7/25/2009

'Merdekakah Sarawak' menghasut

SAYA amat tertarik untuk mengulas apa yang diperkatakan ‘Guru M’ dalam ruangan ini, mengenai negeri Sarawak terutama penyataan 'Merdekakah Sarawak di dalam Malaysia'. Pertama yang saya ingin sentuh ialah ternyata jelas penyataan itu bersifat ‘menghasut’, namun tidak perlulah saya mengulas lebih lanjut. Memang benar Sarawak kelihatan agak kurang membangun berbanding negeri lain di Semenanjung malah masih ada lagi rakyat Sarawak yang tidak mendapat bekalan air bersih mahupun bekalan elektrik di rumah mereka. Satu perkara yang harus difahami Sarawak amat luas, mungkin mampu menyamai keluasan Semenanjung. Jadi amat mustahil kemajuan dan pembangunan menyeluruh dapat disediakan memandangkan masih ramai lagi yang culas untuk membayar cukai sedangkan itulah hasil utama negara. Walaupun Sarawak antara negeri pengeluar petroleum terbesar negara, jumlah pendapatan yang didapati masih jauh daripada jumlah yang diperlukan untuk pembangunan menyeluruh negeri Sarawak. Satu fakta yang tidak boleh dinafikan oleh mereka yang tinggal di Sarawak ialah kemudahan internet wifi yang diberikan percuma kepada rakyat negeri Sarawak. Malah Sarawak mendahului Selangor masih lagi berkira-kira mengenai perkhidmatan internet wifi percuma kepada rakyatnya. Memang diakui infrastruktur jalan raya di Sarawak amat terkebelakang berbanding di Semenanjung. Hal ini kerana kontraktor yang diamanahkan menjalankan kerja membina jalan raya tidak sama sekali menggunakan prinsip kejuruteraan jalan raya di dalam proses pembinaan jalan. Ini menyebabkan jalan raya di Sarawak hanya mampu bertahan tidak lebih dua tahun sebelum ia rosak. Penyelewengan ini memang disedari mereka yang ‘celik’ dalam bidang kejuruteraan awam, namun tiada apa yang mampu mereka lakukan. Namun diharapkan selepas ini, pihak yang berkenaan turun padang dan menilai sendiri kaedah yang mereka gunakan untuk membina jalan raya. Ini kerana kami percaya duit rakyat dibazirkan begitu saja. Di sini, saya juga ingin menarik perhatian pembaca bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR) Persekutuan tidak mempunyai kuasa autoriti terhadap jalan atau infrastruktur di Sarawak. Semuanya diselenggara sendiri rakyat Sarawak melalui JKR negeri Sarawak. Begitu juga dengan perkhidmatan kesihatan kerana hampir 90 peratus jururawat yang bertugas adalah rakyat negeri Sarawak. Maka rasanya tidak timbul isu `merdekakah Sarawak di dalam Malaysia?` kerana ternyata Sarawak mengurus tadbir negeri dengan cara dan acuan mereka sendiri. Namun, ia bukan alasan untuk Sarawak terkebelakang di dalam banyak segi. Saya mengambil Bahagian Mukah sebagai contoh. Empat tahun lalu, bagai tiada apa yang menarik di sini. Namun sejak Politeknik Mukah beroperasi diikuti pembesaran kampus UiTM Mukah, terdapat banyak perubahan, malah Mukah juga diisytihar sebagai Koridor Pembangunan Wilayah Tengah Sarawak. PEMERHATI PEMBANGUNAN, Mukah, Sarawak. Berita Harian 25.07.2009 (Surat) http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Surat/20090724230205/Article/index_html +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Sarawak perlu pembangunan SAYA seorang guru yang sudah empat tahun berkhidmat di Sarawak. Bagi saya, Sarawak masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan berbanding kebanyakan negeri di Semenanjung. Contoh paling ketara ialah pembangunan infrastruktur, terutama jalan raya. Masalah berkenaan amat merunsingkan kerana kita sedia maklum, jalan raya adalah sistem perhubungan yang amat penting walau di manapun kita berada. Apabila sistem jalan raya tidak diselenggarakan dengan baik, banyak masalah yang akan melanda. Masalah paling serius ialah kemalangan jalan raya dan kerosakan pada kenderaan yang menggunakan jalan raya berkenaan. Selain itu, pembangunan di kawasan pedalaman masih lagi jauh ketinggalan. Penduduk kawasan luar bandar memerlukan air bersih, bekalan elektrik dan sistem perhubungan yang lebih selamat dan baik. Keadaan di pedalaman Sarawak seolah-olah kita berada di negeri di Semenanjung pada era 1980-an dulu. Begitu jauh tahap perbezaan jika dibuat perbandingan. Adakah warga Sarawak tidak layak untuk menikmati kehidupan yang lebih berkualiti? Di manakah konsep 1Malaysia? Yang paling penting, merdekakah Sarawak dalam Malaysia? CIKGU M, Sarawak. Berita Harian Online - (surat) http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Surat/20090720232211/Article/

3 comments:

wandyhee said...

tak mau komen banyak2, tengok je yang ada kat Mukah ni: http://www.facebook.com/iswandy.hee?v=info&ref=profile#/group.php?gid=192169248971&ref=ts

power of rakyat said...

sya POWER OF RAKYAT...smpai bila jlnrya pegi Mukah nak siap?sya sbgai rkyat Srwak,dukacita nya mengatakan bahawa seolah2 kami di anak tiri kan,sedangkan jlnry d semenanjung msia btaraf 1st class.kami nak tahu pihak mana yang bertanggungjawab atas pembangunan jlnry Srwak..? Sya harap jgn la kami di ank tirikan...POWER OF RAKYAT..

jade said...

dengar kaba sekarang jalan mukah selangau dah semakin molek....hampir 10 bulan tak guna jalan tu lagi...

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...