3/24/2008

Menteri Besar Terengganu - dari sudut berbeza.

Bukan nak menyampuk, cuma nak tengok apa yang berlaku sebenarnya... a. Kata Harakah Online b. Kata Berita Harian (24.03.2008) Pelantikan Ahmad sebagai MB berlawanan hasrat majoriti Adun BN Terengganu SEPANG: Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kijal, Datuk Ahmad Said, sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh, tidak kena dari segi Perlembagaan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Perdana Menteri berkata, sebahagian besar Adun Barisan Nasional (BN) di negeri itu menyokong pelantikan semula Idris sebagai Menteri Besar. "Adun yang bilangannya agak besar tetap sokong Datuk Seri Idris Jusoh... itu satu perkara yang tidak ada perubahan. "Jadi dengan itu, maka sebarang lantikan dibuat terhadap orang lain itu tidak kena dari segi Perlembagaan," katanya kepada pemberita selepas perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia ke-10 di Litar Perlumbaan Antarabangsa Sepang (SIC) semalam. Abdullah yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN diminta mengulas pengumuman Pejabat Sultan Terengganu kelmarin berhubung pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar yang baru walaupun 22 Adun BN negeri itu sebulat suara mahukan Idris. Datuk Ahmad Said Berikutan itu, semua 22 Adun yang mengadakan mesyuarat khas di Kuala Terengganu kelmarin, berikrar memulaukan majlis angkat sumpah Ahmad sebagai Menteri Besar. Di KUALA LUMPUR, Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataan menerusi Bernama malam tadi, berkata dalam pertemuan dengan Perdana Menteri semalam, 23 daripada 24 Adun membuat pengakuan untuk menyokong Idris sebagai Menteri Besar. Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata Ketua Bahagian yang hadir dalam kumpulan itu - Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Setiu juga memberi pengakuan untuk menyokong Idris sebagai Menteri Besar. "Ini bererti mereka berpegang pada prinsip mengikut kepada tafsiran Perlembagaan yang mereka mempunyai suara teramai dalam Dewan Undangan Negeri dan mereka akan hanya menerima Datuk Idris Jusoh sebagai Menteri Besar," katanya. Najib berkata kedudukan Ahmad sebagai ahli Umno akan ditentukan secara rasmi oleh Majis Tertinggi (MT) parti pada mesyuaratnya Khamis ini. "Ini adalah untuk menentukan sama ada Datuk Ahmad Said telah melanggar disiplin parti," katanya. Najib berkata, semua 23 Adun itu memberi pengakuan berkenaan kepada Presiden parti dan beliau sebagai Timbalan Presiden parti. Pertemuan yang berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana itu, turut dihadiri Idris yang juga Adun Jertih dan Ketua Umno bahagian Besut. Di KUALA TERENGGANU, majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar yang dijadual pagi semalam, ditangguhkan, dipercayai selama tiga hari, untuk memberi Ahmad peluang mengangkat sumpah bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang akan dilantiknya. Ahmad sebaliknya hanya menerima watikah perisytiharan pelantikannya sebagai Menteri Besar daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderulzaman di Istana Tetamu, kira-kira jam 8.15 pagi. Majlis yang dikawal ketat oleh polis itu turut dihadiri dua lagi ahli MPPR, Tengku Seri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; semua enam Ahli Dewan Pangkuan Diraja; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong; Penasihat Undang-Undang negeri, Noor Bahri Baharuddin dan Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob. Ahmad, 51, yang memakai baju Melayu hitam tiba di Istana Tetamu, kira-kira jam 7.25 pagi dan dilihat meninggalkan kawasan itu kira-kira jam 8.45 pagi dengan menaiki Honda CRV serta diiringi pegawai polis. Ketua Umno Bahagian Kemaman itu, yang dilihat memegang segulung watikah berwarna kuning bagaimanapun tidak memberi sebarang kenyataan kepada media. Wartawan yang mula berkumpul di luar perkarangan istana seawal jam 7 pagi juga tidak dibenarkan masuk untuk menyaksikan majlis berkenaan kecuali jurugambar dan jurukamera Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama). Kira-kira jam 8.25 pagi, kenderaan yang membawa tiga ahli MPPR dilihat keluar dari perkarangan istana, disusuli kenderaan dinaiki Mokhtar. Sebelum itu, kira-kira jam 7.50 pagi, rombongan 22 Adun diketuai Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid dan Ketua Pemuda Umno negeri, Mohd Sabri Alwi, tiba di perkarangan istana untuk menyerahkan memorandum membantah pelantikan Ahmad. Dalam memorandum yang diserahkan kepada Setiausaha MPPR, Shafie Ali, dari luar pintu pagar istana itu, semua 22 Adun menyokong pelantikan semula Idris sebagai Menteri Besar. OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO Berita Harian 24.03.2008 Idris terima keputusan istana Oleh Shaarani Ismail, Baharom Bakar, Hadzlan Hassan dan Zainuddin Muhammad KUALA TERENGGANU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Idris Jusoh, menerima keputusan Istana Terengganu melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, sebagai Menteri Besar yang baru. "Kita terimalah keputusan (istana) saya tak pergi larang pun... tak apa-apa. Ada tak kita kata nak pergi langgar keputusan... kita hormati keputusan yang dibuat oleh istana," katanya. Pada sidang media di kediamannya di Batu Burok di sini semalam, Adun Jertih itu bagaimanapun berkata, rakyat Terengganu nampaknya tidak begitu puas hati dengan apa yang berlaku. Ditanya apakah tindakan yang akan diambil Umno negeri kerana 22 daripada 23 Adun menyokong beliau dikekalkan sebagai Menteri Besar, Idris berkata: "Kita akan mendapatkan nasihat Perdana Menteri apa tindakan yang perlu diambil." Idris yang menemui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Seri Perdana, Putrajaya, petang semalam, berkata beliau juga akan meneliti implikasi undang-undang sebelum membuat ulasan mengenai perkara itu. "Saya tahu saya masih mendapat sokongan daripada 22 Adun dan saya tahu rakyat ikut bersama-sama saya. Jadi kita perlu melihat implikasi undang-undang dengan lebih mendalam sebelum saya membuat komen mengenai perkara ini. "Saya tahu bahawa Perdana Menteri juga bersama-sama dengan saya kerana semalam saya mendapat panggilan daripadanya dan juga panggilan daripada Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)," katanya. Ditanya sama apa senario yang berlaku ketika ini akan mengeruhkan lagi hubungan antara istana, Umno dan rakyat, Idris berkata terserah kepada pemberita untuk menilainya kerana beliau hanya memberitahu apa yang diketahuinya saja. Sementara itu, Ahmad ketika dihubungi di kediamannya, yakin beliau mendapat sokongan Adun serta tujuh daripada lapan Ketua Umno bahagian dan ahli parti komponen BN, untuk menerajui kepimpinan negeri. Ahmad, 51, yang juga ketua bahagian Umno Kemaman, berkata suasana keruh sekarang bakal menjadi jernih dalam masa beberapa hari lagi. "Berilah tempoh dua atau tiga hari untuk saya membuktikan pelantikan saya ini ada asas dan bukannya dibuat sewenang-wenangnya oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR). Saya juga akan memastikan barisan Exco baru dapat dibentuk dalam masa terdekat," katanya. Beliau berkata, pelantikannya sebagai Menteri Besar mungkin dilihat tidak mendapat 'restu', tetapi kenyataannya tidaklah sebegitu kerana ada antara 22 Adun itu merestuinya. "Kalau tidak sudah tentu saya tidak menerima sokongan daripada pegawai tadbir negeri dan hampir semua Umno bahagian di negeri ini," katanya. OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO c. Malaysia Kini d. Utusan Malaysia (24.03.2008) Tetap sokong Idris -- 23 ADUN buat pengakuan dalam pertemuan dengan PM KUALA LUMPUR 23 Mac - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini, 23 daripada 24 anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu telah membuat pengakuan untuk menyokong Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata empat ketua bahagian yang hadir dalam kumpulan tersebut iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Setiu dan Besut juga telah memberi pengakuan untuk menyokong Idris sebagai Menteri Besar. “Ini bererti mereka berpegang pada prinsip mengikut kepada tafsiran Perlembagaan yang mereka mempunyai suara teramai dalam Dewan Undangan Negeri dan mereka akan hanya menerima Datuk Idris Jusoh sebagai Menteri Besar,” katanya kepada Bernama. Najib berkata kedudukan Datuk Ahmad Said sebagai ahli UMNO akan ditentukan secara rasmi oleh Majis Tertinggi (MT) parti pada mesyuaratnya Khamis ini. “Ini adalah untuk menentukan sama ada Datuk Ahmad Said telah melanggar disiplin parti,” katanya. Najib berkata, kesemua 23 ADUN itu telah memberi pengakuan kepada Presiden parti dan juga kepada beliau sebagai Timbalan Presiden parti. Pertemuan itu berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana. Turut hadir dalam pertemuan yang bermula pukul 6 petang dan berakhir 7. 30 malam itu ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu, Mohd. Ali berkata, keputusan Perdana Menteri memilih Idris sebagai Menteri Besar adalah muktamad dan meminta istana mematuhi pendirian tersebut. Sementara itu, Idris pula berkata, beliau gembira dengan pertemuan berkenaan dan menganggap ia “sesuatu yang positif dan baik.’’ Pertemuan itu diadakan berikutan perkembangan terbaru hari ini yang menyaksikan Ahmad Said menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu di sini. Ahmad, 51, menerima watikah pelantikan itu daripada Yang Dipertua majlis itu, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dengan disaksikan dua lagi anggota MPPR iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman. Bagaimanapun majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar itu masih belum ditetapkan lagi.

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...