4/30/2018

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal.
Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut.
Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan..
anak pokok Nam nam (katak puru)
Image may contain: plant, outdoor and nature
Image may contain: plant, nature and outdoor
Image may contain: plant and outdoor

Rose, Jatrhopa & lain-lain koleksi

Balit tadika terus nak ambik bunga.
Aktiviti wajib Hirah & Firah.
20.04.2018

Synsepalum dulcucum & Oregano

Tambah koleksi.
Buah Ajaib dan Oregano.
21.04.2018
Ini adalah Buah Ajaib atau juga dikenali oleh sebahagian orang kita sebagai Buah Seribu Manis. Di dalam bahasa inggerisnya ia disebut sebagai Miracle Berry atau Miracle Fruit. Dalam bahasa sainsnya pula ia dipanggil sebagai Synsepalum dulcucum . Pohon ini berasal dari negara Afrika

Umai Ikan Empirang. Menu yang tidak boleh dilepaskan.

Mengumai ikan empirang.
lauk tengahari

21.04.2018

Perjalanan 3 anak benih Strawberi - Swap dengan Seorang Sahabat di Kuching.

Mencari kawan baru untuk swap di kuching .
salah satu cara menambahkan varieti strawberi.
jalan2 menjejak sahabat sehaluan.
kpg semerah padi.

22.04.2018

Anak markisa dan Rerama.

Markisa @ Passion fruit.
Rerama

Geng Strawberi Tanah Rendah.

Membawa Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar melawat D'aiRgarDen's.
Penyelia kena marah sebab pengurus & timbalan pengurus tidak nampak buah masak yang boleh dijadikan sample.
Melentur buluh biar dari rebungnya.
Gambar Pengurus & Timbalannya dihujung 
Video. https://www.facebook.com/h.has.ha/videos/1967068000001129/?t=0

    

BUAH BIDARA

BUAH BIDARA - Sumber http://animhosnan.blogspot.my/2011/10/buah-bidara-zizyphus-mauritiana-lamk.html

BUAH BIDARA (Zizyphus mauritiana Lamk) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga RHAMNACEAE yang boleh ditanam di negara kita sebagai satu jenis pokok buah-buahan yang berpotensi untuk dimajukan. Nama-nama lain bagi buah bidara adalah JUJUBI, EPAL SIAM dan beberapa nama tempatan lain. Buah bidara yang masak boleh dimakan mentah atau diproses untuk dibuat jus minuman, sirap dan juga manisan (halwa). Buah bidara yang belum masak atau buah muda dimakan dengan garam atau dibuat jeruk atau dibuat acar. Daun muda ada yang dimakan sebagai sayuran dan ulam. Tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman buah bidara di Malaysia tetapi penulis mengganggarkan sekitar 150-160 hektar pada tahun 2011. Negeri Perak merupakan kawasan utama penanaman buah bidara di Malaysia. Artikel ini saya berkongsi maklumat mengenai teknologi tumbuhan buah bidara dan khasiat tanaman ini berdasarkan pembacaan , pemerhatian dan pengalaman penulis.


Pokok bidara dewasa
Pokok Bidara merupakan jenis tumbuhan kecil atau pokok sederhana besar yang mampu tumbuh sehingga ketinggian 15 meter. Pemerhatian saya mendapati pokoknya tumbuh menegak, agak rendang dan mempunyai dahan yang berjuntai. Terdapat ranting yang berduri dan agak berbulu pada spesis tertentu. Bahagian akar pula mempunyai akar tunjang dan akar serabut. Bunganya keluar dari ketiak daun dalam jambak yang berwarna kekuningan dan berbau wangi. Lazimnya saiz bunga sekitar 2-3 mm lebar dengan antara 8-20 kuntum bung satu jambak. Daun bidara berwarna hijau berkilat dengan ukuran 3-10 cm panjang dan 2-5 cm lebar serta panjang tangkai dalam 9-15 cm. Bahagian atas daun didapati licin tetapi dibahagian bawah agak berbulu dan kasar.


Dahan dan buah melempai
Penanaman pokok bidara mudah dilakukan menggunakan bijibenih tetapi ramai juga petani yang saya temui menggunakan bahan tanaman dari keratan batang, tutatau cantuman. Lazimnya biji yang matang yang diambil dari buah masak. Biji buah bidara bercambah selapas 4 minggu disemai. Pokok yang ditanam daripada biji benih akan berbuah selepas 3 tahun ditanam sedangkan pokok yang ditanam dari tut atau keratan berbuah selepas 1-2 tahun. Jenis tanah subur dengan mempunyai saliran baik diperlukan untuk tanaman bidara. Pemerhatian mendapati pokok bidara tahan pada cuaca kemarau dan suhu agak tinggi yang mana keadaan ini mampu merangsang pokok mengeluarkan bunga dan buah. Jarak penanaman disyorkan 3m x 4m atau lebih rapat bergantung kepada sistem penanaman. Berikan baja organik dalam lubang penanaman dan baja tumbesaran NPK 15:15:15 dari umur 1-3 tahun. Baja NPK 12:12:17:2 diberikan apabila pokok bersedia untuk berbunga pada tahun ke 3 dan seterusnya. Sebaiknya sediakan sistem pengairan titis untuk mendapatkan buah yang berkualiti.


Buah bidara hampir masak.
Cantasan pembentukan dan cantasan dahan yang berjuntai perlu dijalankan untuk mempastikan yang pertumbuhan pokok yang seimbang. Kawalan rumpai dilakukan dengan cara menual iaitu ditajak keliling pokok atau dengan menggunakan racun rumpai yang sesuai. Antara masaalah serangan penyakit adalah Bintik Daun (Cercospora spp) dimana jika tidak dikawal daun akan kering dan akhirnya gugur. Serangan kulat terhadap putik buah muda juga akan akibatkan buah gugur. Serangga perosak terdiri dari Lalat Buah , Ulat Makan Daun dan juga Ulat yang makan isi buah. Kawalan dengan racun serangga yang disyorkan dijalankan mengikut arahan pada label. 


Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram buah mengandungi 80 gram air, 18 gram karbohiderat, 0.5 gram lemak, 30 mg Fosforus dan 60-70 IU Vitamin A serta 60-150 Vitamin C. Rujukan saya pada buku tulisan En Ong dalam bukunya “Buah dan Khasiatnya” ada menyatakan bahawa buah bidara yang direbus dan airnya diminum dapat merawat penyakit paru-paru dan juga mencuci darah serta membaiki sistem penghadaman dalam perut. Daunnya yang di rebus dapat digunakan sebagao losen serta air mandian bagi merawat mereka yang kena demam panas. Ada juga dakwaan yang air rebusan kulit dan daun bidara sesuai untuk merawat masaalah perut dan juga usus. 


Kulit pokok bidara yang direbus dengan lain-lain tumbuhan dipercayai menyembuhkan sakit kerongkong dengan cara berkumur-kumur dan hilangkan bau mulut. Ada yang menggunakan air rebusan tersebut bagi mengawal cirit birit dan juga sakit gusi dan masaalah sesak nafas. Mana tahu satu hari nanti ada usahawan produk berasaskan bidara yang dijual dalam bentuk ‘ready to use’ seperti pil, kapsul, kordial, jus dan serbuk atau lain-lain bentuk produk. Tanamlah buah bidara dikeliling rumah anda untuk dapatkan buah bidara yang segar dan sedap!

http://animhosnan.blogspot.my/2011/10/buah-bidara-zizyphus-mauritiana-lamk.html

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...