Memberi hutang harta atau wang kepada orang lain merupakan suatu
perbuatan terpuji yang dianjurkan oleh Islam, dalam hadis Nabi SAW
bersabda;
“Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin dari kedurhakaan dunia,
maka Allah SWT akan melapangkan untuknya kedukaan akhirat.”
Selain itu, terdapat beberapa syarat kepada penghutang dan pemiutang
yang dianjurkan dalam islam;
1. Hutang Tidak Boleh Mendatangkan Keuntungan Bagi si Pemberi Hutang.
Dalam berhutang, jika sesuatu proses hutang itu dilihat membebankan
sebelah pihak sahaja maka ianya adalah dilarang sama sekali. Jika setiap
hutang yang membawa keuntungan juga hukumnya adalah riba.
Ingat, hutang adalah untuk mengurangkan beban bukan membebankan!
2. Mencatat Perkara-perkara Hutang
Mencatat perkara-perkara berkaitan hutang-piutang adalah untuk
memudahkan kedua-dua pihak agar tidak berlaku salah faham dan permusuhan
di kemudian hari. Ini kerana tidak ada hutang yang selesai begitu saja
kecuali diikhlaskan oleh pemberi hutang.
Seperti yang dijelaskan dalam al-Quran,
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian melakukan hutang
piutang untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kalian menuliskannya.”
al- Baqarah: 282
3. Berniat dan Berazam untuk Membayar Hutang
Sama ada sedikit atau banyak, bertekadlah untuk membayar hutang kita
itu. Tidak kiralah secara beransur-ansur atau apa-apa cara sekalipun.
Tunjukkan usaha untuk membayarnya bukan berdiam diri atau melarikan diri
dari pemberi hutang. Jangan!
Sangat dilarang jika seseorang yang berhutang berniat untuk tidak
membayar hutangya. Bukankah hal ini boleh disamaertikan sebagai seorang
pencuri?
“Siapa saja yang berhutang, sedang ia berniat tidak melunasi
hutangnya, maka ia akan bertemu Allah sebagai seorang pencuri.”
Hadis Riwayat Ibnu Majah
4. Membayar Hutang dengan Segera
“Sebaik-baik orang adalah yang paling baik dalam pembayaran hutang.”
Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud
Ini sudah jelas menunjukkan bahawa sebaik-baiknya orang adalah yang
paling baik dalam membayar hutang.
Dengan itu, jika berhutang bayarlah dengan segera (jika berkemampuan).
Jangan ditunggu sehingga ditagih dan diminta dahulu, tapi jadilah orang
yang menepati waktu dalam berhutang.
5. Tidak Menunda Membayar Hutang
Menunda-nunda membayar hutang boleh disamakan dengan orang yang zalim
dan menindas. Walaupun pemberi hutang itu adalah orang yang kaya-raya,
hutangnya wajib dibayar. Bahkan, tanpa kita tahu pemberi hutang itu juga
memerlukan wang tersebut.
“Menunda-nunda (pembayaran hutang) bagi orang yang mampu adalah
kezaliman.”
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
6. Jangan Berjanji dan Menipu untuk Membayar Hutang
Sekiranya tidak mampu untuk menunaikan hutang dalam masa tertentu,
jangan berjanji!
Sesungguhnya, apabila seseorang berhutang, maka bila berbicara ia
akan dusta dan bila berjanji ia akan ingkari..”
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Oleh itu, dalam berhutang jangan menjanjikan sesuatu hal yang membuat
orang berharap. Jangan berikan harapan palsu kepada pemberi hutang.
7. Doakan Pemberi Hutang
Doalah kepada kebaikan akan pemberi hutang itu sebagai hadiah dan
balasan kerana membantu dalam memberikan hutang kepada kita.
“Barangsiapa telah berbuat kebaikan kepadamu, balaslah kebaikannya
itu. Jika engkau tidak mendapati apa yang dapat membalas kebaikannya
itu, maka berdoalah untuknya hingga engkau menganggap bahawa engkau
benar-benar telah membalas kebaikannya.”
Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud
Hutang adalah sesutau yang wajib dibayar, jangan dipandang hal ini
sebagai mudah dan remeh.
Jika masih ada hutang berbaki, berdoalah kepada Allah SWT agar dijauhkan
daripada lilitan hutang dan berusahalah untuk terlepas daripada
belenggu hutang-hutang itu. Hal ini kerana perihal hutang ini akan
bersangkutan sehingga kita meninggal dunia kelak;
“Ruh seorang mukmin itu tergantung kepada hutangnya hingga hutangnya
dibayarkan.”
Hadis Riwayat Ahmad, at-Tirmidzi, ad-Darimi, dan Ibnu Majah
(Sumber: Tazkirah.net, oleh Rabiatul Adaweeyah)
Baca selanjutnya: https://www.sayangsabah.com/ini-7-etika-dalam-berhutang-menurut-islam/
Baca selanjutnya: https://www.sayangsabah.com/ini-7-etika-dalam-berhutang-menurut-islam/