Langsat Indon memang manis..umpama gula. Tak macam langsat local yang masam-masam manis..tapi rasanya enak.
Musim langsat indon kat kuching atau kota samarahan kita lihat ramai peniaga yang menjual buah tersebut di tepi-tepi jalan dan sekitar bulatan di jalan kota samarahan/tabuan jaya.
harga yang ditawarkan adalah sekitar RM3.00 sekilo di kuching dan 3 kilo RM10.00 kat area bulatan di bulatan-bulatan jalan kota samarahan/tabuan jaya.
saya singgah kat satu bulatan jalan kota samarahan/tabuan jaya (bulatan yang menuju ke arah serian/desa ilmu/batu 7) untuk membeli buah langsat tersebut dan pada masa yang sama sorang lelaki cina juga turut turun dari kereta untuk membeli buah tersebut..
mereka pun berbual dalam bahasa cina..seolah-olah mcm ader sedikit pertengkaran (berdasarkan memek muka dan nada suara). Setelah menimbang 3 kilo langsat tauke tersebut pun mengambil wang RM10.00 yang dihulurkan oleh lelaki cina tadi...disini bermula lagi pertengkaran antara mereka berdua..dan lelaki cina tadi masih lagi menghulurkan tangan meminta lebihan RM1.00 baki duitnya..oleh kerana ramai pelanggan lain yang datang..peniaga tersebut mendengus sambil menghulurkan balik RM1.00 kepada lelaki cina tersebut.
Berapa kilo bos..tanya peniaga tersebut kepada saya..3 kilo RM10.00..dia layan saya kemudian walhal saya lebih dahulu datang daripada lelaki cina yang telah berlalu pergi..
apahal itu orang tauke...ujar saya..
dia mahu saya jual ikut kat kuching sana - 1 kilo RM3.00..itulah saya bertekak sikit dengan dia..jawab tauke tersebut sambil menimbang langsat untuk saya..
saya mcm mana ni..ikut harga lelaki tu jugaklah..tekan saya kepada peniaga tersebut...sambil mengerutkan dahi.
tak dapat bos...tak der untung..tak balik modal, saya angkat RM2.90 ooo....bla..bla..bla
oklah mcm ni..saya bagi 3.1kg dengan bos untuk RM10.00..ok
saya mengambil buah langsat tersebut dan menghulur RM10.00 kepada peniaga tersebut..
tauke..minta satu plastik kosong..
tauke tersebut menghulurkan satu plastik kosong kepada saya..dan saya terus menuju ke kereta setelah mengucapkan terima kasih..
begitulah nilai RM1.00 pembeli cina dengan nilai 100gm untuk pembeli melayu...
Tanpa RM1.00 wang RM999,999.00 tak kan jadi sejuta..
Lebih 100mg langsat setelah ditolak langsat yang tidak pecah atau buruk..beratnya kembali semula ke 3 kilo...masih pada timbangan asal..
BERSAMA MENCARI KEKAYAAN YANG DI ANUGERAHKAN OLEH ALLAH SWT. JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA KELMARIN DAN ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.
Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...
-
Takziah Kepada Keluarga CM KUALA LUMPUR 2 Jun - Cucu perempuan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dirawat di Unit Rawata...
-
KAEDAH MELARUTKAN STOK A DAN B Pada masa kini, ramai masyarakat diluar mula mendapat kesedaran dan berminat bercucuk tanam ...
-
Puan Sri Laila Taib meninggal dunia - BH Online 29/04/2009 KUCHING: Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Tai...
No comments:
Post a Comment