2/27/2011

KAMPUNG BELIONG,ASAJAYA


Selamat datang ke kampung Beliong, Asajaya, Samarahan. Bersama denganTabung Baitumal Sarawak, PKB Samarahan/KK Asajaya
 turut membantu dalam menjayakan program saringan kesihatan di Masjid Kampung Beliong. Saringan yang dilakukan termasuklah pemeriksaan Indek Jisim Badan (BMI), tekanan darah, paras gula darah dan terakhir saringan serta kaunseling kesihatan.

  Para penduduk amat peramah.  Suasana kampung yang tenang dan damai. Tiada hiruk pikuk bunyi kereta, cuma untuk ke kampung ini mesti menggunakan perahu tambang. Namun dilengkapi dengan bekalan elektrik (SESCO), bekalan air bersih (LAK), talian telefon tetap dan selular, kemudahan jalan raya kampung berturap, Klinik Kesihatan - Tg. Embang, pangkalan jeti, sekolah, masjid dan tokong cina.

Tahniah TBS, semoga program sebegini dapat diteruskan di tempat-tempat lain lagi selepas ini.

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...