8/29/2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2011


Semoga ibadah puasa yang kita lakukan sepanjang 29 hari dibulan Ramdhan yang berakhir hari ini diterima oleh Allah swt.  Semoga lain-lain amalan kita diterima oleh-Nya...

Terasa segar badan setelah 29 hari di 'servis'. Alhamdulillah. semoga 11 bulan yang mendatang badan kita akan kekal segar seperti 29 hari dibulan ramadhan ini.

Maaf zahir dan batin.

8/06/2011

Islam di Malaysia : Islam di Luar Negara

Rancakkan dialog antara agama

oleh MASHITAH IBRAHIM



8/5/2011 8:09:02 AM

Benarkah Islam menjadi ancaman besar sehingga ada usaha besar-besaran di Barat untuk menghapuskannya? Di Amerika Syarikat, ada ahli politik yang mencadangkan pembinaan masjid diharamkan. Ada paderi membakar Quran. Presiden George W Bush pernah menggunakan istilah ‘perang salib’ semasa melancarkan perang terhadap keganasan sejagat, kemudian menghantar bala tentera ke Iraq, Pakistan dan Afghanistan.

Awas Dakyah Kristian

Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus. Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan.

Kedai roti, kek guna DNA babi berleluasa di Sarawak

Semoga usaha berterusan MIS berjaya meyedarkan pengusaha kedai roti, pengeluar makanan di seluruh Sarawak amnya dan seluruh Malaysia khas tentang betapa pentingnya status halal dalam makanan bagi umat Islam. Bagi pengusaha kek lapis, sesungguhnya apa yang berlaku itu ada hikmahnya.  Sebagai pembeli dan pengguna Islam, sewajarnya kita berhati-hati dalam menentukan apa yang kita, anak-anak, isteri, suami dan keluarga kita makan, pastinya sebenar-benarnya halal. Halal bukan sahaja punca makanan tersebut dari babi atau arak, tapi halal juga kita kena lihat dari sudut mana kita perolehi punca rezeki kita. Bersamalah kita berusaha bagi memastikan setiap apa yang menjadi darah daging dan keperluan hidup kita sebagai penganut Islam itu puncanya adalah HALAL. 100% Halal. Biarlah keberkatan ALLAH melimpahi kehidupan kita. Semoga juga ALLAH melindungi kita semua dari segala bencana dan malapetaka. Amin.

Cerita asal -    2011/08/06 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kedairoti_kekgunaDNAbabiberleluasa/Article/print_html KUCHING: Masyarakat Islam sekali lagi dikejutkan apabila ratusan kedai roti dan kek di seluruh Sarawak disyaki turut menggunakan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter yang telah disahkan mengandungi DNA babi oleh Majlis Islam Sarawak (MIS).

Sogok wang gadai akidah & Kemiskinan Membawa Kekufuran. Tahniah JAIS


Dalam perkara ini kita nak salahkan siapa?

Islam menegaskan bahawa 'nakba' kemiskinan itu boleh membawa kekufuran.  Mana perginya mereka-mereka yang melaungkan bahawa mereka adalah pembela Islam, mereka lebih Islam dari orang Islam lain. Sewajarnya mereka melihat permasalahan ini dengan lebih mendalam dan menyelamatkan umat islam supaya tidak lari dari landasan sebenarnya agama Islam, agama yang sebenar-benarnya yang diakui oleh ALLAH swt.

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...