3/31/2018

Daun Malberi Makanan Ulat Sutera.

KHASIAT POKOK MALBERI

Beberapa hari yang lalu,  sahabat saya, Ustaz Dato' Ibrahim Lai bertandang. Dia bawa seranting pokok Malberi (Mulberry) atau nama saintifiknya Morus Alba. Di Indonesia dipanggil Murbei, di China dipanggil Sangye.

Di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram. Kenapa pulak? Sebabnya, daun  Mulberry adalah makanan utama ulat sutera. Tanpa  makan daun ini,  ulat sutera tidak akan menghasilkan sutera yang baik. Orang belah utara panggil pokok ni BAYAM BATU.

Beriya-iya Ustaz Ibrahim Lai  bercerita tentang khasiat pokok Malberi ini  Apa tidaknya, dah lama dia  mengidap karang dan tekanan darahnya juga tinggi dan kencing tak lawas. Baru-baru ini semasa berada di Pulau Pinang,   karangnya menyerang kuat. Dia sakit tak tertahan. Kawannya yang juga berbangsa Cina rebuskan air daun ini. Keesokan hari sakit karangnya hilang. Kencingnya juga lawas.

Kemudian dia buat pemeriksaan darah. Doktor pun tanya apa dia makan sebab darahnya dah normal. Isterinya yang mengidap sakit pinggang juga lega, dah tak sakit. Seorang lagi sahabat yang stroke dah boleh angkat tangan selepas makan air rebusan ini.

Itu yang diceritakan dengan penuh semangat.

Sebenarnya  orang Cina termasuk di tanah besar dah lama amalkan iaitu  sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok Malberi ini telah  dimanfaatkan. Dari buah, ranting, daun dan juga akarnya ada unsur-unsur untuk rawatan penyembuhan.

Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

Tak hairanlah penggemar ulam menjadikan pucuk daun Malberi sebagai ulam. Rasanya  lebih kurang seperti kangkung. Pucuk ni jugak  boleh dimasak lemak cili api

Jangan tak tahu, daun mulberi  juga boleh dibuat teh. "Teh daun mulberi"...wowww. Teh mulberi ni rasa manis-manis buah walau pun tanpa gula.

Pokok ini telah dikaji oleh pakar kimia. Mereka mendapati daun Mulberi mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin dan pelbagai lagi.

Khasiatnya yang dikata oleh Ustaz Ibrahim betul belaka. Tapi itu cuma beberapa jenis penyakit sedangkan banyak lagi  khasiat pokok ini.

Saya turunkan sekali lagi khasiat  pokok malberi ini  iaitu antara lain dapat  membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit berikut :

👉Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
👉Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
👉Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
👉Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
👉Membantu dalam kehilangan berat badan
👉Mengurangkan keadaan asma yang teruk
👉Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
👉Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
👉Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
👉Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
👉Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
👉Menambahkan tenaga
👉*Meningkatkan produksi susu badan*
👉Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi

Pokok malberi mempunyai semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan oleh badan kita.

Apa kata kalau kita tanam sepokok dua sebab pokok malberry senang ditanam iaitu hanya dengan keratan batang. Setelah muncul pucuk, buahnya akan menyusul.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, namun perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan.

Nak apa2 info tambahan, pls  google ya

Rujukan dan kredit pada : Nadzir Shafie

Rujukan dan kredit pada En. Halmi Yusuff.

3/06/2018

STRAWBERI : TATACARA PEMBANCUHAN DAN PENGGUNAAN BAJA AB

KAEDAH MELARUTKAN STOK A DAN B

Pada masa kini, ramai masyarakat diluar mula mendapat kesedaran dan berminat bercucuk tanam di rumah demi mendapatkan sumber mentah seperti sayuran dan buah-buahan dengan sendiri. Kaedah fertigasi merupakan kaedah yang mudah untuk tempat yang kecil dan tidak mempunyai kawasan yang luas. disini saya ingin berkongsi kaedah dan tips mudah untuk melarutkan stok A dan B bagi kegunaan saudara di rumah. Pengetahuan tentang cara menyediakan larutan baja fertigasi ini adalah penting bagi memastikan tanaman kita mendapat nutrien yang secukupnya.

Baja fertigasi lebih dikenali sebagai baja AB. Ini disebabkan setiap set baja mengandungi 2 bungkusan. Iaitu set A dan set B. di pasaran ada 4 kuantiti yg berbeza iaitu 10 L, 50L, 100L dan 200L stok baja. Ia bergantung kepada berapa polibeg yang ditanam dirumah. Kebiasaannya baja 100L menjadi pilihan untuk fertigasi dirumah.

Langkah pertama

Menyediakan pati larutan baja
  • Sediakan 2 bekas air bekas A dan bekas B (gunakan bekas atau baldi)
  • Isikan 10 liter air paip kedalam setiap bekas . sekiranya di rumah tiada penyukat untuk menentukan air sebanyak 10 liter tu anda boleh gunakan botol susu yang isiannya 2 liter. Jadi anda perlu masukkan 5 botol air mengunakan botol dan lengkap 10 liter.
  • Masukkan serbuk campuran baja A dan B ke dalam bekas baja pekat A dan B. Rendam plastik yg mengandungi baja mikro supaya semua baja di dalam bungkusan tersebut betul-betul habis di tuang. (Kerana ada baja Mikro spt Mo yg beratnya secubit, x sampai 1 gram)
  • Kemudian kacau larutan sehingga sebati.
Langkah kedua

Menyediakan air baja untuk siraman pokok
  • Sediakan bekas berisi 10L air paip- bekas c
  • Ambil 100ml pati baja A dan pati baja B masukkan kedalam bekas C dan kacau sehingga sebati.
  • Campuran air baja fertigasi sedia untuk digunakan kepada pokok sehingga berumur satu bulan.
Tips penggunaan stok air baja:

Set A selalunya ada baja mikro Ferum ( serbuk warna kuning ), jadi stok air baja A akan berwarna kuning. Set B, stok air baja set B selaluya tidak berwarna dan jernih. Jika nak guna utk bancuhan air baja dalam tangki besar (600 gelen tu), sebaik-baiknya ambil stok air baja set B dulu diikuti dgn stok air baja set A. Jika boleh stok air baja dan tangki air baja berada di tempat yg teduh atau berbumbung. Jika dirumah, kita boleh simpan pati baja kedalam botol yang tertutup dan simpan.

Kadar anggaran campuran bagi yg tidak mempunyai EC meter

1/400 = 0.5 EC (3ml AB = 1L air)
1/200 = 1.0 EC (5ml AB = 1L air)
1/100 = 1.5 EC (10ml AB = 1L air)
1/80 = 1.8 EC (13ml AB = 1L air)
1/70 = 2.0 EC (15ml AB = 1L air)
1/60 = 2.5 EC (17ml AB = 1L air)
1/50 = 2.8 EC (20ml AB = 1L air)

CREDIT - http://myagri.com.my/2016/02/kaedah-melarutkan-stok-a-dan-b-untuk-kegunaan-di-rumah/

Strawberi - Khasiat dan Cara Menanam dari biji benih.

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...