11/28/2009

"Prinsip 20% dan Anai-anai"

Pejabat Residen, Daerah dipantau


Posted By rajlira On 27th November 2009 @ 10:00 In Tempatan

SPRM kesan penyelewengan 60 peratus peruntukan projek pembangunan

KUCHING: Pejabat-pejabat Residen dan Daerah kini di bawah pemantauan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila siasatan mereka mendapati wujud penyelewengan 60 peratus dalam peruntukan pelaksanaan projek pembangunan.Pengarah SPRM Sarawak Samsiah Abu Bakar berkata, beliau telah meneliti beberapa kes yang mana pegawai-pegawai daerah menyelewengkan wang pembiayaan projek atau bersekongkol dengan kontraktor.

“Modus operandinya ialah mereka mempunyai kroni di kalangan kontraktor yang akan melaksanakan projek. Urusan itu berlaku di kalangan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Meskipun beliau enggan mendedahkan Pejabat Daerah atau Residen yang sedang disiasat, beliau berkata seorang pegawai daerah kini sedang menerima hukuman penjara berkaitan kes salah guna kuasa.

Katanya, meskipun ramai yang beranggapan bahawa isu penyelewengan wang projek dilakukan oleh wakil rakyat, tetapi siasatan mendapati ia berlaku di kalangan orang tengah.

Beliau menjelaskan, untuk dana Persekutuan, Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) telah memperuntukkan sejumlah dana kepada setiap wakil rakyat bagi tujuan pembangunan di kawasan masing-masing.

Apabila terdapat permohonan bagi melaksanakan sesuatu projek, wakil rakyat akan memohon peruntukan yang diperlukan menerusi Pejabat Pembangunan Negeri (SDO) bagi pembiayaan.

Setelah diluluskan, ICU akan menyalurkan wang kepada SDO yang seterusnya meng-agihkan dana kepada Pejabat Daerah atau Residen terbabit.

Samsiah berkata, Pejabat Daerah atau Residen merupakan organisasi yang mengagihkan wang kepada kontraktor pelaksana projek.

“Wakil rakyat dalam hal ini cuma ingin memenuhi projek yang dipohon oleh rakyat. Jadi, lazimnya di peringkat Pejabat Daerah atau Residen yang wujud masalah,” kata-nya.

Bagaimanapun, beliau berkata SDO juga perlu mempunyai mekanisme pemantauan terhadap wang yang disalurkan.

SDO, katanya perlu mempunyai rekod dan memantau pelaksanaan projek sejak awal kerja-kerja hingga ke akhir, berbanding sekadar melulus-kan pembiayaan kewangan.

SDO juga perlu mempunyai sistem maklum balas agar ia mengetahui adakah projek itu dilakukan mengikut spesifikasi, katanya.

SPRM, katanya, akan mendapatkan khidmat pakar daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memeriksa mutu projek, atau mengikut spesifikasi.

Katanya,mereka yang di-dapati bersalah akan didakwa di bawah Seksyen 18, Akta SPRM kerana mengemuka-kan dokumen palsu.

Bagi mereka yang gagal menyelesaikan projek selepas pembayaran dilakukan, akan didakwa di bawah Seksyen 17, Akta SPRM, jelasnya.

Malah, katanya, jika SPRM dapat membuktikan kontraktor terbabit dalam penyelewengan, juga boleh didakwa. SPRM juga akan mengesyorkan agar kontraktor terbabit disenaraihitamkan.

Projek-projek yang gagal dilaksanakan akan dirujuk kembali kepada ICU untuk tindakan lanjut, katanya.

Menurut beliau, adalah mustahak untuk setiap pihak merangkumi wakil rakyat, SDO dan Pejabat Daerah dan Residen memantau pelaksanaan projek agar perlakukan ini dihentikan.

Samsiah berkata, ia juga bersangkut paut dengan rancangan kerajaan yang bakal menyaksikan lebih banyak projek akan dilaksanakan menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

Jika projek untuk rakyat gagal dilaksanakan dengan sempurna, beliau bimbang kerajaan sekarang mungkin akan tumbang.
--------------------------------------------------------------------------------

Article printed from The Borneo Post Online: http://www.theborneopost.com/
URL to article: http://www.theborneopost.com/?p=63112

--------------------------------------------------------------------------------

Itu lah prinsip 20%...

bayangkan kalau ader 5 lapisan yang perlu dilalui..berapa lah lagi peruntukan yang akan tinggal..

harga projek RM500K..dah sampai pembinaan cuma tinggal RM200K...

RM300K masuk prinsip 20%..kantau kata mereka...

tugas semua orang adalah memantau sendiri masalah ini..lapor terus kepada yang yang bertanggungjawab...

betul kata Pengarah SPRM Sarawak Samsiah Abu Bakar - "Jika projek untuk rakyat gagal dilaksanakan dengan sempurna, beliau bimbang kerajaan sekarang mungkin akan tumbang"

Rasuah adalah seperti anai-anai yang memakan tiang sri sesebuah rumah - DSAI.

Jika "ANAI-ANAI" tersebut tak dihapuskan maka runtuhlah rumah tersebut...

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...