10/25/2009

Bajet 2010 - Bajet Tarik Tali

Memang dijangkakan bajet 2010 lebih kepada bajet rakyat. Seperti mana yang PM katakan..untuk membantu kemakmuran rakyat. Secara teorinya. Diharapkan secara praktikalnya nanti ia sampai kepada kumpulan sasarannya.

Rakyat Malaysia akan menikmati segala kebaikan ekoran daripada perlaksanaan yang akan dirancang tersebut. Dari anak-anak kecil hinggalah kepada pesara semuanya di cakup dalam bajet tersebut..Kata PM Tiba masa untuk memakmurkan rakyat.

PM seorang yang amat pintar..dia galakan rakyat berfikir di 'luar kotak fikiran'...maksudnya juga jangan berfikir dalam ruang lingkup yang sempit dan cara biasa.


Kita lihat PM bermain-main dengan perasaan kakitangan awam. Sengaja nak menguji. Bonus dia bagi RM500.00 - mula-mula untuk kumpulan sokongan...lepas tu dia bagi pulak dengan kumpulan P&P..dah kan adil..golongan pesara pun dapat RM500.00..Kakitangan kerajaan ni bukan rakyat malaysia kah?.....tidak adil kah lagi yang PM bagi....

banyak program yang akan dilaksanakan, tujuan untuk rakyat...pelaksananya nanti adalah kakitangan awam..di sini kalau kita perhatikan PM nak nilai sejauh mana kakitangan awam akan melaksanakan amanah yang telah diberikan...adakah disebabkan bonus yang diberikan sedikit tahun ni, semua kerja tak jalan..sesungguhnya bajet 2010 adalah bajet pengukur jugak bagi PM dalam menentukan Pemberian Bonus Pada Bajet 2011. Ader yang katakan jagalah dalam PRU 13 nanti..lingkuplah...

Kemungkinan sekitar 5% sahaja kakitangan awam yang memangkah BN dalam setiap PU/PK..ataupun kemungkinan jugak hanya 10% kakitangan awam yang turun mengundi. Atau yang lebih teruknya hanya sekitar 50 % sahaja kakitangan awam yang mendaftar sebagai pemilih. Walaupun kerajaan dah bagi kenaikan gaji 2007 dan bonus setiap tahun dan pelbagai kemudahan & elaun..belum lagi masuk bonus hasil daripada daripada tuntutan yang tak munasabah, penyelewengan harta kerajaan, penyalahgunaan kuasa dsbnya..

Kita tahu PM jenis orang yang suka berfikir diluar fikiran. Create problem dan buat cabaran kepada semua rakyat malaysia. Rakyat Malaysia (bumiputera) terutamanya lebih selesa kepada subsidi, kerja mudah, tak suka cabaran, mau dibuai selalu..kalau boleh nak makan pun kerajaan suap..

Begitu juga dengan kakitangan kerajaan...biasanya mentaliti mereka begitu jugak..bila mana kerajaan tak bagi bonus mulalah melenting..kata itu kata ini..cubalah ubah cara hidup..fikirlah secara kreatif yang halal..janganlah mengharapkan keadaan sekeliling untuk menyesuaikan diri dengan kita, biarkan kita yang menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

jangan gaji kecil nak berlagak kaya..ala kadarlah dalam kehidupan...kerana aper...belum pernah terjadi di malaysia urang mati kerana tak makan, mati kerana kos hidup meningkat...mati kerana tak da bonus...yang mati kerana dadah, kemalangan jalanraya, gaduh dsbnya biasalah kita dengar..berlambak..

Itulah yang kita rasakan Bajet 2010 adalah bajet Tarik Tali..PM akan handle segalanya dengan baik..jangan lupa satu minat PM adalah membaca...orang yang suka membaca adalah orang yang amat pintar dan cerdik..Setiap orang yang jadi Perdana Menteri Malaysia adalah orang yang paling pintar dan cerdik.

Wasalam...sekadar pandangan peribadi..cuba untuk berfikir di luar sikit dari kotak fikiran biasa...

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...