4/30/2007

Selamat Hari Pekerja 2007

Semoga sambutan hari pekerja tahun ini lebih bermakna kepada semua pekerja di Malaysia. Sama-sama berkerja dengan ikhlas dan tekun. 10 % - 40 % kenaikan gaji yang dicadangkan adalah amat ditunggu-tunggu oleh hampir satu juta kakitangan awam. Semoga juga harga barang-barang dan keperluan kita tidak naik mencanak...yang kasihannya sekiranya berlaku kenaikan harga barang-barang dan keperluan tersebut adalah dari kalangan yang tidak berpendapatan tetap dan kurang berkemampuan. Yang penting adalah kita mengatur strategi kewangan kita sendiri, biarlah berbelanja di dalam lingkungan pendapatan yang ada, jangan membazir, berusahalah untuk mencari rezki yang halal dan berkat serta jangan 'menceburi' aktiviti yang kurang sihat. Dalam pada itu juga berusahalah untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kita. Anggaplah pelanggan yang datang itu bapa kita, ibu kita, sanak saudara kita serta kenalan baik kita. Layanilah mereka dengan baik dan sempurna serta sewajarnya.

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...