BERSAMA MENCARI KEKAYAAN YANG DI ANUGERAHKAN OLEH ALLAH SWT. JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA KELMARIN DAN ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI.
2/25/2008
Jangan berpecah kerana calon
Abdullah minta penyokong, bekas calon fahami bahawa perkara yang sama berlaku ketika mereka dipilih untuk bertanding suatu ketika dahulu
PULAU PINANG: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan anggota Barisan Nasional (BN) supaya tidak berpecah-belah hanya kera na tidak berpuas hati dengan calon-calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum kali ini.
Perdana Menteri berkata, semua anggota parti harus faham bahawa akan tiba masanya perubahan perlu dilakukan dan berharap isu pemilihan calon tidak akan menjejas persiapan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya itu.
“Sudah tentu kita tidak mahu melihat perpecahan berlaku di dalam parti,” katanya pada persidangan akhbar selepas melancarkan Karnival Rukun Negara di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), di sini semalam.
Beliau turut meminta penyokong dan bekas calon supaya memahami bahawa perkara yang sama berlaku ketika mereka dipilih untuk bertanding suatu ketika dahulu dan harus memberi laluan apabila calon baru pula dipilih menggantikan mereka.
“Mereka juga mestilah faham, dulu bila kita dipilih ada juga orang yang menangis dan hari ini bila tiba masanya kena berundur, pasti ada kawan-kawan yang kata jangan, ada kekuatan lagi, ada sokongan lagi.
“Tapi sudah tiba masanya calon baru dipilih pula dan saya harap mereka dapat menerima keputusan ini. saya harap semuanya akan berada dalam keadaan baik dan selepas semuanya selesai, anggota parti akan menyokong.
“Saya harap mereka hentikan kegiatan membantah apa yang telah menjadi keputusan bersama antara pemimpin mereka,” katanya.
Abdullah berharap semua anggota parti akan mengunakan masa 13 hari untuk berkempen dengan sebaiknya selepas proses penamaan calon esok selesai.
Beliau ditanya mengenai tindakan penyokong sesetengah calon yang digugurkan bertindak memprotes keputusan pucuk pimpinan parti mengenai calon baru pada kali ini.
Di Pulau Pinang, sekumpulan kira-kira 50 penyokong bekas anggota Dewan Undangan Negeri Batu Maung dan anggota Parlimen Bayan Baru menyatakan hasrat menemui Perdana Menteri semasa tiba di PISA untuk membincangkan permintaan supaya pemimpin mereka di dua kawasan itu dikekalkan untuk bertanding.
Abdullah berkata, adalah menjadi perkara biasa untuk penyokong datang berjumpanya apabila seseorang bekas wakil rakyat mereka tidak dipilih lagi dan kadang kala ada yang bertindak lebih daripada itu.
“Penyokong-penyokong tentulah akan menyuarakan bahawa mereka masih suka pada wakil rakyat mereka. Di mana-mana pun begitu juga. Kadang-kadang lebih sikit reaksi mereka, ada diam-diam datang jumpa saya. Macam-macam berlaku. Pada tahun ini tidak terkecuali, masih ada situasi seperti ini. Tidak satu yang terkecuali,” katanya.
Abdullah turut menasihati calon-calon baru supaya berbaik-baik dan menghormati bekas wakil rakyat di kawasan yang mereka tandingi bagi mendapatkan kerjasama ikhlas semua pihak.
Katanya, calon-calon baru juga tidak harus sombong ketika menjalankan tugas dan tanggungjawab sekiranya mereka dipilih menjadi wakil rakyat kelak.
“Itulah nasihat saya kepada mereka. Dengan itu bekerjalah bersungguh-sungguh kerana pilihan raya amat penting bagi kita. Kita perlu menunjukkan sikap yang serius apabila menghadapi pilihan raya.
“Kalau kita sudah dilantik jangan sombong, fahami tugas dan tanggungjawab yang akan dilaksanakan nanti,” katanya.
Mengenai strategi pakatan pembangkang meletakkan seorang calon sahaja untuk menentang calon BN di setiap kawasan bagi memberikan saingan yang sengit, Abdullah yakin perkara itu tidak mendatangkan masalah kepada BN.
Beliau yakin calon BN akan menang jika pengundi terus memberikan sokongan padu mereka.
“Kita masih boleh menang. Jika pengundi sukakan kita, mereka akan terus undi kita,” katanya.
–Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.
Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...
-
Takziah Kepada Keluarga CM KUALA LUMPUR 2 Jun - Cucu perempuan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dirawat di Unit Rawata...
-
KAEDAH MELARUTKAN STOK A DAN B Pada masa kini, ramai masyarakat diluar mula mendapat kesedaran dan berminat bercucuk tanam ...
-
Puan Sri Laila Taib meninggal dunia - BH Online 29/04/2009 KUCHING: Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Tai...
No comments:
Post a Comment