BERSAMA MENCARI KEKAYAAN YANG DI ANUGERAHKAN OLEH ALLAH SWT. JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA KELMARIN DAN ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI.
3/10/2008
Politik Melayu Di PRU12
Perasaan terkejut dan amat sedih timbul lantaran mengetahui keputusan PRU 12 2008..
Keputusan yang tidak memihak kepada BN yang berperanan sebagai tunjang utama kerajaan Malaysia.
Percaturan politik Melayu, Cina dan India dalam BN telah digoyang dan diganggu gugat dengan hebatnya oleh pihak-pihak parti lawan yang sebangsa tetapi berlainan latar belakang politik. Tapi seharusnya kita mesti ingat bahawa matlamat perjuangan setiap parti tersebut walaupun ia bertopengkan 'satu malaysia' ianya masih lagi mementingkan kaum-kaum dan agama masing-masing.
Timbul perkiraan disini berkenaan dengan wakil-wakil rakyat dalam parlimen Malaysia dan dewan undangan negeri di setiap negeri. Tidak terkejut jika kita dapati yang sebelum ini wakil-wakil rakyat tersebut didominasi oleh orang Melayu (UMNO) telah beralih arah kepada kaum Cina. Ini kerana cuma PAS & UMNO sahaja yang diwakili oleh orang Melayu, sedangkan DAP lebih memihak kepada kaum Cina dan sedikit India manakala PKR pula ia lebih kepada campuran kaum Melayu, Cina dan India.
Oleh hal yang demikian kita masih tertanya-tanya dan memikirkan bagaimana nasib orang Melayu di Malaysia selepas ini...
Adakah kita hanya berpeluk tubuh dan menjadi pak turut di negara sendiri, membiarkan sahaja kaum sendiri tanpa pembelaan atau sebaliknya.
Berjayakah wakil-wakil Melayu di Parlimen dan DUN bersuara untuk kepentingan orang Melayu dan Islam? Adakah mereka senang dibeli dengan wang ringgit dan kemewahan yang ditaburkan ke atas mereka?
Sama-sama kita berfikir dan bertindak untuk kepentingan bangsa Melayu sendiri. Janganlah terlalu pemurah, berlembut hati, kabur mata dan tiada berpendirian.
Sama-samalah kita mengembalikan kegemilangan Melayu dan melonjakkan martabat diri dengan tidak meminggirkan kehendak-kehendak agama Islam. Sesungguhnya orang Melayu akan mundur selagi mereka menjauhi agama Islam.
Fikirkanlah bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.
Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...
-
Takziah Kepada Keluarga CM KUALA LUMPUR 2 Jun - Cucu perempuan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dirawat di Unit Rawata...
-
KAEDAH MELARUTKAN STOK A DAN B Pada masa kini, ramai masyarakat diluar mula mendapat kesedaran dan berminat bercucuk tanam ...
-
Puan Sri Laila Taib meninggal dunia - BH Online 29/04/2009 KUCHING: Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Tai...
No comments:
Post a Comment