1/02/2009

Jalan raya utama Pan Borneo tidak diselenggara dengan baik

Berita Harian 27/12/2008 - Ruangan Forum KEADAAN jalan raya utama yang menghubungkan bandar Mukah dengan rangkaian jalan raya utama Pan Borneo semakin teruk dan berbahaya kepada pengguna yang ingin ke bandar di persisiran pantai itu. Banyak rungutan dan komen diutarakan tetapi keadaan semakin teruk. Penyelenggaraan jalan yang sekadar menutup lubang menyebabkan banyak kenderaan rosak. Kita tahu jalan itu dalam proses pembinaan. Tetapi kerja pembinaan nampaknya tidak begitu progresif. Sebagai pengguna yang kerap mengguna jalan itu, ia menyebabkan kos pembaikan kenderaan tinggi. Kontraktor tidak menyelenggara jalan sedia ada. Kalau ada pun hanya melepas batok di tangga saja. Diharap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan segera membantu mempercepatkan proses pembinaan jalan terbabit. Wakil rakyat di kawasan terbabit jenguklah keadaan bagi merasai sendiri. Jika di Semenanjung, keadaan itu akan menyebabkan wakil rakyat berasa panas punggung kalau berita itu disiar TV3. Di Sarawak berita begitu tidak dapat siarkan kerana hendak menjaga pihak yang berkepentingan dalam politik. Kalau Karam Singh, pengacara TV3 yang buat liputan, agaknya kecoh Dewan Undangan Negeri Sarawak. HAMBLI RABI, Mukah.

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...