BERSAMA MENCARI KEKAYAAN YANG DI ANUGERAHKAN OLEH ALLAH SWT. JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA KELMARIN DAN ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI.
7/10/2007
SC peroleh injunksi antarabangsa Mareva terhadap Swisscash (10.07.2007)
Mareva yang dipohon oleh SC adalah berikutan satu tindakan guaman sivil terhadap defendan bernama Albert Lee Kee Sien, Kelvin Choo Mun Hoe, Amir bin Hassan, Dynamic Revolution Sdn Bhd, Swiss Mutual Fund (1948) S.A., SMF International Limited dan SMF (1948) International Limited.
Maklumat Lanjut BM / BI
Mareva tersebut boleh klik kat sini pdf
7/08/2007
Melayu Baru - Apa Kata "Prof Diraja Ungku Aziz"
FENOMENA adanya profesional Melayu yang lebih berminat bekerja di luar negara berbanding pulang mencurahkan bakti di negara sendiri mencetuspertanyaan sama ada keadaan ini akan merugikan pembangunan negara. Bagaimanapun, pertemuan wartawan Berita Minggu, RASID RAHAMAN dan NASRON SIRA RAHIM dengan tokoh cendekiawan negara, Prof Diraja Ungku Aziz, mendapati masalah ini sebenarnya berpunca satu masalah lain lebih besar dalam masyarakat Melayu. Ungku Aziz berpandangan situasi penghijrahan warga Malaysia ke luar negara adalah kesan, manakala titik mulanya adalah perubahan dialami masyarakat Melayu sendiri, terutama selepas 50 tahun negara mencapai kemerdekaan...
Teleperubatan: Menjangkaui batasan masa, sempadan
Penjagaan kesihatan ke tahap baru
SATU daripada tujuh aplikasi perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia yang diwujudkan pada 1995 ialah ‘teleperubatan’ yang menyaksikan bidang perubatan dibabitkan secara langsung atau tidak langsung ke dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Ia sejajar dengan komitmen negara dalam era digital yang mahu bergerak menuju ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi) dengan pembabitan masyarakatnya secara aktif.
Disebabkan perubahan mendadak akibat perkembangan teknologi, sektor perubatan atau penjagaan kesihatan mengalami perubahan yang sama.
Maklumat Lanjut
7/06/2007
"UMNO Sarawak" Sorotan Semasa
1. Penaja UMNO S’wak kesal dilabel pembangkang
KUCHING, 5 Jul: Jawatankuasa Penaja Umno Negeri Sarawak (JPUNS) kesal dengan tindakan sesetengah pihak di negeri ini yang cuba melabelkan mereka kumpulan pembangkang.
Pengerusi protemnya, Affendi Jeman sebalik menjelaskan bahawa JPUNS berperanan membawa perubahan dengan menjadi ‘suara rakyat’.
Maklumat Lanjut
2. MDC sertai penyokong UMNO
KUCHING, 4 Jul: Kerana kecewa dengan keputusan Pendaftar Pertu-buhan (ROS) yang tidak meluluskan penubuhan Kongres Dayak Malaysia (MDC) tahun lalu, para penyokongnya kini menyertai kumpulan yang cuba membawa masuk UMNO ke Sarawak.
Presiden Penaja MDC Nicholas Bawin berkata, kekecewaan mereka memang tidak dapat disembunyikan kerana tidak dibenarkan menu-buhkan parti selepas PBDS diba-talkan pendaftaran pada Oktober 2004.
Maklumat lanjut
3. Pihak yang cuba bawa UMNO ke S’wak, oportunis
KUCHING, 29 Jun: Tindakan cuba membawa masuk UMNO ke Sarawak dilakukan oleh pihak yang bercita-cita tinggi dan ingin menjadi ‘orang penting’, kata Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Menurutnya, tindakan membawa masuk parti dari luar Sarawak bukan perkara baru dan ia bukan berlaku terhadap UMNO sahaja, malah beberapa parti lain sebelum ini.
Maklumat lanjut
4. Rakyat S’wak perlu yakin jaminan pemimpin UMNO, kata Tengah
MIRI, 20 Jun: Rakyat Sarawak khususnya ahli-ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu yakin dengan jaminan oleh para pemimpin UMNO sejak dahulu hingga kini, yang terus menyatakan pendirian mereka bahawa parti tulang belakang negara itu tidak akan mengembangkan sayapnya ke negeri ini.
Maklumat Lanjut
7/02/2007
Melayu! Apa Baiknya? Untuk Saya dan Kita Semua
Dua laporan dalam dada akhbar hari ini sememangnya boleh dijadikan satu motivasi untuk orang Melayu.
Apa yang baik kita ambil sebagai amalan dan teladan dan yang jahat itu kita buatkan sebagai sempadan.
Apa yang kita mahu adalah hari ini lebih baik daripada semalam dan esok adalah lebih baik daripada hari ini. Matlamatnya paling penting adalah kebahagiaan dan kebaikan di dunia dan juga di akhirat nanti.
Dua laporan tersebut adalah :
a. Kajian: Kuasa membeli orang Melayu lebih tinggi
Oleh NOR AZAN FITRI Ekonomi - Utusan Malaysia 02.07.2007
KUALA LUMPUR 1 Julai – Orang Melayu hari ini memiliki kuasa membeli serta kemahuan yang tinggi berbanding masyarakat lain dan seterusnya menolak tanggapan sebelum ini yang menyatakan sebaliknya.
Menurut Pengarah Urusan Carat Media Services (M) Sdn. Bhd., Roy Tan berkata, penyataan adalah satu kaji selidik yang dijalankan oleh pihaknya untuk mengkaji hubungan sikap pengguna dengan produk keperluan harian serta reaksi terhadap media.
‘‘Kajian hubungan pengguna (CCS) merupakan satu kajian terperinci terhadap perhubungan di antara sikap mereka dengan sesuatu produk yang berada di pasaran, ia juga dapat memberi maklumat tentang apa yang diperlukan oleh mereka dalam kehidupan seharian mereka,’’ katanya.
Carat Media Services (M) Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pakar media pertama ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1991.
Kajian ini dijalankan ke atas sejumlah 10,000 panel pengguna yang tinggal di empat bandar di sekitar Semenanjung Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Kajian itu dijalankan sekitar bulan Februari hingga April tahun ini dan ia merupakan kajian yang terkini terhadap cara hidup masyarakat yang tinggal di bandar.
Menurut Tan, orang Melayu hari ini mempunyai kuasa membeli yang tinggi kerana beberapa faktor termasuk mereka memiliki jumlah ahli keluarga yang besar berbanding Cina dan India di negara ini.
‘‘Sebanyak 20 peratus daripada mereka mempunyai bilangan ahli keluarga melebihi lima orang berbanding hanya 11 peratus untuk Cina dan 10 peratus untuk India,’’katanya lagi.
Sehubungan itu, kata beliau, orang Melayu akan berbelanja lebih banyak untuk keperluan harian mereka berbanding Cina dan India kerana mereka memiliki jumlah ahli keluarga yang lebih kecil.
Selain itu, 45 peratus daripada orang Melayu pada hari ini merancang untuk mengamalkan pemakanan yang sihat kerana mereka juga mementingkan kualiti kehidupan yang lebih baik.
Faktor-faktor lain adalah orang Melayu semakin mengutamakan kehidupan yang lebih selesa berbanding dahulu.
Sebanyak 27 peratus daripada orang Melayu yang di temubual merancang membeli rumah kediaman baru untuk diduduki dalam tempoh 12 bulan akan datang dan 10 peratus daripada mereka merancang berbelanja lebih RM5,000 untuk mengubah suai kediaman mereka, kata Tan.
Beliau menambah, orang Melayu yang tinggal di bandar kini memiliki minat membaca yang tinggi berbanding Cina dan India.
Sebanyak 26 peratus daripada orang Melayu yang tinggal di bandar meminati bahan bacaan dalam talian berbanding hanya 18 peratus bagi Cina dan 11 peratus bagi India.
Selain itu, kata Tan, sejumlah 32 peratus daripada orang Melayu hari ini menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian dan jumlah itu adalah lebih besar berbanding 20 peratus untuk Cina dan 15 peratus untuk India.
Sebanyak 43 peratus orang Melayu yang tinggal di bandar menyatakan memiliki insurans kesihatan adalah satu kemestian dan sembilan peratus daripada mereka merancang membelinya dalam tempoh 12 bulan akan datang.
‘‘Jumlah itu hampir menyamai bilangan orang Cina yang berkongsi pendapat sama iaitu 47 peratus dan jumlah orang Melayu yang merancang untuk membeli insurans dalam tempoh terdekat ini adalah dua kali lebih tinggi berbanding orang Cina,’’ katanya.
b. Melayu pendeposit teramai SSP bernilai RM460,984,510
Oleh Adnan Mohamad - Utusan Malaysia 02.07.2007
KUALA TERENGGANU 1 Julai – Orang Melayu merupakan pendeposit yang paling ramai membeli Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) apabila ia mencatat pemilikan sebanyak 57.90 peratus dengan simpanan keseluruhan bernilai RM460,984,510.
Pendeposit kedua tertinggi ialah kaum Cina iaitu sebanyak 25.02 peratus dengan simpanan berjumlah RM274,297,930 diikuti kaum India 7.93 peratus (RM58,892,640) serta kaum-kaum lain sebanyak 8.15 peratus (RM50,479,610).
Timbalan Pengurus Besar III, Operasi Perbankan dan Pelaburan BSN, Hassan Mohamed berkata, pendeposit terbabit bukan sahaja terdiri daripada penjawat sektor awam dan swasta, suri rumah, pesara dan pelajar, malah kalangan warga asing yang mempunyai pasport Malaysia.
Beliau berkata, antara faktor peningkatan pendeposit Melayu ialah kesedaran mereka untuk menabung pada masa depan selain tertarik dengan pelbagai hadiah yang ditawarkan oleh BSN.
Ekoran sambutan menggalakkan sejak akhir-akhir ini, katanya, BSN telah menambah hadiah cabutan kepada 1,558 orang berbanding 1,536 orang sebulan bermula awal tahun ini.
Langkah itu jelas beliau, merupakan antara pendekatan yang diambil bagi menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli SSP.
“SSP tidak seperti produk simpanan lain yang mana setiap pendeposit berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah lumayan termasuk kereta mewah, motosikal, pakej pelancongan, peralatan kelengkapan rumah dan barangan elektronik.
“Bagi manfaat lain, pendeposit juga boleh mencagarkan SSP mereka untuk mendapatkan pinjaman sandaran SSP dengan kadar faedah terendah empat peratus dengan syarat mereka perlu mempunyai simpanan melebihi RM5,300 ke atas,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis cabutan SSP yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Toh Chin Yaw di Batu Buruk di sini petang semalam.
Mengulas rasa tidak puas hati berhubung cabutan SPP di kalangan sesetengah pendeposit, Hassan mengakui pihaknya menerima banyak aduan tetapi perkara itu dapat diatasi setelah pelanggan diperjelaskan secara terperinci prosedur cabutan sijil itu.
“Tujuan kami mengadakan cabutan SPP di setiap negeri adalah bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk menyaksikan sendiri pemilihan pemenang dilakukan secara telus di khalayak ramai.
“Malah semasa cabutan SSP dibuat, ia turut disaksikan oleh badan kerajaan yang berkecuali terdiri daripada pegawai Aktuari Negara, Perbendaharaan Negara dan Audit Negara,” jelasnya.
Kuala Terengganu merupakan lokasi keenam cabutan SSP dibuat selepas kali pertama ia dilakukan secara road show bermula Januari lalu di Negeri Sembilan diikuti Kedah, Pahang, Melaka dan Sarawak.
Cabutan SSP seterusnya dijadual dibuat di Johor pada Julai ini, diikuti Kuala Lumpur, Perak, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.
7/01/2007
Ketahui Maklumat Lengkap Jenis Dadah Yang Digunakan - "Jamal Abdillah kembali Ke Pengasih" ##update 02.07.07 - Pengakuan Jamal dibawah sekali##
Dadah Musuh No. 1 Negara. Apa Kata Presiden Pengasih Malaysia Link
Kenapa kita hendak menyiksa diri dengan menyalahgunakan dadah? Apa faedah atau kebaikan yang akan kita perolehi?
Ketahui lebih lanjut jenis dadah yang sering disalahgunakan dan jauhi diri kita, anak kita, keluarga kita, sahabat handai kita, masyarakat kita dan negara kita dari najis dadah. Kerana sekali tersasar adalah sukar dan payah untuk memulihkannnya. Untuk kembali ke pangkal jalan memerlukan terlampau banyak kekuatan dalaman daripada penagih itu sendiri serta sokongan berterusan daripada masyarakat dan ahli keluarga serta sahabat handai.
Sama-sama kita ingat mengingati antara satu sama lain. Negara kita memerlukan lapisan pelapis yang terbaik untuk masa hadapan demi kemajuan dan kemakmuran negara yang berterusan.
Bukannya "rangka manusia bergerak'' yang keluar masuk pusat pemulihan atau penjara sehingga semua tempat tersebut sentiasa penuh. Dan kerajaan pula terpaksa membelanjakan peruntukkan yang besar bagi membina penjara atau pusat pemulihan baru saban tahun.
Alangkah baiknya peruntukkan tersebut digunakan untuk pembangunan negara, untuk pendidikan, untuk kesihatan atau frasarana-frasarana yang lain.
Link di bawah adalah untuk pengetahuan kita bersama. Jangan disalah gunakan.
Rujukan asal Pengasih.net
'Jamal! Come Back To Pengasih' Link (Jamal Abdillah - penyanyi bersuara merdu)
Pengakuan Jamal - Link
Antara Penagih Siber, Penagih Rokok dan Penagih Dadah. Mana Satu Yang Bahaya?
Penagih Siber
Penagih Rokok
Nik Aziz pelik imam merokok - Utusan Malaysia 01.07.2007
KOTA BHARU 30 Jun – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa pemimpin masyarakat termasuk wakil rakyat dan imam di negeri ini meninggalkan tabiat merokok agar menjadi contoh kepada generasi muda.
Menurutnya, adalah janggal jika kalangan pemimpin sendiri terus merokok sedangkan terdapat kempen besar-besaran oleh kerajaan tentang bahaya amalan itu demi menggalakkan cara hidup sihat.
‘‘Apa yang paling pelik ialah imam yang merokok, lebih-lebih lagi sambil berjalan. Sama juga dengan wakil rakyat, saya sebut berkali-kali supaya tinggalkan tabiat yang bercanggah dengan moral itu.
‘‘Tetapi jika masih ada yang meneruskan, saya nak buat macam mana,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Negeri Kelantan di Balai Islam, Lundang di sini hari ini.
Dalam pada itu, Nik Aziz melahirkan harapan agar tanaman gantian tembakau yang sedang diusahakan agensi kerajaan dapat membuahkan hasil lebih cepat dari yang dijadualkan.
‘‘Kita tahu ia bukan mudah kerana tembakau mempunyai harga yang terjamin sebab ada syarikat antarabangsa yang membelinya tetapi apabila tanam jagung dan keledek tidak ada pula syarikat besar yang boleh buat macam itu.
‘‘Namun, usaha penanaman kenaf yang sedang diusahakan diharap dapat menjadi alternatif terbaik dan saya minta kerajaan menyokong usaha ini dengan membina kilang memprosesnya.
Pada majlis itu, Nik Aziz turut menyampaikan anugerah dengan Tokoh Belia Keusahawanan disandang oleh Mohd. Rosli Abdullah, 36; Mohd. Nazli Mohd. Ariffin, 37 (Tokoh Belia Kemasyarakatan); Burhanuddin Ahmad, 31,(Tokoh Belia Badan Bukan Kerajaan) dan Ahmad Fadli Shaari, 27, (Ulama Muda).
000000000000000000000000000000000000000000000000000
Penagihan Dadah
SUB BUDAYA PENAGIHAN - Kandungan asal dari Pengasih
Definasi Sub-Budaya
1. Sub-Budaya bermaksud kehidupan seorang penagihan dengan alam penagihan.
2. Budaya yang terkeluar dari norma-norma dalam rangkaian sosial sesebuah kumpulan masyarakat.
3. Budaya yang menyimpang dan melanggar tatasusila yang ditentukan dan tidak boleh diterima masyarakat.
4. Tingkahlaku yang devian apabila ia berkelakuan, atau melanggar sesuatu perkara yang berlainan atau menyimpang dari tatasusila yang sedia ada.
5. Sub-Budaya penagihan sebagai jaringan sosial yang melibatkan pemikiran perasaan dan tingkahlaku yang menyimpang yang terbentuk sewaktu dialam penagihan.
Apa Itu Pemecahan Sub-Budaya PenagihanPemecahan Sub-Budaya Penagihan bermaksud membentuk atau mengikis sikat dan tingkahlaku yang negatif yang terbentuk sewaktu dialam penagihan.
Sub-Budaya PenagihanContoh-contoh Sub-Budaya yang biasa diamalkan oleh penagih dadah:-
- Mencuri
- Menipu
- Anti Sosial
- Moral yang rendah
- Tidak boleh ditegur
- Tiada keyakinan diri
- Mudah tersinggung perasaan
- Suka menagguhkan perkara
- Tingkahlaku kompulsif
Adakah Anak Anda Terlibat Dengan Dadah - klik sini . Ketahui Lanjut.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.
Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...
-
Takziah Kepada Keluarga CM KUALA LUMPUR 2 Jun - Cucu perempuan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dirawat di Unit Rawata...
-
KAEDAH MELARUTKAN STOK A DAN B Pada masa kini, ramai masyarakat diluar mula mendapat kesedaran dan berminat bercucuk tanam ...
-
Puan Sri Laila Taib meninggal dunia - BH Online 29/04/2009 KUCHING: Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Tai...