3/31/2008

Melayu Sudah Hilang Kuasa??

Betulkah Melayu Sudah Hilang Kuasa?? Jadi camna nak ambik balik... Entahlah...itu cakap orang politik...kalau kita orang biasa-biasa macamana pulak... Kerana politik itu lambang kekuasaan..kerana sikap orang melayu mudah lena diulit mimpi dalam buaian indah yang sentiasa dibuai.. Bila buaian terhenti maka melentinglah orang melayu...kerana mimpi selesanya terganggu... Bila buat kerja ramai yang tak sungguh-sungguh...seperti melepas batuk ditangga.. bila orang lain kata melayu itu ini itu ini makin ramailah yang melatah.. =========================================== yang ni petikan daripada utusan melayu tentang melayu hilang kuasa (31.03.2008)sekadar untuk berkongsi maklumat.. Melayu sudah hilang kuasa – Ku Li KOTA BHARU 30 Mac – UMNO perlu menerima hakikat bahawa orang Melayu sebenarnya sudah hilang kuasa dan hanya mengharapkan bantuan dari Sabah serta Sarawak untuk terus kekal memimpin negara. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) berkata, parti itu perlu melakukan sesuatu kerana rakyat khususnya di Semenanjung sudah mula hilang kepercayaan terhadapnya. Beliau berkata, UMNO kini hanya mengharapkan sokongan daripada kedua-dua negeri tersebut dan sewajarnya tuntutan mereka didengar serta dilayan. “Kalau kita tidak mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak, UMNO tidak ada kuasa langsung di Parlimen kerana suara kita yang ada tidak sampai separuh. “Apakah kita masih berangan-angan lagi dan tidak mahu bertindak memperbaiki kedudukan, satu perkara serius kuasa Melayu sudah hilang di negara ini. “Kita pun tidak melayan tuntutan mereka (Sabah dan Sarawak) sebagaimana sepatutnya kerana mereka mendapat sokongan besar daripada rakyat untuk mendukung UMNO di Semenanjung yang benar-benar gagal untuk mempertahankan kedudukannya,” kata beliau ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra di sini malam tadi. Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pertemuannya dengan beberapa ketua bahagian Khamis lalu, Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, ia diadakan bagi memberikan penerangan kepada pemimpin terlibat supaya satu Perhimpunan Agung Khas UMNO (EGM) diadakan. Katanya, perhimpunan itu diadakan bagi membincangkan hala tuju parti tersebut apabila mencatatkan prestasi terburuk pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. “Sebelum EGM diadakan, bahagian-bahagian UMNO yang bersetuju perlu mengadakan mesyuarat agung khas untuk membawa usul supaya membincangkan keputusan pilihan raya umum dan mencari langkah mengatasinya. “Tidak kira berapa ramai (yang datang menemuinya), semangat itu mahu kepada perubahan, saya mendengar suara mereka, kita sudah tidak ada kuasa, nak action (berlakon) apa lagi,” katanya. Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan Tengku Razaleigh mengadakan pertemuan dengan kira-kira 100 ahli UMNO termasuk lebih 10 ketua bahagian di kediamannya di Kuala Lumpur. Antara yang hadir ialah bekas Menteri Penerangan yang juga Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Dr. Ibrahim Saad (Batu Kawan) dan Datuk Malek Hanafiah (Taiping). Sementara itu, ditanya adakah beliau tetap dengan pendiriannya untuk mencabar Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak tahu berapa banyak sokongan terhadapnya tetapi apa yang penting ialah keadaan sekarang perlu diperbaiki demi masa depan. “Sekarang ini kita hendak perbaiki kedudukan parti sebab itu kita cadang adakan EGM, dengarlah suara dari bawah, ajak semua datang kita timbang dengan serius, jangan tidak mahu jumpa langsung orang bawah, kita orang atas sudah gagal. “Panggil mereka semua berhimpun, saya rasa ini yang patut kita buat. Jangan takut kepada penyokong dan ahli-ahli kita, saya rasa kalau kita buat EGM, dapat perbaiki kedudukan. Dulu selepas tahun 1969 kalah juga tetapi tak seteruk ini, selepas itu kita dapat inspirasi baru dengan mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB),” katanya. Difahamkan UMNO Bahagian Gua Musang akan mengadakan EGM Jumaat ini antara lain bagi membincangkan isu semasa dan hala tuju parti. Di KUALA LUMPUR, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh, menegaskan bahawa UMNO masih mendapat sokongan yang kuat daripada orang Melayu. Menurut beliau, jika berlaku masalah dalaman, tidak bermakna parti itu sudah hilang pengaruh di kalangan orang Melayu di Semenanjung sehingga terpaksa mengharap bantuan daripada Sabah dan Sarawak untuk terus berkuasa. “Saya tidak fikir Melayu sudah hilang kuasa. Memang ada turun naik, contohnya, ada satu ketika, prestasi UMNO Sabah dan Terengganu tidak baik dan di negeri lain baik. “Saya percaya UMNO akan dapat memperbaiki kelemahan selepas ini dan seterusnya meningkatkan kemenangan di kalangan orang Melayu,” katanya ketika dihubungi malam ini. Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, terpulang kepada Tengku Razaleigh untuk menyuarakan sebarang pandangan. “Apa yang penting parti kita akan terus perbetulkan semula apa yang salah dan akan terus kerja kuat untuk kukuhkan semula UMNO,” tegasnya.

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...