10/26/2009

'Saman belacan' undang persoalan

BERITA mengenai pembungkus belacan didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret selepas pendakwaan Jabatan Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Dungun, menimbulkan persoalan yang memerlukan jawapan segera.

Kes itu menunjukkan seolah-olah pihak penguat kuasa undang-undang hanya berani mengambil tindakan terhadap peniaga runcit yang untungnya tidak seberapa.


Peniaga terbabit didakwa kerana kandungan protein dalam ketulan belacan kurang 1.25 peratus daripada minimum 25 peratus yang dibenarkan.

Agaknya alat apakah yang diperlukan peniaga berkenaan untuk mengukur kandungan protein setepat itu.

Mengapa penguat kuasa tidak terfikir peniaga itu tidak pernah tahu apakah protein, apatah lagi memiliki alat pengukur protein seperti digunakan jabatan kesihatan berkenaan.

Saya tidak tahu dan tidak kisah jika belacan yang saya beli kurang protein. Jika tak sedap, beli saja belacan lain. Yang anehnya, banyak penyelewengan lain lebih besar tidak disiasat dengan teliti seperti kes belacan.

Contohnya, hingga hari ini kes bumbung stadium runtuh di Terengganu belum selesai siasatan. Kes Lebuhraya MRR2 yang retak menunggu belah sudah senyap. Mungkin kerana jerung yang terbabit, kes ini dibiar lapuk kerana seperti kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad `orang Malaysia mudah lupa`.

Tetapi kes ikan bilis ini dibelacankan dulu dan didakwa mengikut lunas undang-undang secara terperinci.

Rakyat melihat kes ini dengan nada yang sinis dan mahukan kerajaan bertindak terhadap jerung yang sering kali terlepas kerana mahir bermain dengan undang-undang berbanding, peniaga belacan yang hanya sekadar mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga.

JARTREZAL,
Shah Alam,
Selangor.
BH Online 26.10.2009
================================================

pendapat anda mcm mana????

satu malaysia satu suara!!!

Satu malaysia satu undang-undang!!!

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...