12/11/2007

Hindraf: Ramai lagi akan diberkas

11.12.2007 - utusan malaysia JOHOR BAHRU 10 Dis. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan, polis tidak akan berlembut sebaliknya akan menangkap secepat mungkin lebih ramai pemimpin dan pengikut Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang mengadakan perhimpunan haram di ibu negara 25 November lalu. Beliau berkata, penahanan mereka dibuat kerana polis sudah pun melengkapkan siasatan berhubung kes mereka menganjurkan dan menyertai perhimpunan haram tersebut. “Siasatan (berhubung perhimpunan Hindraf) sudah selesai, kita akan tangkap mereka secepat mungkin dan kemudian terus hadapkan mereka ke mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan banjir di Johor di sini hari ini. Musa menambah, pada masa ini polis masih menggunakan pendekatan mendakwa di mahkamah mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram. Bagaimanapun, katanya, polis tidak teragak-agak menahan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika mereka menjadi ancaman kepada keselamatan negara. “Kita tak mahu ia tercetus (ancaman keselamatan negara) tetapi kalau berlaku, pilihan kita adalah menggunakan ISA. “Daripada tiga perhimpunan haram yang diadakan, perhimpunan Hindraf (25 November lalu) adalah yang paling buruk. Sudah semestinya kita tidak mahu berlaku satu lagi titik hitam dalam sejarah negara kita,” tegasnya. Musa memberi amaran kepada kumpulan yang gemar menganjurkan perhimpunan haram supaya tidak mencabar kuasa polis kerana tindakan itu sebenarnya bermaksud mencabar peraturan dan undang-undang negara. “Kita ikut peraturan dan undang-undang. Jika ada kumpulan cabar kuasa polis, mereka sebenarnya bukan cabar kita tetapi turut membelakangkan Perlembagaan dan undang-undang,” katanya. Jelas beliau, dalam menangani situasi yang tercetus ekoran perhimpunan haram di ibu negara baru-baru ini, polis telah bertindak mengikut undang-undang termasuk memastikannya tidak menular ke negeri-negeri lain. Katanya, polis tidak akan membenarkan trend atau budaya menjadikan perhimpunan atau perarakan haram untuk meluahkan rasa tidak puas hati menjadi kebiasaan di negara ini semata-mata kerana mahu meniru apa yang berlaku di luar negara. “Jangan tiru budaya orang lain, kita ada cara lain dan saluran yang betul untuk menyuarakan pendapat,” katanya. Musa berkata, jika perlu pihaknya akan menasihatkan Majlis Peguam supaya menarik balik lesen peguam-peguam yang terlibat dengan perhimpunan haram di ibu negara sejak akhir-akhir ini. “Kalau peguam sendiri tak patuh undang-undang negara, sudah pasti perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu saja,” ujarnya. Menjawab soalan lain, Musa berkata, beliau tidak mengetahui apa punca sebenar perhimpunan haram dianjurkan kebelakangan ini. “Saya tak boleh jangka mengapa... anda pun tahu dah nak pilihan raya, jadi mungkin itulah sebabnya,” kata Musa.

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...