3/06/2010

Terlalu lama di pedalaman (Jangan Tanya apa sumbangan negara pada kamu, tanyalah apa sumbangan kamu pada negara)

SAYA menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa guru mungkin diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan mereka. (saya mengenali 2 orang guru semenanjung yang masih berkhidmat di sarawak selama dah hampir 28 tahun..masih lagi berkhidmat kat sini..kehidupan mereka juga kat sini,mungkin juga mereka berdua akan pencen kat sarawak..tahniah kepada Cikgu Suratman bin Siren dan Ustaz Ismail bin Awang ...jasamu tetap ku kenang sampai bila-bila - tanpa guru siapalah saya, terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar saya, baik guru semenanjung, sabah, mauhupun dari sarawak sendiri
)


Ini adalah pengorbanan besar bagi guru dari segi fizikal, moral, mental dan sebagainya untuk berkhidmat demi anak bangsa.

Tetapi timbul persoalan dalam pemikiran saya, adakah selepas tempoh ditetapkan itu membolehkan guru terbabit bertukar ke sekolah dimohon atau hanya sekadar melayakkan untuk mengisi borang permohonan tukar guru saja?

Ini disebabkan kebanyakan guru Semenanjung yang mengajar di pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak sudah melebihi tiga hingga lima tahun, bahkan ada yang mencecah hampir 10 tahun tempoh perkhidmatan.

Namun, permohonan pertukaran mereka ini tidak diluluskan hanya sekadar memberi pengharapan tetapi tidak kesampaian terutama guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam.

Saya yakin dan percaya antara yang membolehkan ramai guru baru sanggup menerima cabaran dan pengorbanan untuk berkhidmat di pedalaman seperti dikehendaki Kementerian Pendidikan mengikut tempoh ditetapkan itu, ialah dengan meluluskan permohonan pertukaran mereka bila cukup tempoh perkhidmatan ditetapkan sekiranya mereka berkhidmat di pedalaman kecuali jika guru itu tidak mahu bertukar dan suka mengajar di pedalaman.

GURU PEDALAMAN,
Sarawak.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Surat/20100306004120/Article/print_html

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...