BERSAMA MENCARI KEKAYAAN YANG DI ANUGERAHKAN OLEH ALLAH SWT. JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA KELMARIN DAN ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI.
3/01/2009
Rakam, siar aksi buli dalam You Tube
Oleh Matzidi Dris dan M Hifzuddin Ikhsan
bhnews@bharian.com.my - 01.03.2009
Pelajar dituduh curi kena belasah 10 senior
KUCHING: Sekumpulan pelajar lelaki sebuah sekolah menengah berasrama di pedalaman Sarawak bukan saja berani membuli seorang pelajar, malah merakamkan aksi ganas mereka dan disiarkan di laman web YouTube, sejak kelmarin.
Rakaman klip video tiga minit itu dipercayai berlaku di sebuah bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya Dalat di Mukah.
Ia memaparkan mangsa yang lengkap berpakaian seragam, dibelasah kira-kira 10 pelajar senior, termasuk dipukul dengan cerek sehingga menyebabkan mangsa cedera di muka dan badan.
Mangsa buli berkenaan dipercayai seorang pelajar Tingkatan Tiga manakala pelajar yang memukulnya adalah pelajar Tingkatan Enam sekolah sama.
Mangsa merayu supaya tidak dipukul, tetapi tidak diendahkan pelajar yang sebaliknya secara bergilir-gilir memukul dan menendang mangsa. Difahamkan, kejadian yang mendapat liputan meluas media tempatan itu, membabitkan kes curi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dalat, Deputi Superintendan Martin Khoo mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu Isnin lalu dan pihaknya sudah memulakan siasatan.
Mangsa yang berasal dari Kampung Penat, Oya, bersama ibu bapanya membuat laporan polis di Balai Polis Dalat pada jam 12 tengah hari 23 Februari lalu. Kes ini akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan seterusnya, katanya.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia dan Latihan), Datin Fatimah Abdullah berkata kerajaan negeri memandang serius kes buli berkenaan.
Ia memalukan dan tidak wajar berlaku. Saya kesal kerana tidak dimaklumkan lebih awal mengenai perkara ini dan hanya mengetahui mengenainya selepas membaca laporan akhbar.
Saya sudah meminta pihak berkuasa melakukan siasatan, katanya ketika ditemui selepas menghadiri Pelancaran Program Pengurus Kediaman Kebangsaan anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Biro Wanita, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU), di sini, semalam.
Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak, Dr Julaihi Bujang berkata, pihaknya akan mengarahkan pengetua sekolah itu menjalankan siasatan dan jika kejadian itu terbukti benar, pelajar berkenaan boleh dikenakan tindakan disiplin termasuk digantung sekolah.
Jabatan akan melakukan siasatan bagaimana perkara ini boleh berlaku.
Maklumat awal menyatakan perkara ini sebenarnya sudah diselesaikan di peringkat sekolah namun pihak yang merakam aksi itu bertindak menyebarkan rakaman ke internet, katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.
Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...
-
Takziah Kepada Keluarga CM KUALA LUMPUR 2 Jun - Cucu perempuan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dirawat di Unit Rawata...
-
KAEDAH MELARUTKAN STOK A DAN B Pada masa kini, ramai masyarakat diluar mula mendapat kesedaran dan berminat bercucuk tanam ...
-
Puan Sri Laila Taib meninggal dunia - BH Online 29/04/2009 KUCHING: Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Tai...
No comments:
Post a Comment