7/02/2007

Melayu! Apa Baiknya? Untuk Saya dan Kita Semua

Dua laporan dalam dada akhbar hari ini sememangnya boleh dijadikan satu motivasi untuk orang Melayu. Apa yang baik kita ambil sebagai amalan dan teladan dan yang jahat itu kita buatkan sebagai sempadan. Apa yang kita mahu adalah hari ini lebih baik daripada semalam dan esok adalah lebih baik daripada hari ini. Matlamatnya paling penting adalah kebahagiaan dan kebaikan di dunia dan juga di akhirat nanti. Dua laporan tersebut adalah : a. Kajian: Kuasa membeli orang Melayu lebih tinggi Oleh NOR AZAN FITRI Ekonomi - Utusan Malaysia 02.07.2007 KUALA LUMPUR 1 Julai – Orang Melayu hari ini memiliki kuasa membeli serta kemahuan yang tinggi berbanding masyarakat lain dan seterusnya menolak tanggapan sebelum ini yang menyatakan sebaliknya. Menurut Pengarah Urusan Carat Media Services (M) Sdn. Bhd., Roy Tan berkata, penyataan adalah satu kaji selidik yang dijalankan oleh pihaknya untuk mengkaji hubungan sikap pengguna dengan produk keperluan harian serta reaksi terhadap media. ‘‘Kajian hubungan pengguna (CCS) merupakan satu kajian terperinci terhadap perhubungan di antara sikap mereka dengan sesuatu produk yang berada di pasaran, ia juga dapat memberi maklumat tentang apa yang diperlukan oleh mereka dalam kehidupan seharian mereka,’’ katanya. Carat Media Services (M) Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pakar media pertama ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1991. Kajian ini dijalankan ke atas sejumlah 10,000 panel pengguna yang tinggal di empat bandar di sekitar Semenanjung Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Kajian itu dijalankan sekitar bulan Februari hingga April tahun ini dan ia merupakan kajian yang terkini terhadap cara hidup masyarakat yang tinggal di bandar. Menurut Tan, orang Melayu hari ini mempunyai kuasa membeli yang tinggi kerana beberapa faktor termasuk mereka memiliki jumlah ahli keluarga yang besar berbanding Cina dan India di negara ini. ‘‘Sebanyak 20 peratus daripada mereka mempunyai bilangan ahli keluarga melebihi lima orang berbanding hanya 11 peratus untuk Cina dan 10 peratus untuk India,’’katanya lagi. Sehubungan itu, kata beliau, orang Melayu akan berbelanja lebih banyak untuk keperluan harian mereka berbanding Cina dan India kerana mereka memiliki jumlah ahli keluarga yang lebih kecil. Selain itu, 45 peratus daripada orang Melayu pada hari ini merancang untuk mengamalkan pemakanan yang sihat kerana mereka juga mementingkan kualiti kehidupan yang lebih baik. Faktor-faktor lain adalah orang Melayu semakin mengutamakan kehidupan yang lebih selesa berbanding dahulu. Sebanyak 27 peratus daripada orang Melayu yang di temubual merancang membeli rumah kediaman baru untuk diduduki dalam tempoh 12 bulan akan datang dan 10 peratus daripada mereka merancang berbelanja lebih RM5,000 untuk mengubah suai kediaman mereka, kata Tan. Beliau menambah, orang Melayu yang tinggal di bandar kini memiliki minat membaca yang tinggi berbanding Cina dan India. Sebanyak 26 peratus daripada orang Melayu yang tinggal di bandar meminati bahan bacaan dalam talian berbanding hanya 18 peratus bagi Cina dan 11 peratus bagi India. Selain itu, kata Tan, sejumlah 32 peratus daripada orang Melayu hari ini menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian dan jumlah itu adalah lebih besar berbanding 20 peratus untuk Cina dan 15 peratus untuk India. Sebanyak 43 peratus orang Melayu yang tinggal di bandar menyatakan memiliki insurans kesihatan adalah satu kemestian dan sembilan peratus daripada mereka merancang membelinya dalam tempoh 12 bulan akan datang. ‘‘Jumlah itu hampir menyamai bilangan orang Cina yang berkongsi pendapat sama iaitu 47 peratus dan jumlah orang Melayu yang merancang untuk membeli insurans dalam tempoh terdekat ini adalah dua kali lebih tinggi berbanding orang Cina,’’ katanya. b. Melayu pendeposit teramai SSP bernilai RM460,984,510 Oleh Adnan Mohamad - Utusan Malaysia 02.07.2007 KUALA TERENGGANU 1 Julai – Orang Melayu merupakan pendeposit yang paling ramai membeli Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) apabila ia mencatat pemilikan sebanyak 57.90 peratus dengan simpanan keseluruhan bernilai RM460,984,510. Pendeposit kedua tertinggi ialah kaum Cina iaitu sebanyak 25.02 peratus dengan simpanan berjumlah RM274,297,930 diikuti kaum India 7.93 peratus (RM58,892,640) serta kaum-kaum lain sebanyak 8.15 peratus (RM50,479,610). Timbalan Pengurus Besar III, Operasi Perbankan dan Pelaburan BSN, Hassan Mohamed berkata, pendeposit terbabit bukan sahaja terdiri daripada penjawat sektor awam dan swasta, suri rumah, pesara dan pelajar, malah kalangan warga asing yang mempunyai pasport Malaysia. Beliau berkata, antara faktor peningkatan pendeposit Melayu ialah kesedaran mereka untuk menabung pada masa depan selain tertarik dengan pelbagai hadiah yang ditawarkan oleh BSN. Ekoran sambutan menggalakkan sejak akhir-akhir ini, katanya, BSN telah menambah hadiah cabutan kepada 1,558 orang berbanding 1,536 orang sebulan bermula awal tahun ini. Langkah itu jelas beliau, merupakan antara pendekatan yang diambil bagi menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli SSP. “SSP tidak seperti produk simpanan lain yang mana setiap pendeposit berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah lumayan termasuk kereta mewah, motosikal, pakej pelancongan, peralatan kelengkapan rumah dan barangan elektronik. “Bagi manfaat lain, pendeposit juga boleh mencagarkan SSP mereka untuk mendapatkan pinjaman sandaran SSP dengan kadar faedah terendah empat peratus dengan syarat mereka perlu mempunyai simpanan melebihi RM5,300 ke atas,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis cabutan SSP yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Toh Chin Yaw di Batu Buruk di sini petang semalam. Mengulas rasa tidak puas hati berhubung cabutan SPP di kalangan sesetengah pendeposit, Hassan mengakui pihaknya menerima banyak aduan tetapi perkara itu dapat diatasi setelah pelanggan diperjelaskan secara terperinci prosedur cabutan sijil itu. “Tujuan kami mengadakan cabutan SPP di setiap negeri adalah bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk menyaksikan sendiri pemilihan pemenang dilakukan secara telus di khalayak ramai. “Malah semasa cabutan SSP dibuat, ia turut disaksikan oleh badan kerajaan yang berkecuali terdiri daripada pegawai Aktuari Negara, Perbendaharaan Negara dan Audit Negara,” jelasnya. Kuala Terengganu merupakan lokasi keenam cabutan SSP dibuat selepas kali pertama ia dilakukan secara road show bermula Januari lalu di Negeri Sembilan diikuti Kedah, Pahang, Melaka dan Sarawak. Cabutan SSP seterusnya dijadual dibuat di Johor pada Julai ini, diikuti Kuala Lumpur, Perak, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...