4/17/2011

BN 55, DAP 12, PKR 3, Bebas 1

N01: OPAR: SARAWAK: 8,099 1. Stephen ak Sagir (SNAP) 2. Joseph Jindy ak Peter Rosen (Bebas) 3. Boniface Willy ak Tumek (PKR) 4. Ranum ak Mina (BN-SUPP) Penyandang: Ranum ak Mina (BN-SUPP) Undi diperolehi: 3,585 Majoriti: 2,183




4/11/2011

Helikopter Pengiring Timbalan Perdana Menteri Nahas Di Sibu, Kapten Terkorban.




Allahyarham Kapten Sahimi Razali.

SIBU 11 April – Seorang juruterbang yang cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu di sini pada pukul 1.50 tengah hari tadi dan meninggal dunia pada pukul 8.36 malam sebentar tadi.


Insiden itu berlaku sebaik sahaja mangsa menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Juruterbang, Kapten Sahimi Razali, 38, dari Kajang Selangor, mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut melawat Sahimi yang menjalani pembedahan di Hospital Sibu kira-kira pukul 4 petang.

Muhyiddin yang menghabiskan kira-kira 15 minit di luar dewan pembedahan turut menyaksikan proses pembedahan yang dijalankan. - Utusan
..........................................................

Kebiasaannya pilot akan merehatkan enjin helicopter dalam masa 30 minit sebelum meneruskan penerbangan berikutnya, ini kerana enjin helikopter perlu disejukkan terlebih dahulu.  Dalam keadaan cuaca yang kurang memuaskan, pilot biasanya tidak akan melakukan penerbangan, cuaca buruk dan angin kencang memungkin kan pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku.

Salam takziah kepada keluarga mangsa, alfatihah...

3/19/2011

DUN Sarawak dibubar pada 21 Mac 2011

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan Isnin ini, dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Selamat berkempen dan selamat mengundi kepada penduduk sarawak yang telah mendaftar sebagai pemilih. Untuk membuat semakan daftar pemilih sila klik di sini.

Semoga PUDUN ke 10 Negeri Sarawak berjalan dengan lancar.




3/18/2011

Nak "X" atau "√"

Undi anda adalah rahsia, undi anda amat berharga. Pilihanraya DUN Sarawak semakin hampir, dijangka pada 16/04/2011.

ASB ; NAK BUAT LOAN ATAU NAK SIMPAN BULANAN, MANA LEBIH UNTUNG

Sebenarnya ramai orang tidak tahu hakikat sebenar Pinjaman Peribadi (Personal Loan) ni. Kalau personal loan itu dikira secara straight-calculation (seperti pinjaman kereta yang mempunyai fixed-interest), interest sebenar yang dicaj tidak sama dengan interest yang dipamerkan.

3/03/2011

Mayang Nipah

Air tuak nipah sememangnya amat lazat, rasanya amat manis dan amat pekat. Air tuak dihasilkan daripada tandan buah nipah (dalam bahasa sarawak - buah matu').

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...