BERSAMA MENCARI KEKAYAAN YANG DI ANUGERAHKAN OLEH ALLAH SWT. JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA KELMARIN DAN ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI.
1/02/2009
Jalan raya Pan Borneo serba daif
Berita Harian - 02/01/2009 - ruangan forum
SAYA amat bersetuju dengan surat 'Hambali' mengenai jalan raya utama Pan Borneo tidak diselenggara dengan baik seperti disiarkan ruangan ini, 27 Disember lalu. Saya kerap berulang alik dari Miri ke Kuching menggunakan jalan darat setiap bulan.
Untuk perjalanan sejauh 800 kilometer dari Miri ke Kuching saya biasanya mengambil masa lebih kurang 11 hingga 12 jam. Saya dapati tahap jalan raya di Sarawak terlalu jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung.
Kita tak perlu membandingkan lebuh raya bertol, cukup bandingkan dengan jalan daerah kecil di Semenanjung yang sudah jauh lebih elok dari jalan raya rentas Sarawak (Pan Borneo) yang ada sekarang terutama sektor Bintulu ke Sibu.
Jalannya sudahlah berliku-liku, dipenuhi dengan lubang di kiri kanan jalan semacam tiada pemeriksaan berkala atau pemantauan pihak berkenaan. Penggunaan kenderaan berat seperti lori balak menambah lagi kerosakan jalan itu.
Kalau kita perhatikan sektor Sibu-Bintulu, di mana kegiatan pembalakan paling aktif di Sarawak, didapati sektor jalan rayanya paling teruk di sepanjang perjalanan ke Kuching. Jalan di sektor Betong ke Serian, walaupun agak lama masih elok tanpa banyak lubang atau bahagian rosak.
Saya dapati dalam setahun dua ini lori balak sudah mula menggunakan jalan raya itu menyebabkan bahagian jalan retak dan berlubang.
Saya khuatir jika gejala ini tidak dibendung daripada awal, lebih banyak lagi jalan mengalami kerosakan.
PENGGUNA JALAN MIRI-KUCHING,
Miri, Sarawak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.
Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...
-
Takziah Kepada Keluarga CM KUALA LUMPUR 2 Jun - Cucu perempuan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dirawat di Unit Rawata...
-
KAEDAH MELARUTKAN STOK A DAN B Pada masa kini, ramai masyarakat diluar mula mendapat kesedaran dan berminat bercucuk tanam ...
-
Puan Sri Laila Taib meninggal dunia - BH Online 29/04/2009 KUCHING: Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Tai...
No comments:
Post a Comment