11/01/2009

Untungnya. Bila lah Jalan Mukah Selangau Nak Siap Ye..

Score Catat Cadangan Pelaburan Lebih RM90 Bilion


SHAH ALAM, 1 Nov (Bernama) -- Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Sarawak (Score), satu daripada lima koridor wilayah yang sedang dibangunkan di seluruh negara, menerima 20 cadangan pelaburan bernilai lebih RM90 bilion daripada syarikat asing dan tempatan.

(harapan nya jalan Mukah Selangau tu lekas-lekas lah siap...kesian dengan pengguna yang melaluinya)

Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata pelaburan itu mampu menyediakan kira-kira 20,000 peluang pekerjaan kepada tenaga kerja tempatan dan asing.

Katanya Score yang meliputi bahagian Tengah Sarawak seluas 70,000 kilometer persegi bermula dari Similajau, Bintulu hingga ke Tanjung Manis di Mukah, juga dijangka menyediakan 1.6 juta peluang pekerjaan dengan pelaburan dianggarkan bernilai lebih RM300 bilion menjelang tahun 2030.

"Sarawak akan meningkatkan taraf infrastruktur dan kemudahan di negeri itu bagi mencapai sasaran kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) dalam tempoh terdekat ini," kata Abang Johari ketika berucap pada Majlis Jaringan Inovasi Bersama Industri dan Pelajar di pejabat Sirim Bhd, di sini.

Beliau mewakili Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada majlis, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof dan Presiden dan Ketua Eksekutif Sirim Bhd, Yahaya Ahmad.

Abang Johari berkata Score, yang memberi tumpuan kepada industri berasaskan tenaga, dijangka mampu menghasilkan 24,000 megawatt elektrik, dengan 23,000 megawatt disalurkan ke Semenanjung Malaysia menerusi kabel bawah tanah selain dijual kepada Indonesia dan Brunei.

"Sarawak yang mempunyai 2.5 juta penduduk hanya memerlukan 1,000 megawatt, jadi sebahagian besar tenaga elektrik ini akan dijual," katanya.

-- BERNAMA - 1/11/2009

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...