BERSAMA MENCARI KEKAYAAN YANG DI ANUGERAHKAN OLEH ALLAH SWT. JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA KELMARIN DAN ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI.
4/20/2008
Pesta Kaul kembali Lagi vs Jalan Selangau/Mukah
Saban tahun bandar Mukah akan dibanjiri oleh para pelancong dari dalam dan luar negara. Tarikannya adalah pesta kaul yang berlangsung pada bulan April setiap tahun. Tahun ini acara ini akan berlangsung pada 26-27 April 2008.
Tapi amat malang sekali dengan keadaan jalanraya yang hendak digunakan untuk pergi ke Bandar Mukah. Jalan Selangau ke simpang Balingian/Mukah. Permukaan jalan yang tidak rata, lubang-lubang besar dan dalam serta bonggolan-bonggolan batu yang tidak diselenggara sepenuhnya oleh pihak yang telah dipertanggungjawbkan.
Tidak dinafikan sekarang ini kerja-kerja pembinaan semula jalan tersebut sedang berjalan dengan lancarnya, tetapi yang menghairankan adalah penyelenggaraan jalan lama tidak di ambil berat oleh pihak terbabit...
Daripada pemerhatian yang dibuat jalan-jalan ini rosak teruk disebabkan oleh lori-lori yang mengangkut arang batu, buah-buah sawit dan lori/kenderaan panjang dan berat lain yang melaluinya setiap hari...dan kalau dilihat dari mata kasar ianya memang membawa lebih muatan..jika kita memandu mengekori lori-lori tersebut dari belakang kita akan dapat merasai gegaran dan melihat permukaan jalanraya yang dilalui oleh tayar lori-lori tersebut seperti akan tenggelam ke dalam dan timbul kembali.
Kepada pihak yang berwajib..lihatlah segala masalah yang berlaku...jalankanlah tugas yang telah diamanahkan...kerap terjadi kemalangan ngeri yang melibatkan nyawa dan merosakkan banyak kenderaan2 kecil dan motorsikal di jalan raya ini...
Adalah dipohon juga kepada YB ahli parlimen Mukah dan Selangau serta YB Timbalan Menteri Perlancongan yang baru supaya dapat melihat dengan lebih dekat lagi masalah ini... SCORE dah nak masuk..tapi ironinya jalanraya yang digunakan sebagai penghubung utama ke tempat tersebut masih di takuk lama dan semakin teruk...penyelenggaraannya pun amat kurang...tidak seperti jalan-jalan di kawasan Sri Aman, Kuching, Samarahan dan Sibu yang sentiasa di selenggara dengan baik...
Pengguna tetap membayar cukai jalan dan terpaksa pula membaiki kenderaan setiap bulan akibat daripada jalan yang amat tidak memuaskan....
Maklmat Kaul, sila ke
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.
Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...
-
Takziah Kepada Keluarga CM KUALA LUMPUR 2 Jun - Cucu perempuan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dirawat di Unit Rawata...
-
KAEDAH MELARUTKAN STOK A DAN B Pada masa kini, ramai masyarakat diluar mula mendapat kesedaran dan berminat bercucuk tanam ...
-
Puan Sri Laila Taib meninggal dunia - BH Online 29/04/2009 KUCHING: Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Tai...
No comments:
Post a Comment