4/30/2007

Selamat Hari Pekerja 2007

Semoga sambutan hari pekerja tahun ini lebih bermakna kepada semua pekerja di Malaysia. Sama-sama berkerja dengan ikhlas dan tekun. 10 % - 40 % kenaikan gaji yang dicadangkan adalah amat ditunggu-tunggu oleh hampir satu juta kakitangan awam. Semoga juga harga barang-barang dan keperluan kita tidak naik mencanak...yang kasihannya sekiranya berlaku kenaikan harga barang-barang dan keperluan tersebut adalah dari kalangan yang tidak berpendapatan tetap dan kurang berkemampuan. Yang penting adalah kita mengatur strategi kewangan kita sendiri, biarlah berbelanja di dalam lingkungan pendapatan yang ada, jangan membazir, berusahalah untuk mencari rezki yang halal dan berkat serta jangan 'menceburi' aktiviti yang kurang sihat. Dalam pada itu juga berusahalah untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kita. Anggaplah pelanggan yang datang itu bapa kita, ibu kita, sanak saudara kita serta kenalan baik kita. Layanilah mereka dengan baik dan sempurna serta sewajarnya.

4/28/2007

SAYA INGIN TAHU

HUKUM GAJI PENJAWAT AWAM

HUKUM KERJA PEGUAM, SAKSI DAN PENJAMIN PINJAMAN BANK

SOAL JAWAB : TAK PUAS HATI ISU ASB

NAK TAHU YANG LAIN LAGI

PENGUNDI PALING MUDA & SEMAK STATUS ANDA

NAK TAU SIAPA PENGUNDI PALING MUDA DI MALAYSIA? SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH? SEMAK KAT SINI NAK TAU KOD NEGERI KELAHIRAN ANDA? SEMAK KAT SINI UNDI ANDA AMAT BERHARGA.

SIAPA AHMAD SYUKRI GHAZALI?

KLIK KAT SINI UNTUK MELIHAT WAJAHNYA.

ANTARA LINK BERKENAAN UST. AHMAD SYUKRI vs UST. ZAHARUDDIN

LINK INI JARANG DILAYARI : LTH / PELABURAN TH / BIMB /

::PERBEZAAN PERNIAGAAN INTERNET dan PELABURAN INTERNET:: DR IRFAN KHAIRI

SALAM SEJAHTERA : DISINI SAYA INGIN KONGSIKAN BERSAMA MAKLUMAT YANG SAYA PEROLEHI - EMEL INI DIHANTAR OLEH KREW RAHSIA INTERNET

////Salam sejahtera Saudara, Sejak kebelakangan ini, isu pelaburan Internet telah menjadi perbualan hangat sehingga mendapat tumpuan kerajaan. Untuk pengetahuan anda, terdapat perbezaan antara PELABURANInternet dan PERNIAGAAN Internet. Pelaburan Internet mendapat bantahan dari ramai pihak oleh kerana terdapat unsur-unsur skim cepat kaya yang boleh menganiaya pihak yang terbabit. Pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan hebat dalam jangka masa yang pendek telah banyak merugikan pihak-pihak tertentu. Nasihat kami adalah untuk anda bijak dalam melaburkan wang anda. Sebaiknya, sekiranya anda ingin melaburkan wang anda, terdapat berbagai kaedah yang lebih selamat dan terjamin seperti IslamicFunds, Takaful, ASB dan banyak lagi. Hubungi institusi kewangan anda untuk maklumat yang mendalam mengenai perkhidmatan pelaburan yang disediakan. Perlu diingat, sekiranya anda tertipu dengan skim-skim pelaburan yang menyeleweng di Internet, bukan sekadar wang anda sahaja yang akan hilang, malah, segala usaha dan masa anda untuk memperolehi wang tersebut juga akan turut terbazir. Pihak RahsiaInternet.com sering menerima aduan daripada mereka yang teraniaya oleh kerana skim-skim tersebut dan menjadi tanggungjawab kami untuk berkongsi dengan anda. Berikut adalah keratan dari Utusan Malaysia mengenai pelaburanInternet: http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Saudara, perniagaan Internet pula adalah di mana terdapat jual-beli produk atau perkhidmatan di Internet. Sebagai contoh, menjual kain batik ke pasaran global menggunakan Internet, menjualbuku melalui Internet, memberi perkhidmatan mengalih bahasa melalui Internet, memberi perkhidmatan dan sebagainya. Kejayaan Dr Irfan Khairi memperolehi pendapatan melebihi RM1,000,000 adalah melalui PERNIAGAAN INTERNET dan BUKAN pelaburan Internet. Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat beberapa pihak yangmenyalahgunakan nama Dr Irfan Khairi dan mengaitkan kejayaannya dalam industri Internet adalah melalui pelaburan Internet. Ini adalah tidak benar oleh kerana Irfan Khairi tidak pernah melaburkan wangnya di pelaburan-pelaburan Internet tersebut. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai PERNIAGAAN INTERNET, berikut adalah beberapa keratan majalah & akhbar Dr Irfan Khairi mengenai perniagaan Internet: Utusan Malaysia - http://www.rahsiainternet.com/media/mingguan.htm Berita Harian - http://www.rahsiainternet.com/media/bharian.htm KOSMO!- http://www.rahsiainternet.com/media/kosmo.htm Majalah Maskulin- http://www.rahsiainternet.com/media/maskulin.htm Majalah NUR - http://www.rahsiainternet.com/media/nur.htm Dewan Ekonomi - http://www.rahsiainternet.com/media/dewan-ekonomi.htm Semoga pesanan ini dapat menambahkan pengetahuan anda mengenai perbezaan pelaburan Internet dan perniagaan Internet. Melabur dengan bijak. Pelaburan yang terbaik adalah melabur pada ilmu! Salam hormat, Krew Rahsia Internet ================================== TIP PILIHAN Dr. Irfan Khairi - Otak Yang Lesu ================================== Saudara. Apa akan jadi sekiranya enjin kereta kita dibiarkan dengan lama tanpa dimulakan? Ia akan semput, susah nak start dan adakalanya rosak. Begitu juga dengan otak kita. Mungkin ramai yang menyangka, otak kita kalau selalu digunakan, kalau selalu berfikir, ia akan rosak atau menjadi lesu kerana terlalu banyak berfikir. Sebenarnya, selalunya otak kita akan menjadi lebih efisyen dan lebih sihat apabila lebih banyak kita berfikir. Di sini juga sebahagian daripada cara menggerakkan momentum untuk terus berjaya. Berbanyak-banyak berfikir mengenai idea baru, cara menjadi lebih kreatif dalam perniagaan, cara bersaing, strategy perniagaan baru, cara mendapat pelanggan, cara memulangkan pelanggan yang hilang dan sebagainya. Apa yang saya selalu lakukan adalah, bawa buku nota kecil (yangmacam buku kutip hutang 555 tu :) , dan pen ke mana sahaja. Dapat sahaja idea, cepat-cepat saya tulis. Kadang-kadang, sehari, berpuluh-puluh idea yang kita dapat! Lebih banyak anda berfikir, lebih efisyen otak anda. Dan otak yang efisyen akan memberi idea-idea yang lebih bernas yang tidak pernah anda fikirkan! Suite #322, No. 30 Ground Floor, Jalan 25/70A , Desa Sri Hartamas, 50480 KL\\\\\\\

::PELABURAN HARTANAH LEBIH MENGUNTUNGKAN::

JANGAN MEMIKIRKANNYA TERLALU LAMA!

HARGA RUMAH SEMAKIN HARI SEMAKIN MENINGKAT!

USIA KITA JUGA SEMAKIN MENINGKAT!

hubungi saya di sini @

LAYARI ATAU HUBUNGI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

4/24/2007

ARTIS PALING LARIS DAN HEBAT DI MALAYSIA.

CARA MUDAH UNTUK MELEGAKAN KERUNSINGAN ANDA. JOM GELEK BERSAMA SAYA...... KLIK DEKAT GAMBAR UNTUK MAKLUMAT LANJUT. SETIAP YANG BERLAKU ITU PASTI ADA HIKMAHNYA. BERKONGSI MAKLUMAT YANG ADA.

JAWAPAN UST. ZAHARUDDIN KEPADA UST. AHMAD SUKRI GHAZALI:: MESTI BACA

MESTI BACA BERKALI-KALI JAWAPAN UST. ZAHARUDDIN :==:

MESTI TONTON, JAI NETWORK & UPTREND :==:

DOSA RIBA > NASIHAT BERGUNA UST. ZAHARUDDIN :==:

PELABURAN INTERNET > MALAYSIA TOP 1 :==:

PELABURAN INTERNET DARI SUDUT KACA MATA PAKAR PELABURAN & EKONOMI :==:

SIAPA UST ZAHARUDDIN :==: dan SIAPA UST AHMAD SUKRI GHAZALI :==:

APA YANG SAYA PAPARKAN ADALAH MAKLUMAT YANG SAYA FIKIRKAN AMAT BERGUNA UNTUK KITA SEMUA.

BERKONGSI MAKLUMAT YANG BAIK DAN BERGUNA....

4/18/2007

BERSAMA MENCARI KEREDHAAN ILAHI.

MENCARI YANG BENAR ITU ADALAH KEWAJIPAN KITA BERSAMA. BANTU MEMBANTU DALAM KEBENARAN DAN MENCARI KEREDHAAN ILAHI. SEMOGA KITA DAPAT SAMA-SAMA BERADA DI JALAN YANG LURUS.

KLIK KAT SINI UNTUK KE LAMAN WEB E-FATWA

KLIK KAT SINI UNTUK KE LAMAN WEB USTAZ ZAHARUDDIN

KLIK KAT SINI UNTUK SOAL JAWAB PELABURAN INTERNET YANG LAIN A

SILA BERIKAN MAKLUMAT ATAU LINK BERGUNA UNTUK RUJUKAN SEMUA.

Pelaburan Jangka Masa Panjang Bermula Di Sini

  • Link Berguna Anda #1
  • Link Berguna Anda #2
  • Link Berguna Anda #3
  • Link Berguna Anda #4

dan banyak lagi peluang yang ada. Rajin-rajinlah cari.

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...