2/25/2008

Layak Kah Saya Mengundi? (Pengundi Hidup atau Mati)

Untuk semakan maklumat tempat mengundi anda sila klik kat sini. Undi anda amatlah berharga. Terima Kasih Kerana Membuat Semakan.

PILIHANRAYA : SPR MALAYSIA, BERTANGGUNGJAWAB DI DUNIA & AKHIRAT

Oleh Zaharuddin Abd Rahman Semua kita perlu beringat-ingat selalu, sebarang kemenangan pilihanraya menggunakan penipuan, rasuah dan penyelewengan adalah haram serta dilaknat oleh Allah swt dan RasulNya, tiada keberkatan dalam pemerintahan dan rakyat serta negara, kemenangan sebegitu hanya akan memudahkan sesebuah masyarakat dan negara dipandu ke Neraka sebagaimana huraian ‘hilang keberkatan' yang disebut oleh Imam Ibn Hajar Al-Haithami dalam kitabnya Az-Zawajir An Iqtiraf Al-Kabair. Justeru amat perlu dijaga unsur keberkatan dalam pilihanraya, pembelajaran, pekerjaan, pendapatan, perbelanjaan dan kehidupan seluruhnya. Jangan kerana inginkan kuasa dan kerusi DUN dan Parlimen yang bersifat sementara manfaatnya iaitu sekitar beberapa puluh tahun di dunia, hingga sanggup menggadaikan masa depan di dalam kubur yang sempit itu dan di padang mahsyar yang berkumpulnya trillion trillion manusia dan disemak satu persatu perbuatannya. Sila klik kat sini untuk maklumat lanjut

Jangan berpecah kerana calon

Abdullah minta penyokong, bekas calon fahami bahawa perkara yang sama berlaku ketika mereka dipilih untuk bertanding suatu ketika dahulu PULAU PINANG: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan anggota Barisan Nasional (BN) supaya tidak berpecah-belah hanya kera na tidak berpuas hati dengan calon-calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum kali ini. Perdana Menteri berkata, semua anggota parti harus faham bahawa akan tiba masanya perubahan perlu dilakukan dan berharap isu pemilihan calon tidak akan menjejas persiapan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya itu. “Sudah tentu kita tidak mahu melihat perpecahan berlaku di dalam parti,” katanya pada persidangan akhbar selepas melancarkan Karnival Rukun Negara di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), di sini semalam. Beliau turut meminta penyokong dan bekas calon supaya memahami bahawa perkara yang sama berlaku ketika mereka dipilih untuk bertanding suatu ketika dahulu dan harus memberi laluan apabila calon baru pula dipilih menggantikan mereka. “Mereka juga mestilah faham, dulu bila kita dipilih ada juga orang yang menangis dan hari ini bila tiba masanya kena berundur, pasti ada kawan-kawan yang kata jangan, ada kekuatan lagi, ada sokongan lagi. “Tapi sudah tiba masanya calon baru dipilih pula dan saya harap mereka dapat menerima keputusan ini. saya harap semuanya akan berada dalam keadaan baik dan selepas semuanya selesai, anggota parti akan menyokong. “Saya harap mereka hentikan kegiatan membantah apa yang telah menjadi keputusan bersama antara pemimpin mereka,” katanya. Abdullah berharap semua anggota parti akan mengunakan masa 13 hari untuk berkempen dengan sebaiknya selepas proses penamaan calon esok selesai. Beliau ditanya mengenai tindakan penyokong sesetengah calon yang digugurkan bertindak memprotes keputusan pucuk pimpinan parti mengenai calon baru pada kali ini. Di Pulau Pinang, sekumpulan kira-kira 50 penyokong bekas anggota Dewan Undangan Negeri Batu Maung dan anggota Parlimen Bayan Baru menyatakan hasrat menemui Perdana Menteri semasa tiba di PISA untuk membincangkan permintaan supaya pemimpin mereka di dua kawasan itu dikekalkan untuk bertanding. Abdullah berkata, adalah menjadi perkara biasa untuk penyokong datang berjumpanya apabila seseorang bekas wakil rakyat mereka tidak dipilih lagi dan kadang kala ada yang bertindak lebih daripada itu. “Penyokong-penyokong tentulah akan menyuarakan bahawa mereka masih suka pada wakil rakyat mereka. Di mana-mana pun begitu juga. Kadang-kadang lebih sikit reaksi mereka, ada diam-diam datang jumpa saya. Macam-macam berlaku. Pada tahun ini tidak terkecuali, masih ada situasi seperti ini. Tidak satu yang terkecuali,” katanya. Abdullah turut menasihati calon-calon baru supaya berbaik-baik dan menghormati bekas wakil rakyat di kawasan yang mereka tandingi bagi mendapatkan kerjasama ikhlas semua pihak. Katanya, calon-calon baru juga tidak harus sombong ketika menjalankan tugas dan tanggungjawab sekiranya mereka dipilih menjadi wakil rakyat kelak. “Itulah nasihat saya kepada mereka. Dengan itu bekerjalah bersungguh-sungguh kerana pilihan raya amat penting bagi kita. Kita perlu menunjukkan sikap yang serius apabila menghadapi pilihan raya. “Kalau kita sudah dilantik jangan sombong, fahami tugas dan tanggungjawab yang akan dilaksanakan nanti,” katanya. Mengenai strategi pakatan pembangkang meletakkan seorang calon sahaja untuk menentang calon BN di setiap kawasan bagi memberikan saingan yang sengit, Abdullah yakin perkara itu tidak mendatangkan masalah kepada BN. Beliau yakin calon BN akan menang jika pengundi terus memberikan sokongan padu mereka. “Kita masih boleh menang. Jika pengundi sukakan kita, mereka akan terus undi kita,” katanya. –Bernama

PKR hanya ‘kacau daun’

Oleh Lucia John The Borneo Post Online Tidak menghadiri proses penamaan calon bukti mereka tidak serius berjuang, kata Abang Johari KUCHING: Kegagalan menghadiri proses penamaan calon di Petra Jaya semalam, nyata menggambarkan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak serius untuk berjuang sebaliknya sengaja ‘kacau daun’, kata Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Abang Johari Tun Abang Openg. “PKR sengaja mengacau daun Barisan Nasional (BN) sedangkan mereka tahu PKR tidak mendapat kejayaan di sini (Petra Jaya),” ujarnya sejurus tamat penamaan calon di sini semalam. Beliau yang tiba bersama pasukan penyokong kira-kira 3,000 orang turut ditemani oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman bagi memberi sokongan kepada penyandang Fadillah Yusof. Parlimen Petra Jaya pada pilihan raya kali ini bakal menyaksikan Ketua Pemuda PBB, Fadillah Yusof 46, berhadapan dengan calon PKR Mohamad Jolhi, 49. Fadillah merupakan penyandang kerusi berkenaan selepas menewaskan calon PKR Wan Zainal Abidin Wan Senusi pada 2004. Mohamad (PKR), yang diwakili oleh Ramlee Mahtar menyerahkan borang penamaan calon kepada Pegawai Pengurus Onn Abdullah pada jam 9.01 pagi dan disusuli Fadillah pada jam 9.19 pagi. Pencadang calon BN ialah Abang Khalid Abang Marzuki, 61, dengan disokong oleh Sharifah Aisah Tuanku Fauzi, 54, PKR pula dicadang oleh Ahmad Abas, 55 dan Ramlee Mahtar, 45 (penyokong). Sementara itu Fadillah berkata, setelah mencapai 50 tahun kemerdekaan, BN membuktikan bahawa pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan kesejahteraan rakyat. “Usaha ini akan terus kita perjuangkan sebab itu kita mahu rakyat membuat pilihan betul. Gunalah hak mengundi secara bijaksana,” jelas beliau. Dalam pada itu, perarakan penyokong BN yang terdiri daripada 3,000 peserta dan 100 buah motosikal konvoi dilakukan seawal jam 8 pagi, bermula dari Kampung Pinang Jawa hingga pekarangan SMK Petra Jaya. Fadillah masuk ke pusat penamaan calon pada jam 9.10 pagi manakala Mohamad yang diwakili Ramlee tiba pada jam 9.02 pagi.

Sulaiman teruskan usaha bapa, sedia temui rakyat

Sumber : The Borneo Post Online KUCHING: Calon ‘bintang’ Barisan Nasional (BN) Negeri Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib berkata beliau mengalu-alukan peluang untuk bertemu dengan rakyat jelata, selepas kempen rasmi bagi pilihan raya pada 8 Mac bermula. Beliau bersyukur kerana dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya umum akan datang, kerana ini akan memberi peluang kepadanya untuk bertemu dengan rakyat dan memberitahu mereka apa yang dapat dilakukan oleh BN untuk rakyat, negeri dan negara. “Saya sangat gembira kerana dapat bertanding sebagai calon BN, supaya saya dapat meneruskan perjuangan BN di Sarawak selain memberitahu rakyat di Kota Samarahan mengenai perjuangan BN,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon bagi Kota Samarahan di Dewan Suarah Samarahan semalam. Sulaiman, 39, mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong BN atas sokongan mereka, dan berharap rakyat di Samarahan akan memberikan mandat kepadanya untuk meneruskan usaha bapanya di kawasan berkenaan. “Jika dipilih, saya akan me-neruskan pembangunan di kawasan ini. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menunai-kan kewajipan saya,” katanya. Mengenai peluangnya untuk mempertahankan kerusi bagi BN, beliau berkata jentera parti akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan BN memenangi kerusi parlimen di sana dengan majoriti yang besar. Beliau berkata mereka bersedia menghadapi pihak pembangkang. “Saya tidak mengenali mereka dan saya tidak dapat meramalkan peluang mereka. Tetapi kita akan berusaha bersungguh-sungguh dan kita yakin dapat memenangi kerusi ini,” katanya. Mengenai dakwaan pembangkang bahawa kampung-kampung telah dipinggirkan daripada aliran utama pembangunan di Kota Samarahan, Sulaiman berkata dakwaan itu tidak benar. “Seluruh Samarahan, termasuk kampung-kampung, sudah dibangunkan dan dihubungkan dengan jalan-jalan yang bagus. “Saya ingat ketika saya masih seorang budak kecil dan mengikuti bapa saya semasa berkempen atau melakukan lawatan, saya tidak dapat du-duk selesa di dalam kereta kerana jalan begitu teruk sekali. “Sekarang banyak perkara sudah dilaksanakan, jalan-jalan yang bagus sedang dibina ke kampung-kampung, selain banyak pembangunan lain,” katanya. Sulaiman akan bertanding dalam pertarungan tiga penjuru. Beliau ditentang oleh Hussain Abang Apok daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang calon Bebas, Awang Bakar Awang Daud. Beribu-ribu penyokong BN telah berkumpul di Masjid Darul Taqwa, di mana doa dipanjatkan, sebelum mereka berarak ke pusat pencalonan. Ketua Menteri dan Pengerusi BN Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isterinya Datuk Amar Puan Sri Laila turut hadir untuk mengiringi Sulaiman ke pusat pencalonan sebelum mereka meninggalkan pusat berkenaan kira-kira 20 minit kemudian. Sulaiman adalah calon terakhir yang mengemukakan kertas pencalonan pada jam 9.30 pagi, selepas Hussain pada jam 9.03 pagi dan Awang Bakar pada jam 9.25 pagi. Pegawai pengurus pilihan raya, Mohd Ainnie Wahab secara rasmi mengumumkan satu pertarungan tiga penjuru dan calon-calon yang bertanding sekitar jam 12.00 tengah hari di hadapan beratus-ratus penyokong dan pembawa bendera BN dan PKR yang menunggu dengan sabar di luar pagar.

2/14/2008

Malaysia to hold early general elections amid ethnic tensions

By SEAN YOONG,Associated Press Writer AP - Wednesday, February 13 PUTRAJAYA, Malaysia - Malaysia's prime minister dissolved Parliament on Wednesday to pave the way for early general elections that will test his declining popularity following complaints about inflation, crime and ethnic tensions. Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi told reporters that Malaysia's constitutional monarch approved the election plan and that the Election Commission would set a date. Elections must be conducted within 60 days after Parliament is dissolved, but typically they are held sooner. Abdullah led his National Front coalition to a landslide victory in 2004, when it won about 90 percent of parliamentary seats. But coalition leaders acknowledge they are unlikely to win 90 percent again amid rising inflation, crime and dissatisfaction among Chinese and Indian minorities over alleged discrimination. "We hope to win strong support, at least a two-thirds (majority)," Abdullah said. The National Front, a coalition of 14 parties, is dominated by the United Malays National Organization, the self-acclaimed representative of the country's ethnic Muslim Malays who form 60 percent of the 27 million population. UMNO's main partners are the Malaysian Chinese Association and the Malaysian Indian Congress. Ethnic Chinese account for 25 percent of the population, while ethnic Indians comprise 8 percent. The National Front has ruled Malaysia since independence 50 years ago in a unique power sharing arrangement that leaders say is the bedrock of the country's racial unity. However, recent anger among minorities over what they perceive as racial marginalization "could change their voting pattern to express their dissent," said Mansor Jusoh, an economics professor at the National University of Malaysia. Syed Arabi Idid, a professor at the International Islamic University of Malaysia, said the economy and crime would be key issues. "The main issue is economic problems _ rising prices, inflation and unemployment. The second is crime," he said. A recent survey by the independent think tank Merdeka Center showed Abdullah's approval rating slipped to an all-time low of 61 percent in December, from 91 percent in late 2004. Indian support for Abdullah plunged to 38 percent in December from 79 percent in October. Approval from the Chinese community fell to 42 percent from 47 percent, while Malay support fell to 76 percent from 84 percent in the same period. Abdullah has said rising inflation and high fuel prices are a global phenomena and the government would be forced to cut fuel subsidies, which cost the treasury about 40 billion ringgit (US$12 billion; ?8.7 billion) a year. He has acknowledged that anger among Indians could hurt the National Front. Indians, who are at the bottom of the social and political ladder, are demanding economic equality, saying they have suffered because of an affirmative action program for Malays. They also complain of discrimination in education and religion. In an unprecedented show of dissent, some 20,000 Indians held an anti-government demonstration in November. The elections were not due until mid-2009 when Abdullah's five-year term ends, but most prime ministers have sought a fresh mandate after four years.

Malaysian PM Calls Early Elections

By SEAN YOONG, Associated Press Writer AP Thursday, February 14 PUTRAJAYA, Malaysiarime minister on Wednesday announced early general elections that will test his declining popularity amid complaints about inflation, crime and ethnic tensions. Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi said Malaysia's constitutional monarch had endorsed the dissolution of Parliament and that the Election Commission would soon set a date for the vote. Elections must be conducted within 60 days after Parliament is dissolved, but typically are held sooner than that. Abdullah led his National Front coalition to a landslide victory in the last elections in 2004, when it won 90 percent of parliamentary seats. But coalition leaders have acknowledged they are unlikely to win 90 percent again amid challenges such as rising inflation, crime and tensions in the multiracial society because of dissatisfaction among Chinese and Indian minorities over alleged discrimination. Abdullah acknowledged that 2004 was "a special record" and said that this time he hopes to win at least a two-thirds majority. National police Chief Musa Hassan said 60,000 officers would be deployed to preserve peace during the election period and to deter politicians from making public speeches that could trigger racial anger. The National Front has ruled Malaysia since independence 50 years ago in a unique power sharing arrangement that leaders say is the bedrock of the country's racial unity. The National Front, a coalition of 14 parties, is dominated by the United Malays National Organization, the self-proclaimed representative of the country's ethnic Muslim Malays, who comprise 60 percent of the 27 million population. Ethnic Chinese account for 25 percent and ethnic Indians 8 percent. Indians, who are at the bottom of the social and political ladder, are demanding economic equality, saying they have suffered because of an affirmative action program for Malays. They also complain of discrimination in education and religion. In an unprecedented show of dissent, some 20,000 Indians held an anti-government demonstration in November. Opposition parties have also held demonstrations to demand electoral fairness. The elections were not due until mid-2009 when Abdullah's five-year term ends, but most prime ministers have sought a fresh mandate after four years.

2/06/2008

Melabur dalam skim ASN dan ASB hukumnya harus, kata Jawatankuasa Fatwa

03/02/2008 6:21pm KUALA TERENGGANU 3 Feb - Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus. Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus. "Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB," katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-80 di sini hari ini. Turut hadir adalah Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. Sumber ULASAN UZAR Ramai yang bertanya respond saya, ada yang suka dan ada yang keliru. Apa pandangan saya?, Pandangan saya adalah anda tidak perlu keliru lagi dan orang awam boleh menyertainya dan Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor yang dipimpin oleh bekas Muftinya iaitu Al-Marhum Dato' Hj Ishak Baharom telah terbatal akibat keputusan ini. Orang ramai adalah harus menyertai ASB dan ASN disebabkan majlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan kehalalannya dan menanggung apa jua urusan berkaitannya di dunia dan akhirat. Ini adalah satu perkara biasa yang ditanggung oleh para ulama, sama juga seperti Majlis Penasihat Shariah yang ada di Institusi Kewangan Islam. Kesannya, apabila telah wujud fatwa umum sebegitu, kini ia terpulang kepada masing-masing untukmembuat keputusan sendiri, ia sama seperti logo JAKIM. Siapa yang ingin bergantung kepadanya, adalah harus dan siapa yang ingin membuat kajian lanjut dan bersikap lebih berhati-hati, pandai-pandailah memilih yang lebih selamat. Itu saja. Saya juga telah hubungi seorang S.S Mufti, beliau kata hujjah utama Majlis Fatwa adalah "MASLAHAT". Ini beerti majlis fatwa bukannya mengesahkan sistem dan cara pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia diluluskan atas dasar 'Maslahat' atau kepentingan ramai (mungkin kerana terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa mengharamkan akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar), hasilnya ia difatwakan harus. Apa lagi ingin dikatakan jika itu hujjahnya. Namun begitu, perlu diingat sepatutnya Maslahat ini sepatutnya adalah suatu tekanan yang amat sukar untuk kita hindarinya disebabkan ia bukan di dalam bidang kuasa kita, seperti penggunaan 'fiat money' yang tidak disandarkan kepada emas dewasa ini. Ini benar-benar dianggap maslahat kerana Malaysia sahaja tiada kuasa untuk influence dunia dalam hal ini, malah sistem ekonomi dunia sekarang ini amat sukar dibentuk menuruti corak yang dikehendaki oleh Islam. Adapun, dalam perkara yang kita sendiri ada kuasa untuk mengubah dan menukar sendiri kerana ia dalam milik dan kekuasaan kita, dan kita yang awal-awal dahulu menyertai atau menganjurkan sebelum menyemak status Shariahnya, kemudian apabila sudah terhantuk baru ingin berselindung di balik hujjah maslahat. Tatakala itu, menggunakan maslahat sebagai hujjah amat boleh diperdebat dan dipertikai kerana kita sendiri berkuasa mengubah sistemnya (jika kita inginkan), walaupun jika ubah secara beransur-ansur. Jika dinyatakan "mana nak letak dana berbillion jika dikeluarkan?". Jawabnya tak perlu keluarkan tapi adjust aqadnya biar tepat dengan third party guarantee. Betulkan cara pembahagian untungnya, nisbah pelaburan di tempat yang haram digunakan buat manfaat umum seperti highway tanpa toll, manakala pelaburan halal di serahkan kepada individu pelabur dan macam-macam lagi cara. Jangan malas berfikir jika ingin selamat di akhirat kerana Islam agama membaca dan berfikir. Al-Quran dimulakan dengan "Iqra' Saya akui di sana ada maslahat kerana begitu ramai yang terlibat dan jumlah wang yang terlibat begitu besar, tapi tiada maslahat untuk terus menggunakan sistem sedia ada kerana ia boleh diubah seperti apa yang sebut di atas., biar untungnya berkurangan sedikit asalkan halal dan berkat. Mufti yang saya hubungi juga berkata ahli majlis fatwa berjaya dipengaruhi dengan alasan, sebab yang disampaikan oleh wakil PNB yang membentang. Namun begitu, mufti ini memaklumkan kepada saya pihak PNB disyaratkan menubuhkan majlis Shariah khusus untuk mereka sebagaimana bank-bank Islam dan takaful. Ini satu perkembangan yang bagus!!.. Saya dan kita mengharapkan majlis Shariah akan datang ini akan dapat membuat sesuatu perubahan dan pembaikan terhadap sistem yang sedia dengan 'modification' yang wajar bagi memastikan sistem yang menepati Shariah. Tatkala itu ia tidak perlu lagi menjadi 'harus' atau 'halal' hanya bergantung kepada hujjah 'MASLAHAT' yang agak longgar. Akhirnya, tiada halangan sesiapa yang ingin terima atau tolak ulasan saya. Tidak perlu diluahkan kata benci dan marah, saya cuma nak tolong beri nasihat. Bila 37 % di letakkan di tempat yang amat jelas haramnya.ia pasti ada hasil dalam dividen anda. Nabi s.a.w kata :- إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) (Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312) Jika dikatakan kita perlu jaga maslahat kebaikan yang terhasil ini, maka kita juga perlu sedar 37 % itu menyokong industri riba dan mengukuhkannya. Kaedah Fiqh menyebut :- أن درء المفاسد مقدم على جلب المصالح Ertinya : "Sesungguhnya menolak keburukan itu lebih patut didahulukan dari tujuan untuk mendatangkan kebaikan" ( Al-Muwafaqat, As-Syatibi, 3/190 ; Hasyiah S-Syarwani, 3/188) Sekian 3 Feb 2008

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...