2/25/2007

::GAMBIR SARAWAK:: SERIBU SATU KEGUNAAN

Gambir Sarawak Asli

Gambir Sarawak Asli banyak terdapat di pedalaman suku kaum orang Penan. Ianya adalah sejenis getah pokok.

Gambir Sarawak asli banyak kegunaannya seperti contoh:-

1. Bisa gigi dan gusi

2. Digigit binatang berbisa

3.Tebuk lubang anting telinga

4. Gatal bernanah, bisul dan kudis

5. Ubat luka atau tercucuk paku berkarat

6. Khas untuk lelaki...(tahan lama-bagi mengatasi PREMATURE EJACULATION - PME)

Cara cara menggunakannya:

Potongkan sedikit gambir, kemudian campurkan dengan air. Setelah itu cairkan gambir tadi dengan air sehingga larut, dan apabila ianya sudah cair, letakkan di bahagian yang diperlukan.Usah biarkan diri anda diselubungi panas. Gunakan pada dos yang betul dan sentiasalah berhati-hati.

*Kalau nak ikutkan ramai orang beli benda ni dengan alasan nak kasik kuat tenaga batin, tapi kalau nak ikut ranking kegunaannya ia adalah pada nombor 6....akhir sekali. Tapi bagi yang mengalami PME boleh mencubanya...

2/22/2007

AGLOCO : OWN THE INTERNET

Do You Realize How Valuable You Are?

Advertisers, search providers, and online retailers are paying billions to reach you while you surf. How much of that money are you getting?

You Deserve A Piece of the Action

AGLOCO gets paid by companies to reach our Members through our Viewbar™ software. We give that money back to you.

Sign Up HERE know and Send this referral link www.agloco.com/r/BBBT5171 to friends in emails or display this link in your own blogs or on your own website so when people use this link to sign up you will receive the referral credit.

Build the Community, Make More Money

Through our Referral Program, we reward those who are helping to build this Global Community. The bigger the community, the more money AGLOCO makes for its Members.

What’s the Catch?

No catch. Sign up, refer your friends, download the free Viewbar™ software and surf the Internet as you normally would.

2/03/2007

TIP UNTUK SUKSESS DALAM PELABURAN INTERNET

Setelah membuat beberapa kajian saya telah berjaya menemui cara mudah untuk berjaya dalam pelaburan internet. Tanpa takut kepada sekatan daripada pihak berkuasa, tanpa takut kehilangan wang pelaburan, tanpa takut halal atau haramnya dan tanpa takut kepada sebarang penipuan. Berikut Beberapa Tip Mudah Untuk Anda Ketahui. Insya Allah anda akan berjaya sekiranya mengamalkannya.
*****************************************
Kuala Lumpur, 6 Jun 2007
Soalan-soalan Lazim“Jangan Melabur dalam Skim Pelaburan Internet Tidak Sah”

Berikutan pengumuman baru-baru ini oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) bahawa ia akan mula menyekat akses ke laman-laman web pelaburan tidak sah dari 11 Jun 2007, SC telah menerima lebih dari 340 pertanyaan daripada orang ramai dalam masa tiga hari bekerja mengenai perkara tersebut. Sebagai panduan umum kepada orang ramai, pihak SC hari ini mengeluarkan satu set soalan lazim yang merangkumi pelbagai aspek mengenai langkah yang akan diambil untuk menyekat laman web pelaburan tidak sah.

  • 1) Mengapa SC menyekat akses kepada laman web pelaburan tidak sah ini?
SC telah berulang kali mengeluarkan amaran kepada para pelabur mengenai risiko melabur dengan skim tidak sah dan juga secara berterusan mengingatkan orang ramai agar hanya melabur dengan individu yang berlesen supaya mendapat perlindungan yang disediakan di bawah undang-undang sekuriti. Namun begitu, walaupun adanya amaran berulang tersebut, bilangan pertanyaan dan aduan orang ramai yang meningkat menunjukkan bahawa mereka terus mengambil bahagian dalam pelaburan tidak sah sedemikian. Oleh yang demikian, SC telah mengambil langkah penguatkuasaan yang lebih tegas termasuk menghalang orang ramai daripada mengakses laman-laman pelaburan tidak sah ini.

SC akan terus mengambil semua langkah memerangi aktiviti pelaburan tidak sah ini untuk melindungi pelabur dan integriti pasaran modal Malaysia secara keseluruhannya.

  • 2) Bagaimana SC mengetahui bahawa laman-laman web ini adalah tidak sah?
Laman-laman web pelaburan tidak sah tersebut dikesan melalui pemantauan dan penyiasatan SC, serta maklumat yang diterima daripada orang ramai.
  • 3) Laman web manakah yang akan disekat? Mengapa SC tidak menyekat akses kepada semua laman web dalam senarai laman web yang tidak diberi kuasa?
Pada 11 Jun, SC akan mula menyekat sebilangan laman-laman web. Penyekatan laman web merupakan salah satu daripada banyak langkah yang boleh diambil dan SC akan menentukan mengikut kes langkah yang sesuai untuk diambil. Penyekatan laman web tersebut akan dilakukan secara berperingkat dan ia merupakan proses yang berterusan.
  • 4) Jika SC telah pun mengetahui bahawa laman web tersebut adalah yang tidak diberi kuasa, mengapa ia tidak menutupnya sebelum ini dan mengambil tindakan? Mengapa laman-laman web ini dibenarkan untuk terus beroperasi?
Sebelum ini, SC telah mengadakan program pendidikan dan kesedaran di seluruh negara mengenai skim ini. Kami juga telah bekerjasama dengan pihak kuasa tempatan dan asing yang lain untuk mengeluarkan amaran dan peringatan kepada pelabur. Dalam usaha menghalang orang ramai untuk melabur dalam skim tidak sah sedemikian, satu senarai laman web yang tidak diberi kuasa disiarkan di laman web SC dan juga disebarkan kepada orang ramai.
  • 5) Adakah ini bermaksud bahawa laman-laman web yang tidak disekat pada 11 Jun 2007 adalah diberi kuasa untuk menawarkan skim pelaburan mereka?
Laman web yang kekal dalam senarai SC selepas 11 Jun, terus dianggap tidak diberi kuasa di bawah undang-undang sekuriti untuk berurusan dalam sekuriti, memberikan nasihat pelaburan dan/atau perkhidmatan pengurusan dana yang berkaitan dengan sekuriti atau niaga hadapan. Orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak membuat mana-mana pelaburan dengan pihak yang tidak dilesenkan oleh SC.
  • 6) Bilakah SC akan menyelesaikan operasinya untuk menyekat laman web pelaburan tidak sah ini?
Usaha SC untuk menyekat akses kepada laman web pelaburan tidak sah ini akan dijalankan secara berterusan.
  • 7) Sesetengah pengendali skim tersebut mendakwa bahawa laman web mereka adalah sah dan tidak dalam siasatan SC. Adakah dakwaan ini benar?
Dakwaan ini adalah palsu. SC tidak pernah memperjelaskan dengan mana-mana pengendali laman web pelaburan tidak sah sama ada mereka adalah di bawah siasatan atau tidak. Sekiranya seseorang pengendali itu berlesen, ia akan tersenarai dalam senarai pengantara berlesen yang boleh didapati di laman web SC.
  • 8) Walaupun SC mengatakan bahawa akses kepada laman web pelaburan tidak sah tersebut akan disekat bermula 11 Jun, saya memang pun tidak boleh memasuki beberapa laman web. Mengapa begitu?
Laman-laman web yang tidak boleh diakses sebelum 11 Jun 2007, mungkin telah ditutup oleh pengendalinya.
  • 9) Bagaimanakah saya boleh mendapatkan kembali wang saya sekiranya saya tidak boleh mengakses akaun saya untuk mengeluarkan pelaburan saya?
Orang ramai yang mempunyai pelaburan melalui pihak tidak berlesen adalah tidak diperuntukkan perlindungan di bawah undang-undang sekuriti. Inilah sebabnya SC secara berterusan mengingatkan orang ramai agar berurusan dengan pihak yang berlesen kerana mereka akan diberikan bantuan di bawah undang-undang sekuriti. Pengantara berlesen juga dikehendaki menyediakan langkah-langkah perlindungan pelabur yang merangkumi keperluan untuk menyimpan wang pelanggan dalam akaun amanah.
  • 10) Adakah laman-laman web tersebut akan ditarik balik sekatan ke atasnya pada masa hadapan??
Tidak, laman web pelaburan tidak sah tidak akan ditarik balik sekatan ke atasnya pada masa hadapan.
  • 11) Sekiranya laman-laman web tersebut dibuka semula, adakah ini bermakna mereka telah mengesahkan skim pelaburan mereka?
Sekiranya pihak tersebut tidak disenaraikan di dalam senarai pengantara berlesen yang boleh didapati di laman web SC, mereka adalah tidak berlesen untuk menjalankan atau mengendalikan aktiviti pelaburan melalui mana-mana laman web. Sekiranya tidak pasti, sila semak dengan SC sebelum membuat pelaburan.
  • 12) Haruskah saya terus melabur dengan pengendali/ejen laman web pelaburan tidak sah yang boleh menghubungi saham melalui e-mel/SMS/telefon/dsb?
Sekiranya laman web tersebut telah disekat, pelabur hendaklah menghentikan pelaburan mereka serta merta. Sekiranya pihak tersebut tidak dalam senarai pengantara berlesen yang boleh didapati di laman web SC, mereka adalah tidak dilesenkan untuk menjalankan atau mengendalikan aktiviti pelaburan.
  • 13) Adakah saya boleh mengakses laman web yang sama dari negara lain?
Anda mungkin boleh berbuat demikian kerana akses hanya disekat dari Malaysia. Bagaimanapun, adalah tidak bijak untuk terus melabur dalam skim pelaburan tidak sah ini apabila pelabur telah pun diberi amaran oleh pihak berkuasa bahawa pihak ini adalah tidak dilesenkan bagi aktiviti pelaburan sedemikian. Pelabur adalah dinasihatkan agar memeriksa status pelesenan mana-mana skim pelaburan yang mereka untuk melabur di dalamnya, sama ada dengan pihak berkuasa tempatan atau asing yang berkaitan.
  • 14) Adakah saya melanggar mana-mana undang sekiranya saya hanya seorang pelabur dalam skim pelaburan tidak sah?
Ya, sebagai seorang pelabur dalam skim pelaburan tidak sah mungkin melanggar undang-undang kerana bersubahat dalam menyebabkan berlakunya satu kesalahan.
  • 15) Apakah penalti atas kesalahan mempromosi atau bersubahat dalam aktiviti pelaburan tidak sah?
Seseorang yang didapati mempromosikan atau bersubahat dalam mana-mana aktiviti pelaburan tidak sah boleh didenda sehingga RM1 juta atau boleh dipenjarai bagi tempoh tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.
  • 16) Selain menyekat laman web, apakah yang akan dilakukan oleh SC?
SC akan terus mengambil semua langkah bagi memerangi aktiviti pelaburan tidak sah termasuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengendali dan ejen laman web pelaburan tidak sah. SC juga akan meneruskan program kesedaran pelaburnya.

SURUHANJAYA SEKURITI

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...