10/30/2009

RM50 Juta (2007) ke RM150 (2009/2010) - Wow

Bernama.com

--------------------------------------------------------------------------------
Am 30 Oktober, 2009 17:45 PM

Samy Vellu Didakwa Mungkir Janji Naik Taraf Jalan Baram

MIRI, 30 Okt (Bernama) -- Janji bekas Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu untuk memberi peruntukan RM50 juta bagi menaik taraf laluan sepanjang 29km Jalan Beluru-Long Lapok yang menghubungkan Miri dengan kawasan pedalaman Baram dua tahun lepas, masih belum ditunaikan hingga kini, kata Anggota Parlimen Baram Datuk Jacob Dungau Sagan.


Beliau berkata Samy Vellu mengucapkan janjinya itu selepas mengadakan dua pertemuan dengan beliau dan beberapa pemimpin dari Baram semasa bekas menteri itu berkunjung ke Miri pada 2007.

"Apabila janji itu tidak ditunaikan, saya terus membangkitkan perkara berkenaan kepada perdana menteri ketika itu (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan jabatan berkaitan agar jalan tersebut dinaik taraf," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata setakat ini, RM150 juta telah diluluskan bagi menaik taraf Jalan Beluru-Long Lapok dan tendernya telah dikeluarkan.

Sagan berkata beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengumumkan semasa membentangkan Bajet 2010 baru-baru ini bahawa jalan berkenaan akan dinaik taraf sebagai sebahagian daripada jalan yang akan menghubungkan kawasan projek empangan elektrik hidro Baram yang dicadangkan pelaksanaannya.

Jalan Beluru-Long Lapok menjadi laluan utama bagi sekurang-kurangnya 15,000 penduduk di kawasan luar bandar daerah Baram untuk ke bandar raya ini sejak 20 tahun lepas.

Kini, keadaan jalan yang pada mulanya merupakan laluan balak ini, tidak banyak berubah daripada keadaan asalnya kerana kurang diselenggarakan.

Sambil menyifatkan jalan itu sebagai "menyakitkan mata" dalam arus pembangunan Baram, Sagan berkata beliau menerima pelbagai kritikan berhubung perkara itu sejak menjadi wakil rakyat kawasan berkenaan pada 1995.

"Malah, ada penduduk Baram yang menggunakan nama saya bagi jalan ini, tapi saya terimanya secara membina. Saya beritahu mereka, kalau jalan ini bertambah baik nanti, mereka perlu terus gunakan nama saya," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...