11/22/2009

Rokok Najis

Macam-macam: Rokok najis arnab




BARCELONA: Pihak ber-kuasa kastam Sepanyol berkata ia berjaya merampas rokok tiruan bernilai lebih £2 juta (RM11.2 juta) yang diisi najis arnab kering dan bukan tembakau dalam satu serbuan kelmarin.


Rokok itu yang sepatutnya dijual di pasaran gelap dengan jenama terkemuka, ditemui apabila sekumpulan pelancong Britain yang bercuti di Kepulauan Canary mengadu terhidu najis terbakar setiap kali menyalakan rokok dibeli.


“Baunya busuk dan anda tahu bagaimana bau najis binatang yang terbakar,” kata seorang pegawai kastam yang menambah 12 penyeludup ditahan dalam operasi merampas rokok itu apabila ia tiba dengan sebuah kapal dari China. - Agensi

++++++++++++++++++++++++

Pada 23 Mac 1995, Majlis Fatwa Kebangsaan melalui muzakarah yang ke-37 telah juga memutuskan fatwa haram bagi perbuatan merokok. Malangnya selepas lebih 7 tahun fatwa ini dibuat sehingga kini hanya 2 buah negeri sahaja (Selangor & Kedah) yang telah mewartakannya.

Mana negeri yang lain...

Maklumat tentang Bahaya merokok/tembakau - Sila Klik

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...