Siapa yang kejam sebenarnya..kadang-kadang orang gaji/pembantu rumah sukar untuk diberi muka..mereka juga pandai bermuka-muka..pandai berlakon...
ada yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada anak-anak kita, cakap bodoh, bahalul, dsbnya..anak-anak pun pandai juga bagitahu mak bpk dier, yang amah tersebut sebut perkara yang tak elok..
ader yang menggunakan kemudahan yang disediakan seperti telefon rumah/telfon bimbit secara berleluasa..bila ditanya tak pernah pakai..bila bil telefon sudah sampai..memang sah dia yang pakai..
bayangkan aper yang dilakukan semasa kita tiada dirumah...bayangkan anak-anak kita berada bersama singa ganas di rumah...apa-apa boleh terjadi.. apa-apa boleh berlaku..
adakah kita seharusnya menyerahkan sebulat-bulatnya penjagaan anak kepada orang gaji..membiar anak dididik oleh orang gaji...membiarkan anak didera oleh orang gaji...
patutkah jugak kita simpan cctv dalam setiap jeruk rumah kita...kekadang berbuat demikian boleh membuktikan perbuatan jahat dan zalim amah-amah tersebut...biarlah kita tidak meletakkan 100% kepercayaan kepada mereka...tanamkan sedikit raya curiga..mencegah adalah lebih baik daripada menyesal tak kesudahan apabila ia sudah terjadi..anak-anak yang tak tahu menahu jadi mangsanya..
kerana apabila sudah kehilangan sesuatu baharulah kita menghargainya...belajarlah menghargai sesuatu yang berada di sekeliling kita..anak-anak, isteri, suami, ibu bapa, kaum keluarga dan mereka yang dekat dengan kita..
**********************************
CCTV rakam amah hempas bayi ke lantai - Berita Harian Online 28.11.2009.
TANJUNG MALIM: Seorang bayi perempuan parah selepas dipercayai didera pembantu rumah yang bertindak menghempasnya ke lantai sebelum mengangkat bayi malang itu dengan menarik rambutnya yang kemudian dihumban keluar dari bilik tidur ke ruang tamu di Jalan Kempas, Proton City, dekat sini.
Perbuatan kejam pembantu rumah warga Indonesia berusia 30-an itu disyaki dilakukan kira-kira jam 6 petang pada Selasa lalu ketika bayi berkenaan nyenyak tidur di atas katil manakala ibu bapa bayi berusia setahun lapan bulan itu masih di tempat kerja masing-masing.
Ketua Polis Tanjung Malim, Superintendan Mohd Ali Mat Nayan, berkata perbuatan terhadap bayi bernama Allysa Idrina Azizan itu dikesan ibunya selepas menonton semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam rumah mereka ekoran melihat kecederaan teruk pada tubuh anaknya.
Katanya, sebelum itu, bapa mangsa yang bekerja di sebuah bank di Teluk Intan diberitahu isterinya bahawa terdapat kesan lebam pada muka dan pipi anak mereka manakala biji mata kanannya berdarah selepas isterinya pulang dari bekerja.
"Ibu mangsa bersama pembantu rumah itu yang baru lapan bulan bekerja dengannya membawa Allysa ke sebuah klinik di pekan ini dan hasil pemeriksaan awal doktor mengesahkan kesan kecederaan pada muka dan mata bayi itu disebabkan terjatuh atau terkena hempasan atas permukaan keras .
“Oleh kerana tidak sedap hati dengan laporan doktor, , ibu mangsa melihat semula rakaman CCTV dalam rumahnya dan terkejut melihat pembantu rumahnya menarik kaki anak perempuannya yang tidur lalu menghempasnya ke lantai dan beberapa minit kemudian kelihatan wanita itu menarik rambut bayi perempuan itu sehingga terangkat kedua-dua kaki lalu mencampaknya dari bilik sehingga ruang tamu dengan kejam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Tanjung Malim, semalam.
Mohd Ali berkata, oleh kerana ketakutan ibu mangsa menelefon jiran meminta menemaninya dan menelefon suaminya di Teluk Intan sebelum membuat laporan di Balai Polis Behrang Stesyen kira-kira jam 1 pagi kelmarin.
Katanya, polis menahan pembantu rumah yang berasal dari Bandung itu kira-kira jam 2.15 pagi hari sama dan direman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
BERSAMA MENCARI KEKAYAAN YANG DI ANUGERAHKAN OLEH ALLAH SWT. JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA KELMARIN DAN ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.
Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...
-
Takziah Kepada Keluarga CM KUALA LUMPUR 2 Jun - Cucu perempuan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dirawat di Unit Rawata...
-
KAEDAH MELARUTKAN STOK A DAN B Pada masa kini, ramai masyarakat diluar mula mendapat kesedaran dan berminat bercucuk tanam ...
-
Puan Sri Laila Taib meninggal dunia - BH Online 29/04/2009 KUCHING: Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Tai...
No comments:
Post a Comment