Bertugas di tempat baru memang amat menggembirakan. Suasana baru, majikan baru, ketua baru, kawan-kawan baru, dan segalanya baru..
Di tempat kerja baru amat berbeza suasana dengan tempat kerja lama, buat masa ini kita bertugas di pejabat buat sementara waktu. Di tempat lama kita bertugas memberikan rawatan kepada pesakit, setiap hari melayan pelbagai karenah dan ragam pesakit yang datang mendapatkan rawatan. Baik rawatan susulan atau masalah kesihatan semasa, semuanya tertumpu dengan kita, seorang diri bertugas di samping bantuan sedikit sebanyak daripada staf-staf lain..amat meletihkan tapi teramat gembira kerana kehadiran kita dalam membantu pesakit amat besar maknanya, terutamanya masyarakat luar bandar / rumah panjang yang serba kekurangan. Senyuman mereka setelah mendapatkan rawatan amat ikhlas..
Di tempat baru..kita lakukan kerja-kerja pejabat seperti kemaskini aset-aset klinik baru yang sedikit masa akan dibuka. Daripada perabot-perabot rumah kediaman klinik, perabot klinik, peralatan perubatan, peralatan pejabat/elektrik, peralatan makmal, farmasi, peralatan pembersihan dan sebagainya kita buat dalam satu 'master list', ini memudahkan pengurusan aset bilamana klinik baru nanti dibuka. InsyaAllah..dalam bulan Julai ini, atau selewat-lewatnya sebelum akhir tahun. ini..
Di samping itu kita turut membantu penyelia dalam membuat data base bagi mengemaskini rekod-rekod pegawai di bahagian ini. Ini memudahkan penyelia memantau kedudukan sebenar pegawai-pegawai sedia ada di samping memudahkan capaian maklumat peribadi dan perkhidmatan pegawai tersebut sekiranya diminta oleh pihak atasan.
Yang amat merunsingkan juga sekarang ini adalah 'assignment' yang perlu dihantar dan sampai ke Mahsa UC pada 18/6/2010...2 modul = PP0126 'The practice arena as a learning environment' & PP0127 'Facilitating learning and assessment in practice'. Masih dalam pembikinan....
Sebagai seorang 'slow learner' kita mengharapkan semuanya berjalan dengan lancar, belajar dan belajar selagi terdaya, semakin banyak kita belajar semakin kita rasa banyak lagi yang kita tidak tahu..
Demi kelangsungan ilmu dan kerjaya yang lebih baik, kita tidak mahu mengalah, walaupun pelbagai cabaran dan halangan yang timbul, satu persatu, selesai satu, timbul lagi satu..semuanya menjadi satu pengalaman yang amat menguntungkan dan amat sukar dilupakan..
InsyaALLAH..mudahan dipermudahkan dan diberkati usahaku untuk menggenggam segolong ijazah - B.Sc (Hons) Nursing Practice Development pada 2012..dan seterusnya menjadi batu lonjatan untuk mendapatkan master dan insyaALLAH Phd untuk langkah seterusnya...amin..
BERSAMA MENCARI KEKAYAAN YANG DI ANUGERAHKAN OLEH ALLAH SWT. JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA KELMARIN DAN ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.
Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...
-
Takziah Kepada Keluarga CM KUALA LUMPUR 2 Jun - Cucu perempuan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dirawat di Unit Rawata...
-
KAEDAH MELARUTKAN STOK A DAN B Pada masa kini, ramai masyarakat diluar mula mendapat kesedaran dan berminat bercucuk tanam ...
-
Puan Sri Laila Taib meninggal dunia - BH Online 29/04/2009 KUCHING: Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Tai...
No comments:
Post a Comment