Alfatihah untuk allahyarhamah Cikgu Hajah Zubaidah bt. Abang Haji Mos (emak saudara) yang menghembus nafas pada jam 6.03 pagi tadi...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh-roh orang yang beriman...
Jenazah disembahyangkan di masjid Gita selepas solat Jumaat dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Samariang...
Dalam Khutbah Jumaat khatib berdoa memohon keampunan untuk kedua orang kita, ahli keluarga kita dan para guru-guru kita. Tidak ketinggalan khatib turut menyebut "memohon keampuan khasnya buat jenazah guru yang berada dibelakang saya"...subhanallah...betapa dalam islam para guru itu amat disanjung tinggi..tingginya martabat guru dan ilmu. Memang betul orang berilmu dangan orang tidak berilmu itu jauh sangat bezanya...Tanpa guru tiada PM, tiada KM, tiada cerdik pandai, tiada segalanya..
terima kasih para guru2 ku.....jasa besarmu semoga ALLAH sahaja yang dapat membalasnya...
No comments:
Post a Comment