2/08/2017

Memberi hutang harta atau wang kepada orang lain merupakan suatu perbuatan terpuji yang dianjurkan oleh Islam, dalam hadis Nabi SAW bersabda; “Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin dari kedurhakaan dunia, maka Allah SWT akan melapangkan untuknya kedukaan akhirat.” Selain itu, terdapat beberapa syarat kepada penghutang dan pemiutang yang dianjurkan dalam islam; 1. Hutang Tidak Boleh Mendatangkan Keuntungan Bagi si Pemberi Hutang. Dalam berhutang, jika sesuatu proses hutang itu dilihat membebankan sebelah pihak sahaja maka ianya adalah dilarang sama sekali. Jika setiap hutang yang membawa keuntungan juga hukumnya adalah riba. Ingat, hutang adalah untuk mengurangkan beban bukan membebankan! 2. Mencatat Perkara-perkara Hutang Mencatat perkara-perkara berkaitan hutang-piutang adalah untuk memudahkan kedua-dua pihak agar tidak berlaku salah faham dan permusuhan di kemudian hari. Ini kerana tidak ada hutang yang selesai begitu saja kecuali diikhlaskan oleh pemberi hutang. Seperti yang dijelaskan dalam al-Quran, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian melakukan hutang piutang untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kalian menuliskannya.” al- Baqarah: 282 3. Berniat dan Berazam untuk Membayar Hutang Sama ada sedikit atau banyak, bertekadlah untuk membayar hutang kita itu. Tidak kiralah secara beransur-ansur atau apa-apa cara sekalipun. Tunjukkan usaha untuk membayarnya bukan berdiam diri atau melarikan diri dari pemberi hutang. Jangan! Sangat dilarang jika seseorang yang berhutang berniat untuk tidak membayar hutangya. Bukankah hal ini boleh disamaertikan sebagai seorang pencuri? “Siapa saja yang berhutang, sedang ia berniat tidak melunasi hutangnya, maka ia akan bertemu Allah sebagai seorang pencuri.” Hadis Riwayat Ibnu Majah 4. Membayar Hutang dengan Segera “Sebaik-baik orang adalah yang paling baik dalam pembayaran hutang.” Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud Ini sudah jelas menunjukkan bahawa sebaik-baiknya orang adalah yang paling baik dalam membayar hutang. Dengan itu, jika berhutang bayarlah dengan segera (jika berkemampuan). Jangan ditunggu sehingga ditagih dan diminta dahulu, tapi jadilah orang yang menepati waktu dalam berhutang. 5. Tidak Menunda Membayar Hutang Menunda-nunda membayar hutang boleh disamakan dengan orang yang zalim dan menindas. Walaupun pemberi hutang itu adalah orang yang kaya-raya, hutangnya wajib dibayar. Bahkan, tanpa kita tahu pemberi hutang itu juga memerlukan wang tersebut. “Menunda-nunda (pembayaran hutang) bagi orang yang mampu adalah kezaliman.” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim 6. Jangan Berjanji dan Menipu untuk Membayar Hutang Sekiranya tidak mampu untuk menunaikan hutang dalam masa tertentu, jangan berjanji! Sesungguhnya, apabila seseorang berhutang, maka bila berbicara ia akan dusta dan bila berjanji ia akan ingkari..” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim Oleh itu, dalam berhutang jangan menjanjikan sesuatu hal yang membuat orang berharap. Jangan berikan harapan palsu kepada pemberi hutang. 7. Doakan Pemberi Hutang Doalah kepada kebaikan akan pemberi hutang itu sebagai hadiah dan balasan kerana membantu dalam memberikan hutang kepada kita. “Barangsiapa telah berbuat kebaikan kepadamu, balaslah kebaikannya itu. Jika engkau tidak mendapati apa yang dapat membalas kebaikannya itu, maka berdoalah untuknya hingga engkau menganggap bahawa engkau benar-benar telah membalas kebaikannya.” Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud Hutang adalah sesutau yang wajib dibayar, jangan dipandang hal ini sebagai mudah dan remeh. Jika masih ada hutang berbaki, berdoalah kepada Allah SWT agar dijauhkan daripada lilitan hutang dan berusahalah untuk terlepas daripada belenggu hutang-hutang itu. Hal ini kerana perihal hutang ini akan bersangkutan sehingga kita meninggal dunia kelak; “Ruh seorang mukmin itu tergantung kepada hutangnya hingga hutangnya dibayarkan.” Hadis Riwayat Ahmad, at-Tirmidzi, ad-Darimi, dan Ibnu Majah (Sumber: Tazkirah.net, oleh Rabiatul Adaweeyah)
Baca selanjutnya: https://www.sayangsabah.com/ini-7-etika-dalam-berhutang-menurut-islam/

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...