11/01/2009

Dah Terbalik Dah

(Di Malaysia Sudah Adakah Sekarang??)

Sekarang, Lelaki Pula Minta Perlindungan Daripada Keganasan Rumahtangga


Oleh P.Vijian

NEW DELHI, 1 Nov (Bernama) -- Dalam situasi yang kini berubah, golongan suami yang tidak berdaya dan sering diganggu di India mendesak supaya mereka diberi perlindungan daripada didera oleh isteri dan mertua masing-masing.

(Kalau kat Malaysia Orang Cakap Queen Control)... alahai...

Meskipun undang-undang ketat India melindungi golongan wanita daripada keganasan rumahtangga, tetapi sekarang lelaki pula yang mengeluh bahawa mereka terbiar bersendirian memandangkan undang-undang yang tidak memilih jantina adalah terhad untuk melindungi kebajikan mereka.

Jumlah lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumahtangga semakin meningkat, sama ada di bandar raya atau luar bandar, menurut aktivis sosial, sungguhpun data yang kukuh tidak dapat diperoleh.

"Keganasan rumahtangga terhadap lelaki telah pun tersebar luas tetapi tidak dilaporkan kerana lelaki berasa malu membuat laporan yang mereka didera oleh isteri sendiri. Ramai lelaki menderita dalam diam," kata Neeraj Aggarwal, penyelaras Yayasan Selamatkan Keluarga, kepada Bernama.

Yayasan berkenaan, iaitu pertubuhan sosial yang ditubuhkan pada 2005 untuk mendengar masalah rumahtangga daripada lelaki yang telah berkahwin, mewujudkan lebih 100 talian bantuan di seluruh bandar raya serta pekan di India dan menerima kira-kira 400 panggilan setiap minggu daripada suami yang seringkali diganggu.

Ahad lepas, kumpulan itu malah mengadakan bantahan secara senyap di ibu negara India bagi mengetengahkan nasib mereka berhubung layanan buruk daripada pasangan wanita masing-masing dan kurangnya undang-undang sewajarnya bagi melindungi kaum Adam.

"Undang-undang India sangat menyebelahi wanita sehinggakan lelaki India tidak berani membuat laporan. Badan kehakiman pula berada di bawah tekanan pejuang hak wanita radikal dan mahkamah akan hanya mendengar cerita di pihak kaum Hawa sahaja," katanya.

Kes isteri memberi layanan buruk kepada suami dan ibu bapa suami mereka, dengan kata-kata cercaan serta penderaan emosi, malah suami yang didera oleh mertua mereka adalah sungutan yang lazimnya diluahkan oleh kalangan lelaki, namun keluhan mereka itu sukar sekali mendapat perhatian, kata kalangan aktivis.

Menurut Biro Rekod Jenayah Nasional India (NCRB), 57,593 lelaki berkahwin membunuh diri atas pelbagai sebab pada 2007 berbanding 30,064 wanita berkahwin.

"Keganasan rumahtangga menjadi punca utama kes bunuh diri dalam kalangan lelaki berkahwin. Berdasarkan kaji selidik NCRB dari 1996 hingga 2007, sejumlah 156,000 lelaki berkahwin telah membunuh diri namun kerajaan bersikap tidak menghiraukan perkara itu.

"Data itu jelas menunjukkan bahawa lelaki juga didera tetapi penderitaan mereka dipendamkan. Mereka tidak mempunyai sebarang saluran komunikasi dan sikap masyarakat pula menjadikan emosi mereka turut merana," kata Virag Dhulia, pegawai perhubungan awam Yayasan Selamatkan Keluarga bahagian Bangalore.



-- BERNAMA - 01.11.2009

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...