10/27/2009

Jambatan Gantung Runtuh...Mudahnya...Ader yang tak lena Tidur

22 murid hilang, jambatan gantung Kuala Dipang runtuh - BH Online 27.10.2009



GOPENG: Seramai 22 daripada 296 pelajar sekolah rendah yang sertai kem perkhemahan, hilang dipercayai dihanyutkan arus apabila jambatan gantung yang mereka naiki runtuh di Sungai Kampar, Kuala Dipang, jam 10.30 malam tadi.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian berkata kerajaan negeri akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat punca kejadian.


Kejadian dipercayai berlaku ketika pelajar terbabit menaiki jambatan gantung berkenaan selepas menikmati minum malam di seberang sungai untuk balik semula ke khemah mereka.


++++++++++++++++

Mudahnya runtuh..dengar ceritanya jambatan gantung tu baru 2 minggu siap dibina..adakah semen nya penuh "mati"...ikut mereka yang mahir dalam bidang pembinaan, semen akan di anggap "mati" atau betul-betul keras dalam tempoh 100 hari.. 3 bulan lebih..

kalau kat sarawak tidak pernah kedengaran pun jambatan gantung yang baru di bina runtuh..kecualilah jambatan gantung yang kat Satok yang runtuh beberapa tahun yang lepas..itupun dah puluhan tahun dibina (kalau tak silap dibina pada zaman penjajahan lagi)

adakah salah kanak-kanak yang berjalan di atasnya menyebabkan nya runtuh,

adakah salah kontraktor atau pekerja yang membinanya

adakah bajet yang diberikan tak mencukupi..

adakah ada hantu yang menyebabkan nya runtuh atau bak kata orang sarawak "penyamun" tak ambil kepala sebagai semah....

kita lihat keputusan nya selepas ini...berkeputusan atau hilang bersama angin tsunami yang membadai...

takziah kepada keluarga anak-anak yang terlibat..semoga bersabar..

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...