10/21/2009

Datuk 888 & CBD88

Pemilik CBD88 Beri Penjelasan


KUANTAN, 20 Okt (Bernama) -- Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Pahang, Datuk Kan Tong Leong yang menggunakan nombor pendaftaran CBD 88 tampil memberi penjelasan berhubung laporan Ketua Audit Negara 2008 mengenai penyelewengan penggunaan bahan api berlebihan.

Katanya, beliau tidak lagi menggunakan kereta Proton Perdana milik kerajaan negeri sejak 2003 selepas tidak lagi menjadi Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (Exco).


"Kereta Proton Perdana itu adalah kereta rasmi yang disediakan kerajaan negeri kepada Exco untuk menjalankan tugas rasmi.

"Bagaimanapun, saya tidak lagi menggunakan kereta itu selepas tidak menjadi Exco pada tahun 2003," katanya ketika ditemui di sini, Selasa.

Namun, kata beliau, nombor pendaftaran berkenaan terus diberikan kepadanya untuk digunakan.

Katanya, beliau difahamkan bahawa kereta terbabit sudah dilupuskan.

"Saya menerima banyak panggilan telefon daripada rakan dan kenalan bertanyakan mengenai laporan ini yang disiarkan akhbar kerana ramai yang tahu saya guna nombor (pendaftaran) ini," katanya.

Kan berkata kekeliruan itu berlaku kerana kad inden yang didaftar pada kereta CBD 88 digunakan salah seorang ahli exco pada masa ini tetapi maklumat berkaitan kenderaan yang digunakan tidak dikemaskini.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, terdapat penyelewengan penggunaan bahan api yang berlebihan dalam tempoh masa yang singkat oleh kenderaan kerajaan negeri Pahang.

Laporan itu menyatakan kenderaan yang didapati mengisi bahan api secara tidak munasabah adalah kereta Proton Perdana nombor pendaftaran CBD 88 yang dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh sebulan pada Disember 2008.

Semakan audit juga mendapati pengisian sebanyak 743.39 liter berjumlah RM1,350 itu dilakukan dalam tempoh yang singkat yang meragukan.

-- BERNAMA 20.10.2009 - Baca penuh

Dan : -

Oleh Zainal Zawawi Mohamedzzawawi@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bergelar `Datuk 888’ yang ditahan bersama tujuh rakannya kerana disyaki menipu orang ramai melalui pelaburan dalam dana Swiss Cash membabitkan kerugian kira-kira RM20 juta, mempunyai lima kereta mewah bernilai `jutaan ringgit’.Datuk berkenaan terkenal dengan panggilan Datuk 888 berikutan tiga keretanya jenis Mercedes Sport dan BMW menggunakan nombor pendaftaran 888 yang membawa maksud kekayaan mengikut kepercayaan orang Cina.

baca penuh

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...