Berita gembira atau berita yang membebankan. Trend masa kini menunjukkan kenaikan semua perkara, baik keperluan asas mahupun keperluan-keperluan lain dan juga kos-kos perkhidmatan. Bagi pihak pengguna ianya sememangnya sesuatu yang membebankan, bagi pihak penyedia perkhidmatan atau tauke-tauke, masing-masing dengan alasan tersendiri, alasan yang sengaja ditimbulkan dan diperbesarkan
. Samada untuk menambah keuntungan, atau betul-betul mereka dalam kesempitan. Perkara mudah setiap kali kenaikan gula sebanyak RM0.20 sekilogram, makanya juga harga minuman di kedai-kedai, warong-warong akan naik juga sama dengan sekilogram gula..Petrol dan disel naik RM0.10, harga barang-barang kecil setiap satunya juga naik sama dengan harga seliter minyak tersebut. Dan kenaikan insuran kenderaan ini nanti akan melibatkan tambang-tambang pengangkutan naik seiringan juga. Beban ini semuanya di arahkan dan dipertanggungjawabkan kepada pengguna untuk memikulnya, pengguna biasa yang terdiri daripada pengguna yang kurang pendapatannya, pengguna yang menjadi kumpulan majoriti di Malaysia.
Sebagai pengguna apakah tindakan lanjut kita, buat demo di jalanan?. Terima aper-aper jer?!. Marah-marah tahi ayam? atau mengubah dan menyesuaikan cara hidup kita supaya selari dengan zaman kenaikan sekarang? Bagaimana? Adakah ukur baju di badan sendiri, besar kerak daripada periuk boleh dilihat sebagai kayu pengukur dalam mana kita ingin muhasabah kehidupan kita sendiri?
Atau kita cuba beralih arah; - buat kerja tambahan, cukupkan 24 jam sehari bekerja tanpa henti, 7 hari seminggu tanpa rehat, 30 hari sebulan tanpa cuti dan 365 hari setahun cukup satu pusingan dan bermula lagi pada nombor 1 dan seterusnya..sehingga bila?
Dan yang pasti kenaikan dalam diri sendiri akan mengekori perkara ini. Kes-kes penyakit tidak berjangkit kala ini semakin meningkat, tekanan darah tinggi, tekanan mental, kencing manis dan masalah jantung. Tidak ketinggalan juga penyakit sosial akan melonjak, anak-anak dan keluarga terabai atau berpecah belah, tolak ansur merundum, manusia akan lebih pentingkan diri sendiri dan banyak lagi yang akan menyusul.
Sama-sama berfikir untuk menyelesaikannya, mengutip pengalaman orang terdahulu atau terus kekal terbelenggu oleh gari yang tidak nampak. Tindakan kita berstatus sebagai pengguna bijak bagaimana?

No comments:
Post a Comment