemuan itu diadakan berikutan perkembangan terbaru hari ini yang menyaksikan Ahmad Said menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu di sini. Ahmad, 51, menerima watikah pelantikan itu daripada Yang Dipertua majlis itu, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dengan disaksikan dua lagi anggota MPPR iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman. Bagaimanapun majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar itu masih belum ditetapkan lagi.

3/10/2008

Perdana Menteri Baru Malaysia

PM angkat sumpah hari ini Berita Harian 10.03.2008 PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tidak timbul soal beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana beliau masih mendapat sokongan padu terutama daripada pemimpin Umno. Malah, Presiden Umno yang juga Pengerusi BN itu akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Istana Negara hari ini – dua hari selepas gabungan 14 parti komponen itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12, dengan majoriti mudah kelmarin. Petang semalam, Abdullah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu, Kuala Lumpur, bagi memaklumkan mengenai kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12. Perdana Menteri yang menaiki Proton Perdana hitam, dilihat memasuki pekarangan istana kira-kira 6.10 petang dan beredar kira-kira 7 malam. Dalam pilihan raya umum kelmarin, BN memenangi 140 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membolehkannya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Terdahulu, pada sidang media di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini, Abdullah berkata: "Saya tidak akan meletakkan sebarang jawatan kerana tidak berasa tertekan."

Politik Melayu Di PRU12

Perasaan terkejut dan amat sedih timbul lantaran mengetahui keputusan PRU 12 2008.. Keputusan yang tidak memihak kepada BN yang berperanan sebagai tunjang utama kerajaan Malaysia. Percaturan politik Melayu, Cina dan India dalam BN telah digoyang dan diganggu gugat dengan hebatnya oleh pihak-pihak parti lawan yang sebangsa tetapi berlainan latar belakang politik. Tapi seharusnya kita mesti ingat bahawa matlamat perjuangan setiap parti tersebut walaupun ia bertopengkan 'satu malaysia' ianya masih lagi mementingkan kaum-kaum dan agama masing-masing. Timbul perkiraan disini berkenaan dengan wakil-wakil rakyat dalam parlimen Malaysia dan dewan undangan negeri di setiap negeri. Tidak terkejut jika kita dapati yang sebelum ini wakil-wakil rakyat tersebut didominasi oleh orang Melayu (UMNO) telah beralih arah kepada kaum Cina. Ini kerana cuma PAS & UMNO sahaja yang diwakili oleh orang Melayu, sedangkan DAP lebih memihak kepada kaum Cina dan sedikit India manakala PKR pula ia lebih kepada campuran kaum Melayu, Cina dan India. Oleh hal yang demikian kita masih tertanya-tanya dan memikirkan bagaimana nasib orang Melayu di Malaysia selepas ini... Adakah kita hanya berpeluk tubuh dan menjadi pak turut di negara sendiri, membiarkan sahaja kaum sendiri tanpa pembelaan atau sebaliknya. Berjayakah wakil-wakil Melayu di Parlimen dan DUN bersuara untuk kepentingan orang Melayu dan Islam? Adakah mereka senang dibeli dengan wang ringgit dan kemewahan yang ditaburkan ke atas mereka? Sama-sama kita berfikir dan bertindak untuk kepentingan bangsa Melayu sendiri. Janganlah terlalu pemurah, berlembut hati, kabur mata dan tiada berpendirian. Sama-samalah kita mengembalikan kegemilangan Melayu dan melonjakkan martabat diri dengan tidak meminggirkan kehendak-kehendak agama Islam. Sesungguhnya orang Melayu akan mundur selagi mereka menjauhi agama Islam. Fikirkanlah bersama.

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...