2/27/2011

KAMPUNG BELIONG,ASAJAYA


Selamat datang ke kampung Beliong, Asajaya, Samarahan. Bersama denganTabung Baitumal Sarawak, PKB Samarahan/KK Asajaya

2/26/2011

Insuran Kenderaan naik lagi 2012-2015

Berita gembira atau berita yang membebankan.  Trend masa kini menunjukkan kenaikan semua perkara, baik keperluan asas mahupun keperluan-keperluan lain dan juga kos-kos perkhidmatan.  Bagi pihak pengguna ianya sememangnya sesuatu yang membebankan, bagi pihak penyedia perkhidmatan atau tauke-tauke, masing-masing dengan alasan tersendiri, alasan yang sengaja ditimbulkan dan diperbesarkan

2/25/2011

Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Samarahan

 Orang ramai mengambil kesempatan bersalaman dengan YAB Ketua Menteri Sarawak
Tak melepaskan peluang juga, bersalaman dengan YAB Perdana Menteri Malaysia

Patut ke JPJ atau Polis Trafik Saman?

Sekiranya pengguna jalan raya tidak ada lesen memandu.

Adakah sebegini keadaan mereka di atas jalan raya.

Tiada peraturan, sesuka hati, tanpa memperdulikan pengguna lain.

Namun sapi-sapi ini masih tahu menggunakan bahu jalan untuk menjadi laluannya, tidak mengganggu sangat kenderaan lain yang menggunakan jalan raya tersebut; sambil meragut, sambil itu berjalan balik ke kandang mereka. Tengok..seolah-olah mereka tahu mana satu jalan yang harus meeka gunakan, sesuai dengan siapa mereka.

Bagi manusia...ada yang lebih teruk daripada sapi-sapi ini..adakah sapi lebih tahu atau manusia yang sengaja tak nak ambil tahu...

Beginilah keadaan di sebuah jalan kampung di sebuah perkampungan.  Tapi..jalan yang sering membawa nahas kepada harta benda dan nyawa manusia yang menggunakannya.



2/24/2011

Terima Kasih

Terima kasih di atas layanan baik dan mesra staff-staff di KK Pusa dan KK Kabong sempena lawatan pihak kami ke fasiliti tersebut.  Terima kasih kepada PPPK ym....

Walaupun agak terlewat sampai, tapi mereka masih memberikan layanan dan senyuman manis..

Terima kasih juga di atas hidangan/jamuan yang disediakan..

2/22/2011

Benak di Batang Sadong - Kampung Tegelam Simunjan

Benak atau dikenali sebagai ombak muara merupakan ombak tinggi yang berpunca daripada pertembungan air pasang atau air pasang yang meluru ke muara sungai yang sempit dan ketinggian ombak muara bergantung kepada musim dalam sesuatu tahun itu, cuaca dan fasa bulan.


Fenomena ini hanya berlaku di 66 lokasi di seluruh dunia termasuk tiga di Malaysia dan salah satu daripadanya di Sri Aman (batang lupar) dan Samarahan (batang sadong).  Menurut penduduk rumah panjang di Kampung Tegelam, Simunjan, benak tersebut pernah menyebabkan bot penunda tongkang dan perahu-perahu kecil terbalik.

Kehadiran benak ini juga menyebabkan hakisan pada tebing-tebing sungai dan menyebabkan sebuah jeti kayu belian di perkampungan Tegelam musnah sama sekali.  Ekoran daripada itu para penduduk terpaksa membina sebuah lagi jeti baru  tidak jauh daripada jeti yang musnah tersebut.

Gambar-gambar benak di bawah merupakan benak terbesar dalam bulan Februari, ini adalah menurut penduduk di kampung Tegelam.

Paling menarik adalah musim ini adalah musim udang dekat Kampung Tegelam, harga udang sekitar RM17.00-RM20.00 satu kg...fresh dan manis rasanya. Harga memang amat murah....

















2/19/2011

Dr Asri: Wajib pertahan PM tentang pluralisme ( سُوۡرَةُ الکافِرون)

سُوۡرَةُ الکافِرون



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ (١) لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ (٢) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٣) وَلَآ أَنَا۟ عَابِدٌ۬ مَّا عَبَدتُّمۡ (٤) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٥) لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ (٦)
Al-Kafiroon


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. (3) Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. (5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.  (6)

Dugaan Allah swt

Sedih..tapi ketentuannya terpaksa juga diterima.  Setelah hampir 2 bulan kurang sihat, pelbagai jenis antibiotik dan ubat telah diguna, pemeriksaan telah doktor lakukan,

Dan akhirnya terpaksa juga guna benda ni. 2 puff bila perlu atau tiga kali sehari....Alhamdulillah rasa lapang dada setelah menggunakannya.  Semoga ia bersifat 'sementara', maksudnya tidak bergantung sepanjang masa dengan menggunakannya.

2/15/2011

SALAM MAULIDUR RASUL 12 Rabiulawal 1423H

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR KITA NABI MUHAMMAD SAW.

قُلۡ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنِّى رَسُولُ ٱللَّهِ إِلَيۡڪُمۡ جَمِيعًا ٱلَّذِى لَهُ ۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ يُحۡىِۦ وَيُمِيتُ‌ۖ فَـَٔامِنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِ ٱلنَّبِىِّ ٱلۡأُمِّىِّ ٱلَّذِى يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَڪَلِمَـٰتِهِۦ وَٱتَّبِعُوهُ لَعَلَّڪُمۡ تَهۡتَدُونَ (١٥٨)
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayat petunjuk. (158) سُوۡرَةُ الاٴعرَاف


alhamdulillah kerana aku, isteriku, keluarga ku dan anak-anak ku dilahirkan sebagai penganut islam dan pengikut mu wahai Rasulullah.....Ya Allah..berikan petunjuk dan hidayatmu kepada kami sekeluarga dan semua umat Islam diseluruh dunia. Ya Allah...tunjukkan jalan yang lurus dan yang kau redhai...selamatkanlah semua umat islam daripada kejahatan dan muslihat musuh-musuh-Mu, bukakanlah hati kami dalam mudahnya untuk menerima ilmu-Mu dan segala kebenaran yang pesuruh-Mu telah bawakan...amin...

2/14/2011

Paramedics with bright futures must not be kept in the dark

I REFER to “Group waiting on Health Ministry for discussion” (The Star, Dec 28). Assistant Medical Officers (AMOs) evolved from names such as Dressers, Hospital Assistants (HAs) and Medical Assistants (MAs).

2/13/2011

Penjelasan Hukum Qisas Menurut Perspektif Islam

1. Pertamanya saya ucapkan terima kepada semua di atas komentar yang diberikan, terhadap artikel saya sebelum ini yang bertajuk [ Mencari Keadilan Melalui Syariat Islam ] semoga ianya mencambahkan lagi perbincangan secara tanpa emosi, tetapi lebih akademik dan berfakta tentang realiti Qisas yang sedang dibincangkan ini.
Secara ringkas point yang dilontarkan oleh mereka yang mempertikai artikel saya sebelum ini berkisar tentang 3 perkara penting, iaitu

Hukum ‘Perfume’ Beralkohol

JAWAPAN SOALAN PERTAMA ( HUKUM PERFUME BERALKOHOL)


Jawapan seperti berikut :-

1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis

Jewish Converts to Islam

"Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia

2/08/2011

MALAYSIA TANAH PUSAKA ORANG MELAYU

[MUKHADIMAH] -- DEFINISI Melayu mengikut Artikel 160(2) iaitu "Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan :-



(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian.



MENGIKUT semantik semasa di kalangan sesetengah orang bukan Melayu dan segelintir orang Melayu sesat, tajuk di atas adalah rasis kerana sesiapa pun yang bercakap mempertahankan bangsa Melayu adalah seorang yang rasis

Maksiat Di Tasik Desa Ilmu

Sanggup berpelukan, melakukan seks haram, bercumbuan.....

Pengunjung lain ada yang berjoging, berbasikal...terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa.

Gadis bertudung..nampak saja...tapi...

Kenapa maksiat berleluasa sebegini....

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...