4/28/2007

::PERBEZAAN PERNIAGAAN INTERNET dan PELABURAN INTERNET:: DR IRFAN KHAIRI

SALAM SEJAHTERA : DISINI SAYA INGIN KONGSIKAN BERSAMA MAKLUMAT YANG SAYA PEROLEHI - EMEL INI DIHANTAR OLEH KREW RAHSIA INTERNET

////Salam sejahtera Saudara, Sejak kebelakangan ini, isu pelaburan Internet telah menjadi perbualan hangat sehingga mendapat tumpuan kerajaan. Untuk pengetahuan anda, terdapat perbezaan antara PELABURANInternet dan PERNIAGAAN Internet. Pelaburan Internet mendapat bantahan dari ramai pihak oleh kerana terdapat unsur-unsur skim cepat kaya yang boleh menganiaya pihak yang terbabit. Pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan hebat dalam jangka masa yang pendek telah banyak merugikan pihak-pihak tertentu. Nasihat kami adalah untuk anda bijak dalam melaburkan wang anda. Sebaiknya, sekiranya anda ingin melaburkan wang anda, terdapat berbagai kaedah yang lebih selamat dan terjamin seperti IslamicFunds, Takaful, ASB dan banyak lagi. Hubungi institusi kewangan anda untuk maklumat yang mendalam mengenai perkhidmatan pelaburan yang disediakan. Perlu diingat, sekiranya anda tertipu dengan skim-skim pelaburan yang menyeleweng di Internet, bukan sekadar wang anda sahaja yang akan hilang, malah, segala usaha dan masa anda untuk memperolehi wang tersebut juga akan turut terbazir. Pihak RahsiaInternet.com sering menerima aduan daripada mereka yang teraniaya oleh kerana skim-skim tersebut dan menjadi tanggungjawab kami untuk berkongsi dengan anda. Berikut adalah keratan dari Utusan Malaysia mengenai pelaburanInternet: http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Saudara, perniagaan Internet pula adalah di mana terdapat jual-beli produk atau perkhidmatan di Internet. Sebagai contoh, menjual kain batik ke pasaran global menggunakan Internet, menjualbuku melalui Internet, memberi perkhidmatan mengalih bahasa melalui Internet, memberi perkhidmatan dan sebagainya. Kejayaan Dr Irfan Khairi memperolehi pendapatan melebihi RM1,000,000 adalah melalui PERNIAGAAN INTERNET dan BUKAN pelaburan Internet. Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat beberapa pihak yangmenyalahgunakan nama Dr Irfan Khairi dan mengaitkan kejayaannya dalam industri Internet adalah melalui pelaburan Internet. Ini adalah tidak benar oleh kerana Irfan Khairi tidak pernah melaburkan wangnya di pelaburan-pelaburan Internet tersebut. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai PERNIAGAAN INTERNET, berikut adalah beberapa keratan majalah & akhbar Dr Irfan Khairi mengenai perniagaan Internet: Utusan Malaysia - http://www.rahsiainternet.com/media/mingguan.htm Berita Harian - http://www.rahsiainternet.com/media/bharian.htm KOSMO!- http://www.rahsiainternet.com/media/kosmo.htm Majalah Maskulin- http://www.rahsiainternet.com/media/maskulin.htm Majalah NUR - http://www.rahsiainternet.com/media/nur.htm Dewan Ekonomi - http://www.rahsiainternet.com/media/dewan-ekonomi.htm Semoga pesanan ini dapat menambahkan pengetahuan anda mengenai perbezaan pelaburan Internet dan perniagaan Internet. Melabur dengan bijak. Pelaburan yang terbaik adalah melabur pada ilmu! Salam hormat, Krew Rahsia Internet ================================== TIP PILIHAN Dr. Irfan Khairi - Otak Yang Lesu ================================== Saudara. Apa akan jadi sekiranya enjin kereta kita dibiarkan dengan lama tanpa dimulakan? Ia akan semput, susah nak start dan adakalanya rosak. Begitu juga dengan otak kita. Mungkin ramai yang menyangka, otak kita kalau selalu digunakan, kalau selalu berfikir, ia akan rosak atau menjadi lesu kerana terlalu banyak berfikir. Sebenarnya, selalunya otak kita akan menjadi lebih efisyen dan lebih sihat apabila lebih banyak kita berfikir. Di sini juga sebahagian daripada cara menggerakkan momentum untuk terus berjaya. Berbanyak-banyak berfikir mengenai idea baru, cara menjadi lebih kreatif dalam perniagaan, cara bersaing, strategy perniagaan baru, cara mendapat pelanggan, cara memulangkan pelanggan yang hilang dan sebagainya. Apa yang saya selalu lakukan adalah, bawa buku nota kecil (yangmacam buku kutip hutang 555 tu :) , dan pen ke mana sahaja. Dapat sahaja idea, cepat-cepat saya tulis. Kadang-kadang, sehari, berpuluh-puluh idea yang kita dapat! Lebih banyak anda berfikir, lebih efisyen otak anda. Dan otak yang efisyen akan memberi idea-idea yang lebih bernas yang tidak pernah anda fikirkan! Suite #322, No. 30 Ground Floor, Jalan 25/70A , Desa Sri Hartamas, 50480 KL\\\\\\\

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...